Thursday, 16 June 2011

Sales Man Melayu vs Sales Man Cina (Pengalaman Aku Beli Kereta)


            Aku nak cerita kisah aku nak tukar kereta - dari Naza Citra kepada Toyota Innova baru.  Apa yang aku nak cerita di sini bukanlah bertujuan nak merendahkan bangsa kita.  Cuma aku nak orang kita terutama yang buat bisnes atau kerjanya dalam bidang bisnes mestilah mengambil contoh dari orang Cina yang rata-rata perniagaan mereka maju dan berdaya saing.  Sebab apa mereka berjaya? Adakah mereka berjaya dengan kerja-kerja tak jujur atau menipu? Ada orang kata kalau tak menipu itu bukan Cina namanya.  Aku kurang setuju dengan pandangan ini kerana dari pengalaman aku sendiri dan dari cerita kawan-kawan,  yang tak jujur dan menipu adalah salesman kereta berbangsa Melayu (maksud aku bukan semua). Bangsa lain ada jugak penipu..

            Sebagai orang Melayu seboleh-bolehnya aku nak tolong majukan bangsa sendiri dengan mencari salesman Melayu (masa nak beli kereta), tapi ternyata ada di antara mereka yang ‘makan’ kita balik. Aku rasa bangsa lain spt Cina dan India pun camtu mesti nak tolong orang dia.  Sikap tolong menolong sesama bangsa dan sesama agama sebenarnya baik bagi meningkatkan ekonomi bangsa sendiri. Pekedai Cina akan kata barang ada meskipun barang di kedai dia tak ada.  Dia akan kata tunggu sekejap encik gua ambik kat stor, sebenarnya dia cari barang tu kat kedai bangsa dia yang di sebelah tu......  Ade ke bangsa kite yg buat camtu?... biasanya kalau saling memburuk-burukkan orang sebelah depan customer ada lerr.. santau pun ada juge.

            Ok, aku nak cerita pasal aku nak trade ini Naza Citra dan tukar Innova.  Satu hari aku cek dalam Mudah.com.  Aku tertarik dengan iklan Innova baru; RM1500.00 cash rebate, free GPS dan 2 tahun service percuma.  Sebenarnya banyak lagi iklan innova tapi aku pilih yang tu sebab salesman Melayu dan tertarik dengan offer.  Aku telepon salesman tu bertanyakan tentang offer tu dan harga trade in Citra tahun 2005 aku, dia kata boleh datang bincang.  Harga trade dia boleh dapat dalam RM30k  Aku terus setuju kerana ini harga tertinggi yang aku dapat.  dan seterusnya aku buat temujanji kat Toyota Branch di kaw KL (tak payah sebut nama tempat).

Kebetulan semasa sampai di Toyota Showroom hujan tengah turun dengan lebatnya.  Salesman tadi tunggu tepi showroom dan tunjuk tempat parking.  Masa nak masuk parking kebetulan ada penghalang iaitu signboard, aku tak dapat baca kerana hujan lebat.  Aku berhentikan kereta dan tinggalkan bini aku dalam kereta dan cepat-cepat aku meredah hujan menuju ke kaki lima showroom.  Salesman tu tunjuk ke arah signboard supaya alihkannya dan park di situ.   Aku berlari alihkan signboard dan masuk kereta.  aku turun cepat-cepat dari kereta (kerana hujan lebat) dan ambik payung dalam bonet dan payungkan bini dan anak-anak aku satu persatu keluar dari kereta. Yang nilah ini menyebabkan aku agak terkilan dengan salesman ni, sebagai seorang customer, apa yang patut dia buat ialah ambik payung, alihkan papan tanda dan tunggu aku kat luar kereta utk bagi payung atau payungkan aku… bukannya tercegak kat situ dan biarkan aku alihkan papan tanda tu sendiri dalam keadaan basah kuyup… itu salesman bengong namanya…

Ok dilanjutkan cerite aku dan keluarga masuk showroom dan pada waktu tu seorang Cina used car tengok kereta aku untuk dinilai.  Aku tanya salesman tu mengenai offer yang tercatat dalam iklan mudah.com.  Dia bagi penerangan tentang rebet RM1500.00 adalah dari Toyota, service percuma adalah sekiranya kita buat loan dengan RHB sahaja (interest tinggi sedikit berbanding bank lain) dan GPS tu kata salesman “tengoklah dulu… Toyota masih ada stock lagi ke tak ade”.  Dalam hati aku kata ini apa ni…. kalau benda tu tak ada janganlah tunjuk dalam iklan. Iklan salesman Toyota lain pun tak de.  Pasal GPS tu aku dapat tau bahawa itu sebenarnya bukan dari Toyota sbb kat lain tak de.  Ini terpulang kepada salesman, kalau nak tarik pelanggan dengan cepat dia boleh tolak dari komisyen sendiri untuk beli GPS. Itulah.... kalau tak sanggup bagi jangan tulis dalam iklan, bila orang mintak dia kata tak ada ini tak jujur dan menipu namanya.  Aku dah mula fedup dengan salesman ni.  Daripada percakapan dan layanannya agak kurang memuaskan kerana dia tidak ‘friendly’.   Aku tak tau kenapa...salesman ni nampak kalut sangat,  kejap bangun kejap duduk nak tanya seolan pun susah. Sepatutnya dia bagilah penerangan serba sedikit pasal kereta dulu jangan tunggu orang tanya baru nak jawab.  (Lepas tu dia gi kat  Cina used car bincang pasal kereta Citra aku).

Selepas tu salesman datang tempat aku dan kata “Ok bang, saya boleh ambik kereta abang tu dengan lum sum RM30k termasuk yang Toyota bagi, lepas tu abang jangan mintak apa2 lagi....” tersentak aku dengan jawapannya.... aku minta penjelasan dari salesman dan aku kata “maksudnya kereta saya tu RM28,500.00 + RM1500.00 yang Toyota bagi tu ye!”  dia kata “ya”  dalam keadaan mood tak baik dan tak puas hati aku kata ... “Ooooo tak boleh... tak boleh... tak boleh... kalau macam tu tak jadilah” dan aku ajak bini aku balik.  Aku rasa-rasalah kalau tidak dengan sebab perkataan “lepas tu abang jangan mintak apa2 lagi” aku dah setuju nak booking kereta dgn salesman ni sebab memang aku datang untuk booking... tapi dengan sikapnya yang agak kurang mengalu-alukan aku sebagai customer aku terus cancel booking.

Kalau macam nilah sikap seorang salesman sampai  bila-bila dia tak akan maju. Sebagai seorang salesman mestilah beranggapan “Customer is always right”.  Kalau tak setuju dengan karenah customer cakap elok-elok supaya dia tidak terasa hati.  Mana-mana customer pun akan tunjuk cerewek bila nak beli kereta kerana regenya bukanlah seringgit dua.....  Satu lagi moto yang patut difikirkan ialah “Your money is in my pocket”  Customer yang datang hendaklah dilayan dengan lemah lembut dengan tutur kata yang baik supaya customer bersetuju untuk membeli dengan kita. Terutama customer yang bawa bini atau keluarga bersama kerana sudah tentu mereka adalah serious buyer, bukan datang saja-saja bawa keluarga dan blah begitu saja.  Kalau terlepas dan customer tu cari orang lain atau kedai lain melepaslah komisyen kita  Salesman kereta Melayu yang bekerja bersama salesman Cina beruntung sekiranya dia belajar ‘seni perniagaan’  dari orang Cina... kerana bukan mudah untuk mencontohi orang Cina yang telah lama maju dalam perniagaan.

Ok balik kepada crite...aku ke Toyota Sri Petaling.  Sampai ke show room aku disambut oleh seorang salesman dan memperkenalkan dirinya sebagai James.  Tujuan aku adalah nak meninjau2 sahaja kalau ada offer yang terbaik dari salesman Toyota di situ.... juga utk harga trade in yang terbaik untuk naza citra tahun 2005 aku.  Sebagai maklumat (masa ni tahun 2011) harga trade kereta aku tu rata-rata used car nak ambik di antara RM26k hingga RM27k.  Yang aku paling nak marah salesgirl Toyota Jln Cheras dia nak RM22k je, aku kira salesman n salesgirl nak ambik untung berganda ni. Katakanlah dia orang ambik citra aku dgn harga RM22k dan jual RM27k kat used car, jadi berapa banyak salesman untung atas angin… atas kereta aku dapat untung RM5k dan kalau aku jadi beli Innova dengan dia … komisen innova pun dia dapat.  Ok sambung crite kat Toyota Sri Petaling…   James menjemput aku dan keluarga aku duduk dan memberikan minuman mineral water.  Kemudian dia memberikan penerangan dan seterusnya jawab soalan aku dengan tepat dan baik.  Pendek kata tidak ada benda yang tersembunyi dan tidak ada benda yang tak jujur.  Cara tutur katanya baik membuatkan orang suka berurusan dengannya.  Kali pertama pertemuan dengan James aku tak confirm lagi nak beli ke tak.  Masa aku dan keluarga nak balik dia tolong bukakan pintu showroom dan hantar kami hingga ke kereta.  Dia berjanji untuk mendapatkan harga terbaik untuk naza citra aku. 

Selang beberapa hari James telefon aku mengatakan ada orang dari used car nak tengok kereka aku,  Aku datang ke Sri Petaling dan buat tawar menawar dgn Cina used car.  Last sekali dia nak ambik kereta aku dgn harga RM27,500.00.  Aku sangat berat hati untuk terima lalu James kata dia nak tambah dari komisyen dia sikit untuk top up sebagai down payment Innova.  Aku belum setuju lagi sebab nak daptkan harga terbaik.  Aku iklankan kereta aku dalam mudah.com.  Kemudian ada Cina used car dari Klang call aku nak tengok kereta.  Dia nak ambik kereta aku dengan harga RM28,500.00 dan aku setuju.  Aku tanya macamana dia nak bayar.  Dia kata dia boleh buat full settlement dengan bank dan baki dari harga kereta dia bagi aku cash. Aku tanya lagi macamana aku nak pastikan dia buat full settlement di bank, dia kata aku boleh ikut dia ke bank untuk buat full settlement.  Dia menyerahkan aku duit deposit RM500 sebagai tanda jadi.  Aku heran juga macamana Cina ni boleh serah duit kat aku sedangkan ini kali pertama aku jumpa dia.  Aku bagitau aku tak ada resit nak bagi.  Dia kata tak apa... gua caya lu.  Sepertimana yang dijanjikan besoknya aku ke bank buat full settlement di kaunter dan aku serahkan Citra yang banyak berjasa kepada keluarga aku.

Aku datang balik kat Toyota Sri Petaling dan jumpa James.  Aku tanya dia sama ada offer dia dulu masih on lagi ke. (banyak juga dia bagi komisyen kat aku) Dia kata ok.. jadi aku pun terus bayar booking RM500, James mengambil duit booking dan pergi ke kaunter bayaran Toyota Showroom dan menyerahkan RESIT RESMI kedai Toyota kat aku.  Ok tentang resit resmi....Aku teringat kisah mentua aku beli Proton Saga BLM 2 tahun lalu.  Setelah melihat, berkenan dan bersetuju untuk beli BLM, mentua aku serah duit booking kereta RM500.  Mentua aku serahkan duit RM500 kat salesman dan dia memberikan resit rasmi Proton Edar.  Selang beberapa minggu salesman itu menalifon mentua aku minta tambahan deposit RM500 kononnya kereta akan dapat dalam masa beberapa hari lagi.  Mentua aku jumpa salesman tadi di sebuah bank – (BUKAN di show room proton).  Mentua aku menyerahkan sejumlah duit dan salesman tadi memberikan resit (BUKAN RESIT RASMI Proton) tetapi hanya resit yang dibeli di supermarket yang bercop kedai Proton Edar. Mulanya mentua aku tak tau berlaku penyelewengan resit oleh salesman tadi. Tetapi apabila tiba masa untuk menuntut kereta, pengurus Proton Edar minta tambahan deposit untuk ambil kereta kerana setakat ini kedai hanya terima RM500 shj.  Mentua aku tercengang kerena dia telah serahkan duit kepada salesman dan menunjukkan resit tetapi resit itu bukanlah resit rasmi proton.  Tapi nasib baiklah pengurus itu sanggup menjadikan duit yang diserahkan kpd salesman sebagai tanggungan kedai shj.  Rupa-rupanya salesman tadi telah dibuang kerja kerana banyak customer ditipunya.  Oh beginikah perangai salesman Melayu.... merosakkan orang Melayu lain yang jujur.

Sebenarnya ada lagi yang aku jumpa yang tak jujur...bukan orang lain tapi dia adalah sepupu aku sendiri.  Pada tahun 1997 aku nak beli kancil.  Time tu kancil macam goreng pisang panas, nak dapat pun makan masa 2 – 3 bulan.  Tapi sepupu aku kata boleh dapat cepat kalau booking dengan dia kerana dia ada kawan kat perodua.  Kalau tak silap aku bayar deposit RM2500 kat sepupu aku dan dia janji boleh dapat kereta dalam masa 2 minggu shj.  Untuk maklumat, aku hanya serahkan duit kat sepupu aku tanpa ke showroom perodua semata-mata kerana percayakan sedara dekat.  Dipendekkan crite...Tiba masa yang dijanjikan aku telefon sepupu aku tanya bila kereta dapat... dia bagi macam2 alasan, aku pun tak ingat.  Lepas tu aku gi sendiri ke perodua showroom di PJ tempat tempahan dibuat.  Alangkah terkejutnya aku bila di cek rupanya hanya RM500 shj dibayar kepada perodua.  Aku telefon balik tanyakan kenapa hanya RM500 shj dibayar sedangkan aku bagi RM2500.  Dia kata duit tu ada dengan kawan dia dan dia akan mintak.  Tapi sampai sudah duit tu tak dapat-dapat sehinggalah ke hari ni tahun 2011.  Masyaallah... kenapa begitu tamak sehingga saudara sendiri pun sanggup ‘dimakannya’ sedangkan tujuan kita ‘deal’ dengan dia kerana nak tolong dia dan dia tolong kita.  Tapi jenis muka tak malu jumpa ngan aku dia buat biasa je padahal dia pernah tipu aku.... sabar je lah sebab sedara punnya pasal..  Itulah segelintir sikap orang kita... hmmmm...bila nak maju????.