Nak renew insuran dan road tax sekarang amatlah mudah. Dulu agak payah kerana kita terpaksa pergi ke wakil insuran kemudian ke JPJ untuk renew road tax. Selepas tu agak mudah sedikit iaitu kita hanya ke pejabat pos, di situ kita renew insuran dan roadtax. Tetapi kini lagi mudah...Nak tau macamana!!!!
Oleh kerana road tax dan insuran kereta aku dah nak mati, aku mulalah tercari-cari cover note insuran yang lama. Cari punya cari tak jumpa...aku mula susah hati sebab tak ada cover note macamana nak tau insuran kereta kita tu insuran apa.... Aku dok terfikir-fikir macamana nak dapatkan cover note tu.. Pertamanya aku akan cek dengan company aku beli kereta dulu tapi agak jauh juga... tak ada masa nak pergi. Lepas tu aku dok terpikir nak ke bank di mana aku buat loan kereta dulu... pun jauh juga. Lepas tu tiba-tiba aku terima panggilan dari syarikat insuran, katanya insuran aku dah nak mati jadi dia boleh memperbaharuinya dengan cara datang sendiri (walk ini) ke pejabatnya atau bank in sahaja sejumlah wang ke syarikatnya dan syarikat akan kurierkan road tax ke rumah aku. Jadi dengan panggilan ini aku rasa lega sikit...peluang aku utk renew insuran dan road tax cara mudah akan terhasil. Tapi satu saja aku dok terfikir...insuran tu insuran konvensional bukan takaful... Dr Zaharudin kata kita orang Islam wajib menggunakan sistem Islam bagi mengelakkan adanya unsur-unsur riba. Orang yang terlibat dengan riba akan masuk neraka.
Lepas tu aku terima sms dari Maybank (bank di mana aku buat loan kereta). Aku dapat offer dari Etiqa Takaful Maybank untuk renew insuran aku. Wah... pucuk dicita ulam mendatang...alhamdulillah hasrat aku untuk menyertai sistem takaful akan tercapai. Aku terus telefon Etiqa Takaful Maybank dan setelah dikira kosnya aku terus setuju untuk menggunakan Etiqa Takaful untuk kereta aku. Ok Caranya begini:
1. Telefon Bank di mana kita buat loan kereta. Biasanya bank-bank ada panel takaful/insuran masing-masing
2. Nyatakan kita akan renew insuran dan road tax.
3. Pihak bank akan buat kira-kira.
4. Transfer duit ke akaun etiqa takaful menggunakan maybank2u
5. Road dan cover note takaful akan di kurier.
6. Road tax selamat diterima.
Thursday, 11 October 2012
Friday, 5 October 2012
'Innocent of Muslim' Satu Kritikan Terhadap Orang Islam
Ini bukan tentang kereta tetapi aku nak bagi pandangan berkaitan filem dari You Tube yg dikutuk di seluruh dunia Muslim. Aku amat menyokong filem ini dikutuk dan di 'ban' dari You Tube. Sebenarnya aku tak pernah pun menonton filem ini. Cuma aku rasa pelik bin ajaib tentang sikap orang Islam di seluruh dunia. Filem Innocent of Muslim merupakan sebuah filem yang terang-terang menghina Nabi Muhammad Sallallahualaihi wasslam lantas membangkitkan kemarahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia.
Musuh yang terang lagi nyata biasanya kurang ditakuti oleh barisan pertahanan sesebuah negara kerana yang nyata sudah pasti diketahui kekuatan dan kelemahan. Tetapi musuh dalam selimut merupakan ancaman yang tak dijangka dan tak dapat dibaca oleh seseorang atau pasukan tentera atau negara. Begitulah saya umpamakan kepada filem-filem yang ada unsur-unsur pertentangan dengan adadt resam, budaya dan agama kita. Filem yang nyata penghinaannya terhadap Islam amat mudah dan cepat diketahui dan diambil tindakan. tetapi filem yang boleh dikatorgerikan sebagai musuh dalam selimut amat banyak dan dipertontonkan kepada segenap lapisan masyarakat.Penerapan nilai-nilai yang tidak baik ini bermula dari kecil. Peringkat ini merupakan peringkat yang paling mudah diresapi pengaruh tidak baik dan mudah sekali meniru watak-watak dalam filem yang ditonton.
Contoh filem yang menghina Islam amat banyak... banyak filem-filem dari barat yang melabelkan orang Islam sebagai pengganas. Tentera atau polis Amerika kononnya bertindak sebagai hero dan penyelamat dunia. Filem-filem ini nampaknya amat banyak dipertontonkan kepada masyarakat kita melalui tv arus perdana ... tetapi tidak ada orang yang nak buat tunjuk perasaan terhadap filem yang menghina Islam ini. Berapa ramai manusia yang terpengaruh dengan filem ini dan sebagai kesannya orang takutkan agama Islam kerana kerana kononnya Islam mengajar keganasan.
Selain dari itu sangat banyak filem yang menunjukkan pakaian dan adegan yang menghairahkan dan sex cumanya adegan bersetubuh di potong tetapi muqaddimah dan selepasnya dipertontonkan.....Tak payah beli vcd hanya tonton saja di tv nescaya anda dapat lihat di siang hari lagi.... tak payah tunggu malam. Tak payah tengok filem mat saleh filem Melayu pun ada... ADAKAH SIARAN TV KITE PUN TELAH DIPENGARUHI OLEH ZIONIS YAHUDI??? Fikir-fikirkan... Tak hairanlah ramai pelajar yang rosak akhlak malah menjadi penjahat... dan sudah ramai juga yang tak segan silu melakukan zina tanpa ada perasaan bersalah. Akhir sekali apa jadi kepada bangsa dan negara kita... sebahagian kesan-kesannya banyak kita dapat lihat hari ini...agaknya siapa akan memerintah kita 10 - 15 tahun akan datang sekiranya orang kita sudah rosak??
Filem-filem katun atau animasi pun nampaknya banyak yang tidak sesuai ditonton. Dulu katun hanya ditujukan kepada kanak-kanak tetapi katun sekarang ada yang tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak contohnya penampilan seksi dan adegan bercium yang mana dapat mempengaruhi kanak-kanak membuat adegan yang sama. Selain dari itu ada juga kata-kata dan dialog yang tak sesuai untuk kanak-kanak. Contoh kata-kata kesat, mencarut dan mencela seperti dalam siri katun'spongebob', perkataan 'bunuh', menghina orang lain, budak gatal dalam 'Sinchan' dan banyak sebenarnya yang tidak baik untuk kanak-kanak. Jangan biarkan anak-anak kita meniru gaya percakapan katun.
Sepatutnya orang-orang Islam hendaklah menyatakan tidak bersetuju dengan program-program dan filem-filem yang ada unsur merosakkan bangsa Melayu dan orang-orang Islam.

Subscribe to:
Posts (Atom)