Friday, 23 December 2011

Toyota Innova Baruku

    Alhamdulillah setelah sebulan menunggu kini tibalah masa untuk aku mengambil Toyota Innova di Show Room Sri Petaling.  Aku ke sana dgn bini dan anak2 aku. Sampai di show ada sebuah Innova 2.0G warna perak depan showroom, aku agak inilah keta kami. James sambut kami dgn mesra. Setelah menandatangani dokumen kami ke luar menuju ke Innova perak kami...wow!! inilah yang aku impikan selama ni...sebuah mpv yg sesuai untuk ruang dan bajet kami. Rasanya tak sabar2 lagi aku nak drive...James memberikan penerangan tentang macamana nak operate Innova baru kami. Dan akhirnya dapatlah kami bawa balik kereta baru kami. Aku beri peluang kepada bini aku drive tapi dia tak ndak...takut nak bawa kreta baru. Jadi aku drive Innova dan anak2 aku naik kereta bersama aku sementara bini aku drive iswara. Bawa kereta baru ni terasa kekok sikit sebab tak biasa dengan butang2 seperti aircond, radio dsb.  Gearnya pun agak berbeza dengan Citra aku dulu.

Pertimbangan dibuat sebelum beli Innova

    Sebelum membeli Innova sebenarnya aku dah buat shortlist..kereta mana aku nak pilih antara Exora, Estima dan Innova. Katakanlah aku beli Exora pertamanya ialah cc nya hanya 1600 shj sedangkan aku dah biasa dgn kereta 2000cc tentu tak puas hati dari segi powernya. (Tulisan ini dibuat sebelum keluar exora turbo) Kereta auto sudah tentu kurang power nak daki bukit di lebuhraya Karak dan dari kawasan K Lipis sehingga ke Merapoh.  Dari segi ruang Exora dah ok tapi kalau third roll seat dapat muat tiga orang lagi baik...aku cukup teruja dengan cara untuk membesarkan ruang Exora iaitu dengan melipat 2nd and 3rd roll seat, ini boleh buat tidur ni...bentang tidur cukup puas bagi anak2 tidur.  Dari segi bodinya bagi aku dah cukup cun tapi aku takut menyesal sebab capasiti enjin is not my taste. Aku tengok estima secondhand tahun 2000 - 2002, wah!!! ruangnya memang luas memang sesuai dgn kehendak aku. Harganya dah ok iaitu sekitar RM100 ribu tapi oleh kerna tahunnya agak lama menyebabkan tak boleh buat loan 9 tahun. Nak bayar RM1600 sebulan diluar kemampuan aku. Lagipun kalau kita beli secondhand sudah pasti nak kena tukar tu tukar ni... spare part Estima ni fuyoo mahal bro... Nak beli recond baru regenya RM160 ribu mana mampu bro.. Jadi pilihan yang terbaik bagi kami ialah Innova.

Driving Innova

   Sebelum odometer clocked 1000km pemanduan aku cukup hati2...yelah keta baru mesti tak boleh lebih 80km/j. Selepas 1000km barulah boleh speed sikit. Kebetulan mentua dan adik2 ipar aku nak berangkat ke Tanah Suci buat umrah. Alhamdulillah kereta pun dah besar jadi nak bawa 8 orang tak de masalah. Dulu aku cukup fobia bila famili aku datang dari kampung..yalah nak muat ramai tak selesa sebab dulu aku pakai Citra-tak sesuai untuk muatan 7/8 orang. Kini dah tak kisah sangat kalau famili datang KL bawa dalam satu kereta pun dah cukup. Masa dia orang balik dari Tanah Suci barang agak banyak tapi alhamdulillah ada Innova ni tak menjadi masalah...memang fullloadla ari tu dari KLIA ke KL. Innova punya power pun best...

    Kini tibalah hariraya puasa, inilah masanya aku betul2 dapat menikmati pemanduan Innova. Untuk ruang letak barang memang tidak menjadi masalah walaupun barang agak banyak aku bawa balik. Ini termasuklah tv 21inch..aku bawa balik sebab tv kat rumah mak aku tu dah rosak. Kami bertolak dari KL dah lewat petang. Kami singgah di Petronas Karak untuk isi minyak full dan berbuka puasa. Kami meneruskan perjalanan. Perjalanan agak perlahan kerena kereta banyak. Anak2 aku yang empat orang ni tidur dengan selesa di ruang tengah dan seat belakang ditambah pula dengan blower aircond pun mereka dapat sorang satu . Masa guna Citra dulu mereka komplin sebab agak panas kat belakang. Seat belakang aku lipat satu bagi beri ruang kepada tv 21inch yang aku bawa tu. 

    Aku drive sorang sebab aku tak confident kalau bini aku drive. Lagipun kalau dia drive aku memang tak boleh tidur sbb dia akan tanya mcm2 dan cara dia drive membuatkan aku tak boleh tido. Ok balik kepada keseronokan mandu Innova.... Dari segi power Innova dengan enjin 2000cc bagi aku sudah memadai untuk naik bukit turun bukit. Kalau nak enjin lagi power kenalah drive yang 3000cc ke ataslah baru lagi best... Dari segi pick up pun ok dengan kuasa kuda 136 sudah lebih dari cukup. Tapi kalau nak banding dengan citra bagi aku lebih baik lagi Citra sebab enjinnya jenis DOCH. Satu lagi bunyi enjin Innova ni agak kasar dan sedikit bising bila berada dalam kabin kereta, kalau nak dibandingkan dengan Citra...citra lebih senyap.

   Ok kalau engkau orang nak tau Innova amat-amat menjimatkan minyak. Mulanya aku takut juga nak drive Innova ni sebab enjin 2000cc, bodinya agak besar dan berat, ia juga rear wheel drive, sedangkan utk penjimatan minyak kebanyakan kereta moden dicipta supaya lebih ringan dan menggunakan front wheel drive. Walaupun demikian ia agak mengejutkan aku kerana dengan perjalanan 480km ia hanya menggunakan RM85 petrol RON95 shj. Ini bermakna aku berbelanja RM0.17 shj untuk 1km. Ia lebih menjimatkan sekiranya kita menggunakan aircond ketika panas atau bila hari hujan shj, waktu sejuk matikan aircond.  Sebagai perbandingan Citra aku dulu menggunakan RM0.20 per/km sebelum pasang magsaver, selepas pasang mag saver RM0.17sen per/km. Tapi Innova aku tu belum pasang magsaver lg sbb aku tak tau cable minyak kat mana...

   Dari segi handling sekali lagi Citra menang. Dengan keadaan badan yang tinggi Innova agak goyang sikit bila membelok dengan kelajuan tinggi. Ini agak terasa apabila membelok di susur keluar lebuhraya. Ada orang loweredkan Innova mereka bagi mengatasi masalah ini. Tapi kalau lowered pasti suspensionnya lagi keras. Perlu diingat bahawa casis Innova adalah dari casis truck dan ia dicipta untuk membawa muatan banyak.  Casis Innova adalah sama dengan Hilux dan Fortuner.  
     
Sebagai kesimpulannya bagi aku...aku lebih berpuas hati dgn innova sebab bagi aku ruang adalah priority dan brand Toyota boleh di reliable dan berkualiti.

Insyaallah kalu aku rajin aku sambung lg...