Saturday 26 March 2011

NAZA CITRA AKU

NAZA CITRA AKU
                Aku beli Naza Citra pada tahun 2005.  Ia adalah generasi pertama Naza Citra yang di copy dari Kia Caren.  Perbezaan di antara keduanya ialah dari segi kapasiti enjin; Naza Citra 2000cc dan Kia Caren 1800cc. Lain-lain perbezaan tiada yang ketara.  Aku terpaksa jual Proton Wira 1.6 auto yang aku sayangi bagi membeli sebuah MPV kerana keluarga makin bertambah. 
Sebelum aku beli Citra ni aku dengan bini aku buat survey ke atas MPV yang mampu dimiliki termasuklah Toyota Unser.  Aku dah berkenan dengan Unser ni kerana ruangnya cukup luas.  Tapi bini aku tak minat sebab bunyi enjinnya agak kasar, kata orang kampung aku bunyi ‘berdaung’.   Pergi tengok Naza Citra yang cukup top pd masa tu sebab Citra ni dikatakan sebagai MPV nasional yang pertama.  Walhal bohong semata-mata, apa dia yang dikatakan ‘nasional-nya’ sebab tak ada pun tulisan ‘Malaysia’, semuanya tertulis Korea.  Bentuk bodynya boleh tahan dan harganya pun ok.  Tapi aku sebenarnya kurang puas hati dari segi ruangnya kerana agak sempit.  Third row seat tak selesa untuk orang dewasa. 
Mesyuarat punye mesyuarat dengan bini aku akhirnya setujulah kami beli Citra.  Aku pergi ke Naza-Kia Melaka dan tempah Citra GS dengan deposit RM500.  Kalau tak silap aku Citra tu aku dapat dalam masa 6 bulan, itupun setelah puas aku jumpa pengurusnya.  Ada orang lain bagi duit kopi (sebenarnya bukan duit kopi – duit boleh beli gajah sekor) RM3000 kerana nak dapat cepat atau potong queue.  Tapi aku tak sanggup bagi, RM3 ribu bukannya sedikit….dan haraaammm..berdosa.... 
Sebenarnya banyak juga kelebihan Citra ni dengan harga yang agak rendah bagi sebuah MPV.  Di antara kelebihannya ialah:
a.        Enjin 2000cc memberikan kepuasan memandu kerana tork atau pick upnya bagus.
b.      Ciri-ciri keselamatan seperti airbag, abs dan pre tensioner seat belt.
c.       Accessories seperti leather seat, body kit dan lain-lain.
Kekurangan Citra ialah dari segi ruangnya agak sempit jika nak dibandingkan dengan Unser atau Innova.  Aircondnya bukan double blower, blower hanya ada di depan sahaja menyebabkan third row seat agak lambat sejuk.  Aku pernah memuatkan 7 orang dewasa (of course ruang third row tak selesa) dan masalahnya ruang belakang tak sejuk langsung disebabkan cuaca agak panas pada masa tu. 
Tahun pertama merupakan tahun yang paling memeningkan kepala aku.. Nasib baik juga berlaku dalam tempoh warranty, kalu dah lepas warranty rosak tu rosak ni…naya..naya.  Bini aku kata beli kereta baru tak perlu fikir nak repair situ repair sini.  Tapi Citra aku ni banyak buat hal walaupun baru.  Orang lain pun (kebnyakan) terima nasib yang sama.  Jadi sebenarnya aku telah membuat kesilapan dengan membeli kereta Korea yang mutunya rendah.  Orang kutuk kereta proton kerana mutu rendah tapi bagi aku lebih baik proton dari Citra aku ni.  Antara masalah yang aku terpaksa hadapi ialah:
a.       Radiator bocor untuk kali pertama.  Alhamdulillah tukar dalam masa dua minggu setelah kecek-kecek cino workshop supaya cepat.
b.      Radiator bocor lagi kali kedua dalam masa 3 bulan. Hai…citra..citra… Yang ni tukar dalam masa 4 bulan. Workshop welding dulu radiator tu, cukup 4 bulan bocor balik dan dapat tukar baru.
c.       Oil seal gearbox bocor.  Kereta aku ditarik dengan tow truck ke service centre (SC) Melaka.  Nak dapatkan oil seal citra ni SC ambil masa 1 bulan. Tapi kereta aku masih boleh digunakan. Tiap-tiap hari kena cek minyak gearlah. Jadi tak boleh long dinstance.
d.      Steering bergoyang pada kelajuan 40km/h, selepas 40km/h ia ok balik. Odometer menunjkkan 4000km. Cek kat SC pomen kata tak ada apa, biasa je. Aku tak puas hati, aku rasa ada masalah tayar. Aku cuba tukar tayar dengan Citra member aku, test ok. Ini bermaksud tayar kereta aku dah makan tak sama. Aku pelik juga odometer baru 4000km tapi tayar dah buat hal.  Tanya SC dia orang kata tiada warranty untuk tayar. Jadi terpaksalah aku tukar tayar dua biji tayar depan.
e.      Absorber.  Aku pelik juga tayar kereta aku ni makan tak sama walaupun setelah dibuat balancing dan alignment. Dari 2005 – 2008 dah 4 kali aku tukar tayar, padahal tayar kereta aku tak sempat  haus sepenuhnya.  Jadi aku tukarlah 4 absorber dengan kos RM900.  Lepas tu semuanya ok.
Jadual di bawah adalah kos service dan maintainance Citra aku dari 2005 hingga sekarang (2011).

Tarikh
Service/Tukar
Kos
Catatan
4/10/05
Minyak hitam full synthetic,oil filter,minyak gear
RM355
1000km
8/11/05
To check steering vibration problem and balancing.
RM54
Problem still there. NAZA SC cannot solve it. They said nothing wrong. I solve myself by changing new tyre. Problem settle.
27/3/06
Minyak hitam full synthetic,oil filter,alignment, balancing
RM222
At this moment 10145km problem occurred – oil seal gearbox leaking n radiator also leaking.
16/10/06
Service biasa.
RM220
18029km.
23/03/07
Service biasa.
RM220
27866km.
1/9/07
Minyak hitam full synthetic,oil filter,minyak gear, plug,flushing gear box,to skim front disc
RM510
At this moment steering vibrate when braking. Disc brake problem. Skim disc.
27/12/06
Tukar 3 tayar
RM504
+ tayar spare satu
2/10/07
Bateri
RM210

25/7/07
Top up air cind gas n coolant
RM83
Sbb tukar radiator
01/02/08
Tukar 2 tayar 2nd hand
RM150
Tayar lama makan x sama. Lain X aku tak akan tukar tayar 2nd krn tayar teruk n due tayar biasanya sudah tamat. Merbahaya.
18/4/08
Tukar timing belt KIA ori
RM400
64600km
15/5/08
Tukar tayar lg 2 unit
RM340
Bg menggantikan tayar 2nd hand. (Absorber makin teruk)
15/5/08
Minyak hitam full synthetic,oil filter,fuel filter,alignment, balancing
RM346

70000km
15/5/08
Tukar 4 absorber
RM900
70000km
1/5/09
Tukar tayar 2 unit
RM420
85300
1/8/09
Bateri kering
RM220

1/2/10
Repair 1 sport rim
RM50

1/2/10
service brake belakang n minyak gear
RM125

1/5/10
Tukar 2 tayar
RM380

1/5/10
Tinted
Rm800

1/8/10
Wiper
RM70

1/3/11
Service aircond
RM340
119200km. Aircnd sudah tak sejuk
10/5/11
To change 2nd hand fuel pump
+ towing
RM430



      Bila agaknya masa untuk service aircond? Kalau ikut recommendation dari workshop, masanya ialah 60 ribu km. Tapi masa aku service tu kilometer clock hampir 120 ribu km dan aku pakai kreta tu 5 th lebih. Masa tu memang dah tak sejuk dah jd terpaksalah service.  Aku tengok filter aircond yg kat bwh dashboard tu (masa pomen buka) memang teruk sbb tak pernah cuci/service. Jd rajin2lah cuci bhg ni. Buat sendiri pun boleh.  Masa paling sesuai utk service aku ingat 100 ribu km pun ok. Selagi tak de masalah aku tak service sebab nk jimatkan kos. Kos service RM340 n lepas service memang sejuk. Untuk tambahkan sejuk ada orang mencadangkan pasang kipas satu lg dekat radiator.
      Ini nak crita kes terbaru, pada bulan 5/2011 bini aku park kereta kat stesen minyak sbb nk draw duit, masa nk balik ke rumah, start kereta tak idup. Aku gi cek, cuba start - ada bunyi 'yek yek yek' (itu bunyi biasa masa nak start kereta) tapi kereta bergegar. panggil pomen, pomen kata ada masalah fuel pump dan tak boleh repair kat situ sebab fuel pump tu terletak dalam tangki minyak (bagi kereta fuel injection semua dalam tangki manakala kereta carburator kebiasaannya terletak kat enjin).  Kereta kena tarik ke worksyop. Kos tukar second hand fuel pump ialah RM430 termasuk caj tarik.  Nak tukar fuel pump baru harganya mahal dan kena tunggu 3/4 hari baru dapat. Ni lah aku boring pakai citra ni, barang spare part dah la mahal sangat susah nak dapat pulak doh. Sebelum ni 2 wheel cap (benda kecik bulat dok tengah2 sport rim tujuannya untuk tutup nat pemegang tayar) tercabut -  hampir 2 bulan aku cari benda tu tak dapat. Cari kat kedai spare part memang susah dapat kat Sungai Besi ni. Pas tu aku gi cari kat Kia service di Setapak - tak ada. Lalu aku gi ke kedai spare part Hyundai Kia di segambut pun tak ada juga, barang habis kata tauke cina tu. Lepas 2 minggu aku gi lagi kedai sama- pun masih tak de. On the way balik aku ternampak kedai spare part hyundai kia yang lain (area Segambut juga) aku tanya, alhamdulillah ada, regenya RM25 satu (sebagai perbandingan; untuk ISwara cuma RM10). Aku beli dua jadi kosnya RM50. Sebelum ni aku tanya member aku sebab wheel cap citra dia pun hilang juga. Dia kata harganya RM34 satu kat KIA Service.

     Setelah 5 th 6 bulan aku pakai Citra dan kereta ni memang banyak berjasa kpd aku sekeluarga, aku membuat keputusan tak akan membelanya lagi sbb kos 'sara hidup' Citra aku akan makin tinggi selari dgn usianya yg makin tua. Harga trade in memang jatuh teruk... mulanya memang sayang nk jual kereta yg dh banyak berjasa ni... tp fikir punya fikir lebih baik jual dari membelanya... cubalah tengok jadual 'sara hidup' citra aku....lagipun aku memerlukan MPV yg lebih besar.  Last sekali aku trade in dan ambik Toyota Innova pulak... Aku booking Innova 2.0G sbb nk dpt full spec, harganya RM109,800.00. Buat masa ni innova yg aku booking tak dpt lg, kena tunggu sebulan baru dpt disebabkn tsunami yg melanda Jepun.  Lepas ni insyaallah aku nk crite pasal salesman2 yg aku jumpa...dan aku faham kenapa orang Melayu susah nk maju dalam perniagaan terutama perniagaan kreta.

Friday 4 March 2011

Proton Iswara NGV Aku

Tujuan Aku Beli Iswara

   Aku beli Proton Iswara 1.5(A) tahun 2002 sebab nak tukar kepada sistem NGV. Sebelum ni aku pakai Kancil 850 manual (kemudian tukar auto sebab pindah KL). Sebelum beli Iswara ni aku survey dulu advantage dan disadvantage penggunaan NGV. Blog yang aku banyak baca adalah http://www.ngvcommunity.com/. Kat situ aku belajar banyak mengenai kenderaan ngv.

NGV Tak Bahaya

   Ada orang kata ngv ni banyak masalah dan yang paling ngeri ialah kejadian van meletup kerana ngv, ia berlaku di Stesen Petronas Ayer Keroh Melaka. Tapi setelah diselidik balik van tu rupanya dipasang dengan tong gas masak yang dimodified untuk dipakai dengan ngv. Jadi akibatnya dua orang terbunuh dengan perut terburai. Itulah akibat tidak mematuhi standard piawaian ngv. Satu lagi ialah kejadian bonet teksi meletup semasa mengisi ngv. Rupa-rupanya dreber teksi tu baru beli gas untuk memasak dan lambat sikit bawa balik rumah lalu meletup.

kereta ngv meletup

Menurut pemilik kenderaan itu yang hanya ingin dikenali sebagai Yong, 45, letupan itu berlaku selepas lima minit dia mula mengisi tangki NGV di belakang keretanya sebelum dikejutkan dengan dentuman kuat yang meranapkan belakang kenderaan jenis Nissan itu.
“Saya bernasib baik, ketika kejadian saya berada di hadapan jika tidak pasti saya akan parah akibat serpihan besi daripada letupan kuat itu.
“Saya tergamam dan terpaksa meniarap, risau jika berlaku letupan susulan bagaimanapun bangun beberapa minit kemudian selepas mendapati keadaan selamat,” katanya ketika ditemui. 
Yong mendakwa dia terpaksa menyimpan tong gas memasak terbabit dalam but kenderaannya apabila tidak sempat untuk menghantarnya pulang ke rumah selepas dia menukarnya di kedai pada sebelah pagi.

   Cuba perhatikan betul-betul tong ngv tak meletupkan! Ini adalah kerana tong ngv direka untuk ketahanan dari berlakunya letupan ketika kemalangan. Ia juga diuji dengan tembakan M16 tapi peluru 5.56 M16 gagal menembusi besi tong ngv tu. Jangan pulak nak uji dengan tembakan RPG kerena RPG ni kereta kebal pun boleh rosak. Sebab lain kerana salah pemasangan. Jadi carilah syarikat pemasang ngv yang diluluskan JPJ - boleh cari dalam dalam web JPJ. Do not simply go to uncertified workshop and install ngv because it may cause explosion. Satu perkara lagi jangan guna handphone masa tengah isi gas. Sebenarnya masa tengah ini petrol pun tak boleh guna handphone.

Cerita Aku Memilih Dan Membeli Iswara Second

   Nak tau kenapa aku tukar Kancil kepada Iswara sebagai kereta kedua aku...

        a. Ruang yang lebih besar untuk keluarga dan juga bonet yang lebih besar untuk pasang ngv.
        b. Kos untuk maintainance rendah.
        c. Kereta paling murah di pasaran nak banding dengan kereta-kereta lain.
        d. Enjin Iswara 4G15 adalah enjin yang terbaik dan paling lasak untuk dipasang ngv.

   Nak pilih kereta 2nd hand ni kena betul-betul pilih, tersalah pilih menyesal; dapat yang pernah accident naya tu. Aku surf blog-blog sebagai panduan atau tips-tips untuk beli kereta 2nd hand. Tapi beli kereta secondhand ni kita dah kena pikir awal-awal lagi berapa kita kena spare fulus untuk repair sebelum kereta tu memuaskan hati kita. Kalau tak nak repair beli kereta baru terus ler. Tapi bulanan nak kena tanggunglah.

   Kereta 2nd hand ni payah juga nak cari yang murah. Paling simple aku cari je dalam mudah.com then gi tengok sendiri keadaan kereta. banyak jugak kereta-kereta yang aku tengok tapi susah nak berkenan sebab al maklumlah kereta 2nd hand banyak yang tak sempurnanya. Jadi kalau ada defect yang kita dapat trace tak payah beli atau buat perjanjian dengan tauke supaya dia repair dulu. Kita juga kena cek bahagian bawah kereta sebab ada kereta yang accident naik atas divider sepertimana yang wira aku dulu. Masa beli tak perasan tapi bila dah lama pakai tayar asyik makan sebelah je.. tau-tau bila buat alignment - cina tu kata dah tak boleh adjust sebab casis dah lari..........

   Satu hari aku tengok dalam mudah.com Proton Iswara 1.5 (A) Sedan 2002, kereta tu cantik... Aku contact salesman dan terus menuju ke Kajang (aku dok d Sg Besi). Sampai dalam jam 6 ptg dan kebetulan hujan renyai-renyai. Aku tengok kereta dari luar semua ok, buka bonet tak berapa nampak sangat bahagian bawah enjin sebab agak gelap sikit then aku test drive. Odometer menunjukkan 73 ribu km +. Tapi aku tak caya sebab meter boleh diubah. Masa test drive ada bunyi wheel bearing - cina tu kata boleh tukar, aku on aircond- aircond rosak cina tu kata dia nak repair - cek boot belakang ada karat bhg tepi kanan - dia kata boleh cat. So oklah aku stuju sebab body kereta cantik dan tak ada kesan accident.  Aku stuju rege keretanya Rm10k (itupun selepas puas aku menawar) dan bayar deposit RM500. Tempat lain memang tak dapat harga tu, biasanya paling kurang RM13k. Aku beli pada tahun bulan Jun 2010.

   Selepas 3 hari menunggu dan semuanya siap diproses, aku ajak bini aku gi ambik kereta. Sebenarnya bini aku kurang berkenan bila aku cadang nak beli iswara tapi aku pikir-pikir kalu beli kereta baru kena hutang lagi sedangkan Naza Citra aku tu kena bayar Rm700 tiap-tiap bulan.
Pasang NGV Pada Iswara Aku

      Aku pasang ngv pada Iswara aku pada 17 Jul 2010 kat Bandar Baru Bangi. Kos pemasangannya ialah RM2800.00 dengan mixer system dan tangki 65 liter. Kos tu juga termasuk cek Puspakom dan JPJ endorsement. Aku diberi taklimat macamana nak operate ngv. Kat bawah steering kereta aku dipasang switch untuk mode petrol dan ngv (petunjuk switch ; step 1-petrol, step 2 - untuk tutup petrol/gas, step 3 - gas) . Switch inilah di antara peralatan mixer system yang dipasang pada kereta enjin carburator. Kalau enjin baru seperti fuel injection, EFI, DVVT, Campro - ia menggunakan sequential system iaitu mode ngv ditukar secara automatic dan kos pemasangannya lebih mahal iaitu hampir RM5k. Berikut adalah cara-cara operate ngv (utk kereta yg pakai karburater shj):


       a. Isi gas di Stesen ngv Petronas (masa isi gas, enjin dalam mode petrol sebab gas belum ada dalam
           tangki).
       b. Start kereta dalam mode petrol dan tekan suis ke step 2 untuk tutup petrol dan biarkan enjin mati
           sendiri. (ini bagi menghalang pencemaran dalam carburator)
       c. Kemudian tukar ke step 3(gas). Pusing kunci kereta pada on. Tunggu lampu pada switch ngv  
           mati dan start sambil tekan sedikit pedal minyak dan kereta terus hidup.



Mula-mula pasang ni ada juga problemnya;

          Masalah Pertama. Pick-upnya amat teruk. Aku pernah berkali-kali kena horn kat orang belakang  
          masa naik bukit dan ini amat memalukan aku.

          Masalah kedua.  Kereta tak boleh hidup setelah park selama 3 jam dalam mode ngv. Aku  
          terpaksa  panggil pomen untuk hidupkan dengan kaedah 'pancing petrol dalam carburetor'. Jadi
          kalu nak park mesti tukar ke mode petrol. Aku terlupa beberapa kali dan ini memberi banyak
          masalah kat aku. Kekadang tu aku keep on start dan last sekali idup jugak dia.

   Aku gi balik ke pusat pemasangan tu dan melaporkan masalah aku. So dia orang setting balik sistem ngv tu dan pasang penutup di hujung air intake dan penutup itu ditebuk lubang sebesar ibu jari kaki. Alhamdulillah setelah dibuat service tu kereta aku ok. Tapi pakai kereta ngv ni bukan untuk race. Perbezaan masa mode ngv dan mode petrol memang ada. Mungkin aku boleh andaikan masa pakai ngv pick-upnya macam Iswara 1.3 dan masa mode petrol keadaan pick-up seperti biasa.

      Aku ambil masa lama juga nak membiasakan diri dengan ngv. Setelah 3 bulan guna ngv dan bertukar-tukar fikiran dengan pengguna ngv lain ditambah dengan pembacaan di internet aku sekarang sudah cekap menggunakan ngv.  Cara aku ialah:
         a. Masa nak parking malam atau tempoh yang lama melebihi 6 jam aku tukar ke mode
             petrol. Caranya ialah terus tukar ke mode petrol sebaik-baik berhenti untuk park dan
             biarkan enjin hidup beberapa ketika supaya minyak naik semula ke carburator. Ia juga  
             untuk memudahkan enjin kereta mudah dihidupkan waktu pagi.

         b. Start pada waktu pagi atau semasa enjin sejuk dalam mode petrol. Tukar ke mode gas
             setelah enjin panas. Proses tukar ke mode gas boleh dibuat dengan cara yang  
             ditunjukkan di atas.  Cara aku lain sikit ; semasa di step 2 sebelum enjin mati; ada 
             tanda-tanda menunjukkan enjin nak mati time tulah aku tukar ke mode gas, jadi enjin tak
             mati dan tak payahlah aku start sekali lagi.
Penjimatan
      Dari segi penjimatan ia amat menjimatkan dan siapa saja yang menggunakan gas pasti akan berpuas hati. Sebelum aku menggunakan gas aku terpaksa membelanjakan RM50 petrol untuk 5 hari bekerja atau RM10 sehari. Tetapi selepas menggunakan gas aku hanya membelanjakan maksimum RM22.50 gas untuk 5 hari bekerja atau RM4.50 sehari.
      Untuk perjalanan dekat-dekat, satu tangki dengan isian penuh RM9.50 aku boleh dapat dalam 140km. Untuk long distance aku boleh dapat 180km - 190km dengan tangki penuh. Cuba bayangkan kalau guna petrol dengan RM10 boleh dapat tak sejauh 180km??? Biasanya kalau isi RM10 petrol, aku boleh dapat 50km untuk perjalanan dekat-dekat dan 60km untuk long distance.     
       Anda mesti tak rasa jemu berulang-alik ke stesen ngv kerana satu tangki tak boleh bertahan lama. Biasanya aku isi 2 hari sekali. Aku tak kisah sebab rumah aku dengan stesen ngv cuma 2.5km je.

Kelemahan Bila Pakai NGV

Selepas setahun setengah menggunakan NGV, enjin kereta aku terasa macam tersekat-sekat terutama bila berada dalam gear 1. Aku pun tukar plug...memang betul plug yg tak ditukar menyebabkan enjin kereta tersekat-sekat.  Jadi pastikan bahawa plug sentiasa ditukar bila cukup masanya.

Absorber belakang yg standard (aku pakai kayaba gas) memang tak tahan lama walaupun spring telah dilapik dengan pelapik getah 2 inci. Setahun pakai mesti tukar. Tapi jangan bimbang... tukar spring khas untuk ngv - spring ni tinggi sikit dari yang original, harga RM80 je sepasang. Tukar spring ni insyaallah tak ada lagi masalah kekerapan tukar absorber. 
        Kalu ada sapa2 nak tanya atau bertukar2 pandangan pasal ngv ni boleh email aku - najay73@gmail.com.