Monday 31 December 2012

Bahaya Tayar Terpakai

Kelmarin aku menonton berita kemalangan jalanraya melibatkan sebuah Perodua Alza yang terbabas sendiri dan melanggar divider akibat tayar pecah. Keadaan depan kereta remuk teruk dan pemandunya terbunuh. Aku tertanya-tanya kenapa sebuah kereta baru tiba-tiba tayarnya pecah. Ya lah memang benar takdir Allah apabila sampai ajal seorang manusia Dia tak akan mngubahnya walau sesaat pun.... Tetapi kemalangan dan kematian mestilah ada sebab dan musababnya. Apabila difikirkan sebab dan musababnya sudah pasti ada langkah-langkah keselamatan yang harus diambil sebagai usaha bagi mengelakkan bahaya yang mendatang. Usaha dan doa adalah penting sebelum kita memulakan perjalanan. Sekiranya nak berlaku juga kejadian yang tak diingini terserahlah kepada yang Maha Berkuasa kerana nyawa kita berada di tanganNya.



Ok berbalik kepada Alza yang terbabas tadi...persoalannya kenapa tayar kereta boleh meletup?? Setelah menonton gambar kemalangan tadi aku, Alza putih yang terlibat dengan kemalangan itu menggunakan tayar dan sport rim yang telah ditukar. Sport rim dan tayarnya lebih besar dari yang original. Ok, kalau dikaji tentang pembelian sport rim dan tayar yang lebih besar dan lebih lebar ini kebiasaanya orang akan pilih harga yang lebih murah. Macamana nak dapatkan yang lebih murah...? iaitu dengan membeli sport rim baru dan tayar terpakai. Tahukah anda bahawa tayar terpakai ada tempoh ketahanannya atau tempoh expired. Di sini saya tunjuk contoh macana nak tau tahun tayar dibuat. Cuba lihat nombor 4002, 40 ialah minggu ke empat 40 dan 12 ialah tahun 2012. Jadi tayar ini dibuat pada minggu ke 40 dalam tahun 2012. Tempoh penggunaan tayar buatan tempat ialah 4 ke 5 tahun dan tayar buatan luar negara biasanya 3 tahun sahaja.



Biasanya tayar terpakai ini diimpot dari luar negara contohnya Jepun dan German. Pengeluar tayar di Jepun tak perlu buat tayar macam pengeluar tayar di Malaysia kerana cuaca di Jepun lebih sejuk. Jadi tak usahlah bangga sangat sekiranya anda beli tayar imported. Pembuat tayar di Malaysia dia orang ni profesional, mereka sudah kaji tentang keperluan keadaan tayar untuk pasaran tempatan.

Jadi kenapa ada orang suka sangat beli tayar terpakai, walaupun bunganya masih tebal dan nampak elok. SUDIKAH ANDA MERISIKOKAN DIRI ANDA DAN KELUARGA ANDA kerana sayang untuk mengeluarkan wang untuk membeli tayar baru??? sebaliknya anda hanya menggunakan tayar terpakai yang menunggu masa untuk meletup.

Aku sendiri pernah melihat tayar kereta meletup depan mata aku. Nasib baiklah keretanya masih bergerak perlahan. Bunyinya masyaallah.... bunyinya kuat macam bunyi letupan bunga api yang meletup di angkasa dan kesannya mudguard depan kereta tu bengkok. Jadi bayangkan sekiranya kereta itu bergerak laju....  

Bagi aku sepatutnya kerajaan mengharamkan impot tayar terpakai kerana boleh membahayakan nyawa dan keselamtan rakyat kita. Janganlah fikirkan keuntungan duti impot sahaja atau keuntungan taukeh-taukeh tayar yang sedia kaya sedangkan berjuta nyawa rakyat dalam bahaya. Bagi rakyat sudah pasti mereka memilih yang murah kerana majoritinya adalah dari kalangan yang berpendapatan rendah. Kalau semuanya kayo-kayo belako tak apolah.

Sebagai kesimpulannya, elakkan dari membeli tayar terpakai yangmana owner asal atau negara pengekspot sudah tak mau tayar tu lantas mengekspot ke negara ketiga seperti negara kita.... kesia kite... 

Thursday 29 November 2012

Sikap Orang Kita Sewaktu Dalam Kenderaan

Pernah tak anda melihat sampah melayang keluar dari kenderaan sewaktu berada di jalan raya? Bag plastik, kertas, kotak dan puntung rokok, kulit rambutan, kulit durian dan macam-macam lagi yang dibuang keluar dari kenderaan adalah satu pemandangan biasa yang dilihat di negara kita. Kenapa ini boleh terjadi di negara kita??? Saya pun tak tau nk jawab. Tapi itulah sikap sesetengah pemandu dan penumpang kereta di negara kita yang tidak beretika, tidak beradab, tidak berakhlak, tidak sopan, tidak bertamadun, kurang didikan, kurang hajar, mementingkan diri sendiri... dengan anggapan 'janji dalam kereta aku tak ada sampah'. 'Alah..ada orang kutiplah tu'. 'Aku buang sikit je..tak kotor punye'. Bayangkanlah 30% rakyat kita buat macam tu...Tak mustahillah sampah bersepah di negara kita. Sakit mata kita dibuatnya.

Sedangkan di negara-negara Barat perkara seperti ini jarang berlaku. Dalam bab ini kita boleh mencontohi mat saleh.. mat saleh ni kalau dia makan gula-gula sekalipun dia tak akan buang merata-rata. Sekiranya tong sampah tak ada dia akan masukkan kulit gula-gula ke dalam poket seluar/baju. Sampah yang begini kecik sekalipun mat saleh tak buang? Apa macam agak-agak boleh buat tak? Sebab itulah di negara mereka kita tak akan melihat pemandangan kotor di merata-rata tempat. Tempat kita... kedai makan pun tikus dok main kat kaki kita je waktu tengah makan...

Apa Perlu Dibuat?
Untuk mengatasi fenomena pembuangan sampah ini pertama sekali hati kita mestilah bersih dari segala kekotoran. Kerana orang yang suka buang sampah merata-rata ni tak kiralah buang keluar dari kenderaan ke, mana-mana tempat ke... sudah pasti hati mereka ini penuh dengan sampah sarap. Jadi didiklah hati sendiri supaya rasa bersalah bila buat perkara yang tak baik. Bayangkanlah sewaktu memandu bersama keluarga, seorang ketua keluarga membuang sampah keluar dari kenderaan...sudah pasti perbuatan ini akan diikuti oleh anak-anak. Jadi seorang ketua keluarga telah membuat contoh yang tidak baik kepada anak-anak.  Sebaiknya sediakan plastik sampah dalam kereta, segala sisa makanan dimasukkan ke dalam plastik sampah dan apabila sampai di mana-mana hentian buanglah sampah tu ke tempat yang disediakan. Janganlah mementingkan diri sendiri sehinggakan kita lupa kepada adab dan agama kita yang melarang membuat kotor.

Sama-samalah kita buat benda baik moga-moga kita masuk ke dalam orang yang beriman.

Thursday 11 October 2012

Cara Mudah Memperbaharui Insuran (Takaful) Dan Road Tax

Nak renew insuran dan road tax sekarang amatlah mudah. Dulu agak payah kerana kita terpaksa pergi ke wakil insuran kemudian ke JPJ untuk renew road tax. Selepas tu agak mudah sedikit iaitu kita hanya ke pejabat pos, di situ kita renew insuran dan roadtax. Tetapi kini lagi mudah...Nak tau macamana!!!!

Oleh kerana road tax dan insuran kereta aku dah nak mati, aku mulalah tercari-cari cover note insuran yang lama. Cari punya cari tak jumpa...aku mula susah hati sebab tak ada cover note macamana nak tau insuran kereta kita tu insuran apa.... Aku dok terfikir-fikir macamana nak dapatkan cover note tu.. Pertamanya aku akan cek dengan company aku beli kereta dulu tapi agak jauh juga... tak ada masa nak pergi. Lepas tu aku dok terpikir nak ke bank di mana aku buat loan kereta dulu... pun jauh juga.   Lepas tu tiba-tiba aku terima panggilan dari syarikat insuran, katanya insuran aku dah nak mati jadi dia boleh memperbaharuinya dengan cara datang sendiri (walk ini) ke pejabatnya atau bank in sahaja sejumlah wang ke syarikatnya dan syarikat akan kurierkan road tax ke rumah aku. Jadi dengan panggilan ini aku rasa lega sikit...peluang aku utk renew insuran dan road tax cara mudah akan terhasil. Tapi satu saja aku dok terfikir...insuran tu insuran konvensional bukan takaful... Dr Zaharudin kata kita orang Islam wajib menggunakan sistem Islam bagi mengelakkan adanya unsur-unsur riba. Orang yang terlibat dengan riba akan masuk neraka.

Lepas tu aku terima sms dari Maybank (bank di mana aku buat loan kereta). Aku dapat offer dari Etiqa Takaful Maybank untuk renew insuran aku. Wah... pucuk dicita ulam mendatang...alhamdulillah hasrat aku untuk menyertai sistem takaful akan tercapai. Aku terus telefon Etiqa Takaful Maybank dan setelah dikira kosnya aku terus setuju untuk menggunakan Etiqa Takaful untuk kereta aku. Ok Caranya begini:

1. Telefon Bank di mana kita buat loan kereta. Biasanya bank-bank ada panel takaful/insuran masing-masing
2. Nyatakan kita akan renew insuran dan road tax.
3. Pihak bank akan buat kira-kira.
4. Transfer duit ke akaun etiqa takaful menggunakan maybank2u
5. Road dan cover note takaful akan di kurier.
6. Road tax selamat diterima. 

Friday 5 October 2012

'Innocent of Muslim' Satu Kritikan Terhadap Orang Islam

Ini bukan tentang kereta tetapi aku nak bagi pandangan berkaitan filem dari You Tube yg dikutuk di seluruh dunia Muslim. Aku amat menyokong filem ini dikutuk dan di 'ban' dari You Tube.  Sebenarnya aku tak pernah pun menonton filem ini. Cuma aku rasa pelik bin ajaib tentang sikap orang Islam di seluruh dunia. Filem Innocent of Muslim merupakan sebuah filem yang terang-terang menghina Nabi Muhammad Sallallahualaihi wasslam lantas membangkitkan kemarahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Musuh yang terang lagi nyata biasanya kurang ditakuti oleh barisan pertahanan sesebuah negara kerana yang nyata sudah pasti diketahui kekuatan dan kelemahan. Tetapi musuh dalam selimut merupakan ancaman yang tak dijangka dan tak dapat dibaca oleh seseorang atau pasukan tentera atau negara. Begitulah saya umpamakan kepada filem-filem yang ada unsur-unsur pertentangan dengan adadt resam, budaya dan agama kita. Filem yang nyata penghinaannya terhadap Islam amat mudah dan cepat diketahui dan diambil tindakan.  tetapi filem yang boleh dikatorgerikan sebagai musuh dalam selimut amat banyak dan dipertontonkan kepada segenap lapisan masyarakat.Penerapan nilai-nilai yang tidak baik ini bermula dari kecil. Peringkat ini merupakan peringkat yang paling mudah diresapi pengaruh tidak baik dan mudah sekali meniru watak-watak dalam filem yang ditonton.

Contoh filem yang menghina Islam amat banyak... banyak filem-filem dari barat yang melabelkan  orang Islam sebagai pengganas. Tentera atau polis Amerika kononnya bertindak sebagai hero dan penyelamat dunia. Filem-filem ini nampaknya amat banyak dipertontonkan kepada masyarakat kita melalui tv arus perdana ...  tetapi tidak ada orang yang nak buat tunjuk perasaan terhadap filem yang menghina Islam ini. Berapa ramai manusia yang terpengaruh dengan filem ini dan sebagai kesannya orang takutkan agama Islam kerana kerana kononnya Islam mengajar keganasan.

Selain dari itu sangat banyak filem yang menunjukkan pakaian dan adegan yang menghairahkan dan sex cumanya adegan bersetubuh di potong tetapi muqaddimah dan selepasnya dipertontonkan.....Tak payah beli vcd hanya tonton saja di tv nescaya anda dapat lihat di siang hari lagi.... tak payah tunggu malam. Tak payah tengok filem mat saleh filem Melayu pun ada... ADAKAH SIARAN TV KITE PUN TELAH DIPENGARUHI OLEH ZIONIS YAHUDI??? Fikir-fikirkan... Tak hairanlah ramai pelajar yang rosak akhlak malah menjadi penjahat... dan sudah ramai juga yang tak segan silu melakukan zina tanpa ada perasaan bersalah.    Akhir sekali apa jadi kepada bangsa dan negara kita... sebahagian kesan-kesannya banyak kita dapat lihat hari ini...agaknya siapa akan memerintah kita 10 - 15 tahun akan datang sekiranya orang kita sudah rosak??

Filem-filem katun atau animasi pun nampaknya banyak yang tidak sesuai ditonton. Dulu katun hanya ditujukan kepada kanak-kanak tetapi katun sekarang ada yang tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak contohnya penampilan seksi dan adegan bercium yang mana dapat mempengaruhi kanak-kanak membuat adegan yang sama. Selain dari itu ada juga kata-kata dan dialog yang tak sesuai untuk kanak-kanak. Contoh kata-kata kesat, mencarut dan mencela seperti dalam siri katun'spongebob', perkataan 'bunuh', menghina orang lain, budak gatal dalam 'Sinchan' dan banyak sebenarnya yang tidak baik untuk kanak-kanak. Jangan biarkan anak-anak kita meniru gaya percakapan katun.

Sepatutnya orang-orang Islam hendaklah menyatakan tidak bersetuju dengan program-program dan filem-filem yang ada unsur merosakkan bangsa Melayu dan orang-orang Islam. 

Sunday 30 September 2012

Kos Service Perodua Viva 660(M)

  1. Service PERTAMA 1000km : Spare part replaced: Semi synthetic motor oil +  Oil filter + Gasket, transmission oil (RM106.63), Cabin filter + bracket & Battery terminal protector (RM38.30), service tax (RM2.10) = RM147.05.
2.   Service KEDUA 6000km : Spare part replaced: Semi synthetic motor oil + Oil  filter + Gasket (RM76.75), Battery terminal protector + windshield washer (RM5.80), service tax (RM1.80)= RM84.35.

 3.  Service KETIGA 11000km :  Spare part replaced: Semi synthetic motor oil + Oil filter + Gasket + spark plug (RM117.05), Cabin filter + Battery water (RM31.50), service tax (RM2.10) = RM150.65.

 4.  Service KEMPAT 21000km :  Spare part replaced: Semi synthetic motor oil (RM69.00),  Oil filter (RM12.95), Gasket (RM4.80), Spark plug utk 100 ribu km (RM135.00), transmission oil (RM29.88), air filter (RM50.10) Maintenance Service standard  (RM35.50), + service tax (RM2.70) = RM341.55.

Untuk service keempat nii aku agak terkejut kerana ada perkara yang tak patut spt spark plug RM135.00. Sepatutnya pihak Perodua Service tanya customer dulu nak ke tak nak plug yg tahan 100 ribu km tu...Aku fikir membazir je pakai yg tu..baik pakai yg biasa je.  Kalau anda nak service viva tanya dulu item nak ditukar n kosnya. Kalau mahal boleh tak nak yang biasa shj.

5.  Service KELIMA 31000km :  Spare part replaced: Semi synthetic motor oil (RM69.00),  Oil filter (RM12.95), Gasket (RM4.80), Cabin filter (28.80) + service tax (RM2.10) = RM152.65.

Wednesday 12 September 2012

Kos Service Toyota Innova 2.0G (A)


  1. Perkara
    Kos

    Service 1; 1000km
    Toyota motor oil, Oil filter, Gasket, Window washer
    RM135.05
    26 jul 2011
    Service 2; 6000km
    Engine oil fully synthetic (untuk 10ribu), Oil filter, Gasket, Window washer
    RM262.30..
    28 Jan 2012
    Service 3; 16000km
    engine oil fully synthetic, Oil filter, Gasket, Window washer.

    RM262.30
    4 Ogos 2012
    Service Ke 4
    engine oil fully synthetic, Oil filter, Gasket, Window washer, brake fluid Dot3
    RM298.60
    2 Mac 2013
    Service ke 5
    engine oil fully synthetic, Oil filter, Gasket, Window washer, element air refiner
    RM272.93
    12 Mac 2014




















Friday 20 July 2012

Proses Buat Loan Kereta; Berhati-hati Apabila Deal Dengan Salesman

    Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda.

Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini... awas... cek betul-betul anda rugi atau anda untung???? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun...tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa.

Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik... Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900.  Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau anda bulanan kereta anda ialah RM487 selama 9 tahun. Anda tanpa banyak soal terus bersetuju membeli dengan salesman ini. 

Ok...anda tau tak berapa anda buat loan? Anda tau tak berapa interest bank yang terkini untuk pinjaman kereta? Anda tau tak cara kira-kira pinjaman kereta? Kalau anda tau sudah pasti anda tidak akan setuju dengan jumlah bulanan yang dikenakan.

Semasa blog ini ditulis interest bank bagi kereta nasional baru ialah 2.8% dan bagi kereta terpakai ialah 3.5%. Bulanan RM487 adalah dikira dengan interest 3.5%. Sekiranya dikira dengan interest 2.8% bulanannya ialah RM463.

Untuk interest 3.5%, keuntungan yang diambil bank ialah RM12,600. Untuk interest 2.8% keuntungan yang diambil bank ialah RM10,800. Bezanya ialah RM2,250.

Walaupun RM487 dan RM463 perbezaan cuma RM24 sahaja tetapi kalau dikira RM24 X 108 bulan (9 tahun) jumlahnya agak besar.

Berbalik kepada cerita salesman 'baik hati' yang bagi diskaun kepada anda tadi... dia sebenarnya telah memanipulasi anda yang tak tau apa-apa.... Walaupun dia dengan baik hati offer RM1000 diskaun tetapi secara diam telah telah mengambil duit anda sebanyak RM2,250 in return tanpa anda sedari.

Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah tau serba sedikit tentang proses loan dibuat.

Pertama; Mestilah tau harga kereta yang sebenar. Kereta baru amat senang untuk tahu harganya iaitu pada quotation kereta. Sementara kereta terpakai harga tak sama... tetapi anda mestilah tau pasaran semasa. Paling mudah untuk buat perbandingan harga boleh tengok dalam Mudah.my. Mesti diingat bahawa harga kereta terpakai yang dipamerkan adalah harga kereta shj tak termasuk insuran, road tax dan lain-lain proses.

Kedua; Mesti tau kadar interest semasa.

Ketiga; Tahu cara pengiraan loan kereta.
Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00.

RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun).

RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080

Jadi:  RM40,000 (loan) +
         RM10,080 (keuntungan bank)
         ------------
         RM50,080 / 108 (9 th) = RM463.00 sebulan

Jadi anda kena bayar RM463.00 sebulan.    
  

Keempat; Boleh bertanya kadar interest yang sebenar apabila pihak bank menelefon anda, sekiranya anda tak bersetuju boleh dirunding minta kadar yang lebih rendah.

Kelima. Pastikan bayaran booking dan downpayment dibuat di showroom dan dapatkan resit yang original. Elakkan terima resit yang dibeli kat supermarket walaupun ada cop syarikat.
Loan Kereta 2nd hand

Anda juga mesti bijak semasa buat pengiraan loan untuk kereta 2nd hand. Harga kereta yang dipaparkan adalah harga bodi kereta sahaja. Awas jangan terpedaya dengan harga yang lebih murah dari kedai used car lain. Pastikan ia betul-betul murah. Bermacam cara dan tektik digunakan penjual kenderaan terpakai untuk mengelabui mata pembeli. Bagaimana? Misalnya harga sebuah perodua myvi tahun 2009 ialah RM32000.  Harga on the road boleh jadi RM36400. Apa pulak yang lebih lebih RM4400 ni... ok RM4400 ini adalah insurans dan documentations fees. Biasanya di bahagian inilah pihak used car akan charge giler-giler. Documentations fees termasuk- Company service, JPJ, Puspakom, service permohonan loan, runner dan transfer nama.

Dari segi insurans, anda mesti tau bagaimana cara untuk mengira insuran kenderaan dengan tepat. Kalau anda tak tau kira, anda boleh kira secara online- masuk je 'Paultan' blog, di sini ada Insurance Calculator. Salesman penipu akan kira dengan tak tepat. Kat sini pun dia orang dah boleh untung beratus ringgit sekiranya pembeli tak tau kira insuran. Aku pun hampir terkena. Harga kereta ialah RM32000. Salesman kata dia nak insured RM40000 kerena harga pasaran ialah RM40000. Tau berapa dia kira???? RM1720 untuk nilaian RM40000. Ini tak masuk akal langsung sebab kalau insured RM40000 insuransnya hanya RM1251. Kalau insured RM32000 (mengikut harga kereta) pasti lagi murah.

Anda juga mesti berfikir secara logik. Kalau anda beli kereta 2nd hand dan anda buat loan RM32000 selama 9 th, bulanan ialah RM405. Sebaliknya sekiranya anda beli kereta baru dan buat loan RM40000 selama 9 th, bulanan ialah RM465. Jadi perbezaan bayar bulanan tak banyak...cuma RM60 je, lebih baiklah anda beli baru biar betul-betul puas hati. Kereta 2nd ni kita tak tau sejarah silamnya baik ke buruk ke...

Monday 9 July 2012

Tips Membeli Kereta Terpakai


Pengenalan

Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi aku.  Sekadar untuk share dengan pembaca-pembaca yang melawat blog aku ni.  Aku bukanlah pomen atau pakar yang tau serba serbi tentang kenderaan.  Sekiranya anda ingin komen atau bertanyakan aku janganlah anda bertanyakan aku seperti anda bertanyakan kepada seorang pomen. 

Buat Pilihan Jenama Yang Tepat Sebelum Membeli Kereta

Pilihan yang tepat amat penting sebelum anda memutuskan untuk membeli kereta. Beberapa perkara yang mesti dipertimbangkan.... kecuali anda memang betul-betul berminat dengan kereta dan jenama tersebut, kalau tak beli anda boleh jadi makan tak lalu mandi tak basah.... juga anda orang berduit bolehlah teruskan dengan minat anda.

Perkara utama yang mesti dipertimbangkan ialah:

a. Reliability
Reliabilty dan quality sepatutnya menjadi perkara utama dalam memilih kereta. Ketepatan dalam memilih jenama yang berkualiti mengelakkan anda tidak perlu mengeluarkan wang dan masa yang banyak untuk berulang-alik ke bengkel. Biasanya kereta ini tak banyak meragam... selesa dipakai dan handlingnya baik walaupun usia melebihi 10 tahun.

b. Pilihlah kereta yang banyak dipakai orang dan masih ramai lagi orang yang memakai jenama ini walaupun usia kereta sudah lanjut. Biasanya kereta-kereta yang banyak dipakai orang mudah untuk mendapatkan spare part. Spare partnya pun tidaklah mahal sangat. Jenama proton (tak semua model) dan perodua dari buatan tempatan mungkin boleh dipertimbangkan. Begitu juga jenama dari Jepun seperti Toyota, Honda dan Nissan merupakan pilihan ramai.

c. Maintenance rendah. Bagi orang yang ingin jimat duit lebih baiklah cari kereta yang senang untuk dijaga dan kosnya agak rendah untuk dibaiki. Kereta-kereta Korea dan Eropah biasanya spare part mahal dan kadang-kadang susah untuk dapatkan spare partnya.

d. Harga kereta. Biasanya kereta yang kurang demand di pasaran harganya agak murah walaupun masih baru...kenape? Faktornya adalah sebagaimana yang dibincangkan di atas.

Berhati-Hati Semasa Membeli Kereta Terpakai

Biasanya kereta-kereta yang ada dijual di kedai-kedai used car ada 'masalah', sama ada sedikit atau banyak.  Sekiranya anda tersilap beli anda akan menghabiskan duit dan masa dengan keluar masuk woksyop.  Semasa melihat-lihat kereta yang nak dibeli sebaiknya fikirkan dulu kenapa agaknya owner asal jual kereta ni...  Ada sebab-sebab tertentu orang jual kereta di antaranya;

a.  Tak mampu bayar hutang yangmana akhirnya terpaksa dijual. Biasanya kereta ini masih baru dan untung juga owner kedua kerana kereta ini kurang masalah atau tidak ada masalah langsung - pakai je. Ada juga kereta yang ditarik dan dibeli oleh used car semasa lelongan bank.

b.  Pada pandangan aku orang kaya terutama ahli perniagaan biasanya tak pakai lama kereta iaitu sekitar 3 tahun shj (itupun dah dikira lama). Mereka akan sentiasa mengikut perkembangan model kereta ..yalah banyak duit katakan...dan bagi mereka kereta adalah untuk menunjukkan keyakinan kepada customer mereka. Biasanya orang kaya akan lanyak kereta mereka cukup-cukup...ya lah tak ada niat pakai lama katakan.. .Namun ada juga yang orang kaya yang ada sampai 5/6 biji kereta..so yang ni kereta mereka tak lasak kerana kurang diguna.

c. Owner asal jual kerana kereta sudah mengalami accident yang teruk.

d. Ada orang jual kereta kerana sudah tak tahan asyik berulang alik worksyop...bukan kerja kat woksyop tapi terpaksa ke sana kerana kereta meragam.

e. ada orang jual kereta kerana tak puas hati dengan performancenya.

f. Kereta yang umurnya melebihi 5 tahun biasanya terdapat parts yang perlu ditukar.  Ini adalah kerana parts kereta ada expired. Contohnya timing belt boleh dipakai untuk 60ribu (bagi kenderaan buatan Korea) dan 100 ribu (bagi kereta Malaysia dan Jepun).

Cara Memilih Kereta Terpakai

a. Bawa pomen, sebaik-baiknya bawalah pomen itu untuk cek kereta yang anda nak beli kereta mereka merupakan pakar kereta.  Sekali pandang dan sekali start sahaja pomen sudah tau baik buruknya kereta tu.

b. Periksa keadaan cat kereta.  Kereta yang mempunyai cat asal adalah lebih baik untuk dibuat pilihan.  Biasanya pihak used car akan cat kereta-kereta yang akan dijual supaya kelihatannya lebih menarik.  Sekiranya kereta yang telah dicat semula pastikan warnanya adalah warna asal.  Nak tahu warna asal cek pada bahagian enjin.  Biasanya warna asal akan tercatat (engraved) pada bahagian badan kereta berhampiran dengan enjin. 


Sekiranya warna yang tercatat adalah berlainan dengan warna terkini padahal kereta masih baru iaitu sekitar 5 tahun ke bawah kemungkinan kereta itu sudah mengalami kemalangan yang teruk. Catatan warna asal juga terdapat pada geran kereta.  Sekiranya warna terkini adalah sepertimana yang ada pada 'engraving' atau pada geran, anda boleh cek bahagian dalaman kereta seperti bahagian enjin, bahagian antara badan dan pintu kereta, dalam boot dan lain-lain bahagian terutama bahagian yang tersembunyi. 


Bahagian-bahagian ini pasti ada perbezaan dengan bahagian luar, biasanya bahagian dalaman kenderaan warnanya adalah pudar.  Sekiranya bahagian dalaman ini ada kesan baru di cat kemungkinan juga kereta telah mengalami kemalangan atau warna pada compartment enjin totally berlainan; cth dalam compartment warna biru tetapi bahagian luar badan sudah di spray putih, confirm kereta ni ada accident teruk. Dinasihatkan juga agar tidak melihat kereta semasa hujan atau kereta basah. Kalau tengok masa ni semuanya nampak bagus.

c.  Periksa bahagian bawah badan kenderaan.

Anda juga boleh cek keseluruhan bahagian bawah kereta tentang kemungkinan terdapat kesan kemek atau kedudukan parts yang tak sama. Kereta yang pernah mengalami kemalangan bahagian bawah susah untuk dibetulkan dan tidak boleh buat alignment.  Jadi anda terpaksa sentiasa menukar tayar kerana bunga tayar cepat haus sebelah. Anda juga boleh cek kedudukan tayar kereta. Tayar depan mesti selari dengan tayar belakang. Boleh cek dengan cara pejam sebelah mata dari kedudukan tayar depan dan perhatikan ke arah tayar belakang sama ada tayar depan dan belakang sama atau tidak. Juga cek kebocoran minyak hitam dan minyak gear, sekiranya ada kesan minyak menitik atau kesan minyak yang banyak dalam enjin elakkan beli kenderaan ini kelak anda terpaksa menghabiskan duit untuk repair.  Anda boleh juga minta supaya pihak used car repair enjin. Tetapi pada pandangan saya elakkan beli kereta ini kerana sekiranya mereka repair, mereka repair paling minima.

d.  Bahagian dalaman kenderaan.

Cek bahagian dalam kereta, sekiranya bahagian dalam kereta terutama dashboard, bahagian tengah konsol gear dan lain-lain, sekiranya plastik-plastik ini tercalar dan nampak lusuh ertinya tuan asal kurang  memperdulikan kenderaannya,  Periksa juga semua butang dan suis, barang elektronik seperti power window, signal, lampu, wiper, aircond dan lain-lain di 'on',.  Aku pernah terjumpa kereta yang apabila dipasang lampu besar, enjin akan terpadam.  Ini bererti sistem elektriknya tidak baik.  Jangan beli kereta ini.  Biasanya pihak used car akan bagi kita bateri lama. Jadi demand dengan mereka supaya belikan yang baru atau pastikan voltan masih tinggi, kalau tidak jangan beli kereta ini.  Pastikan aircond sejuk, sekiranya aircond tidak sejuk atau rosak, jangan beli kereta ini sekalipun salesman berjanji akan repair.  Aku sendiri pernah terkena; aku dah sedar bahawa aircond tak sejuk tetapi dah berkenan sangat dengan kereta ni, aku mintak pihak used car repair.  Apa yang jadi ialah semasa aku mula-mula ambil kereta tu, aircondnya sejuk tetapi setelah beberapa hari pakai aircond tak sejuk.  Aku complain kat used car tu balik tapi dah terlambat, duit sudah dibayar cina tu kata tak ada perjanjian warranty.

e. Warranty

Sebaiknya anda minta warranty untuk kereta terpakai yang dibeli.  Warranty kereta 2nd hand tak lama iaitu sekitar 2 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada used car.  Kebanyakannya mereka tak berani nak bagi warranty kecuali pembeli yang minta. Sekiranya ada perjanjian warranty, minta salesman catat di bahagian resit.  Sekiranya mereka tak berani bagi warranty lebih baik abaikan kereta tu. Used car bersepah kat mana2 terutama bandar-bandar besar.

f.  Jangan tunjukkan anda terlalu berminat dengan kenderaan itu.

Sekiranya anda tunjukkan minat yang berlebihan, di sinilah pihak salesman akan berusaha memujuk anda supaya terus saja letak deposit, ingat selepas anda tinggal deposit jangan harap anda akan dapat balik duit itu melainkan anda terpaksa juga beli kereta tu atau deposit anda lesap.  Sebenarnya anda mempunyai masa yang banyak untuk memilih dan memikirkan kereta yang terbaik untuk anda.

6.  Periksa enjin

Buka bonet dan cek bahagian enjin. Sekiranya enjin belum dibersihkan minta salesman cuci enjin, esoknya cek sekali lagi enjin yang sudah dibersihkan dan pastikan tiada minyak yang keluar.  Kemudian cuba hidupkan enjin, pastikan enjin dapat dihidupkan sekali atau dua kali start sahaja.  Tekan pedal minyak dan cek asap yang keluar, jangan beli kereta yang asapnya masyaallah berkepul-kepul keluar dari exzos kecuali enjin diesel. Asap yang banyak keluar menandakan kereta kena overhaul.  Tali kipas, tali aircond dan tali enjin juga pastikan tidak nampak kesan pecah.  Water hose juga boleh dicek dengan ditekan dengan menggunakan dua jari, sekiranya terasa ada bunyi seperti hose sudah rapuh minta salesman tukarkan. Biasanya hose boleh bertahan sehingga 8 atau 10 tahun.

7. Mileage

Carilah kereta yang mempunyai mileage yang rendah.  Kereta yang mempunyai mileage tinggi biasanya maintenencenya juga tinggi.

8. Tayar

Carilah kereta yang mempunyai tayar baru dan bunga masih banyak.  Sekiranya tayar telah botak, minta salesman gantikan dengan baru - kalau dia nak bagi secondhand tyre; jangan terima.  Awas! tayar 2nd hand  mempunyai tarikh luput walaupun bunga masih banyak.  Biasanya tayar buatan Malaysia jangka hayatnya ialah 5 tahun dan tayar import 3 tahun. Mesti diingat ramai orang sukakan tayar 2nd hand kerana ianya murah walhal tayar itu sudah tidak selamat.  Banyak juga kes-kes kemalangan kerana tayar pecah.

9. Test Drive

Kereta yang nak dibeli mestilah di test drive.  Sebaiknya driving yang boleh mencapai 100+ km/h. Apabila anda sedang test drive cubalah dengar bunyi2 yang asing sekiranya ada, kalau ada bunyi asing seperti bunyi bising pada gear box atau kereta bergegar sebaiknya elakkan membeli kereta ini. Ada juga salesman berkeras tak bagi kita test drive... kononnya takut rosak, so don't ever ever beli kereta ni, kita pun mesti berkeras, tak bagi test tak jadi beli.

10. Resit Sercive

Sebaiknya cuba dapatkan resit service kereta tersebut dengan salesman. Biasanya kereta yang berusia 5 tahun ke bawah masih ada lagi resit-resit service sekiranya owner asal serahkan kepada used car. Masa aku trade in kereta aku dulu pun pihak used car minta semua resit service dan yang berkaitan dengannya. Pada resit ini akan tercatat semua aduan yang telah dibuat oleh tuan kereta yang asal. Jadi secara tak langsung kita akan dapat tahu sejarah service dan pemeriksaan yang telah dibuat di pusat-pusat service bertauliah.