Musuh yang terang lagi nyata biasanya kurang ditakuti oleh barisan pertahanan sesebuah negara kerana yang nyata sudah pasti diketahui kekuatan dan kelemahan. Tetapi musuh dalam selimut merupakan ancaman yang tak dijangka dan tak dapat dibaca oleh seseorang atau pasukan tentera atau negara. Begitulah saya umpamakan kepada filem-filem yang ada unsur-unsur pertentangan dengan adadt resam, budaya dan agama kita. Filem yang nyata penghinaannya terhadap Islam amat mudah dan cepat diketahui dan diambil tindakan. tetapi filem yang boleh dikatorgerikan sebagai musuh dalam selimut amat banyak dan dipertontonkan kepada segenap lapisan masyarakat.Penerapan nilai-nilai yang tidak baik ini bermula dari kecil. Peringkat ini merupakan peringkat yang paling mudah diresapi pengaruh tidak baik dan mudah sekali meniru watak-watak dalam filem yang ditonton.
Contoh filem yang menghina Islam amat banyak... banyak filem-filem dari barat yang melabelkan orang Islam sebagai pengganas. Tentera atau polis Amerika kononnya bertindak sebagai hero dan penyelamat dunia. Filem-filem ini nampaknya amat banyak dipertontonkan kepada masyarakat kita melalui tv arus perdana ... tetapi tidak ada orang yang nak buat tunjuk perasaan terhadap filem yang menghina Islam ini. Berapa ramai manusia yang terpengaruh dengan filem ini dan sebagai kesannya orang takutkan agama Islam kerana kerana kononnya Islam mengajar keganasan.
Selain dari itu sangat banyak filem yang menunjukkan pakaian dan adegan yang menghairahkan dan sex cumanya adegan bersetubuh di potong tetapi muqaddimah dan selepasnya dipertontonkan.....Tak payah beli vcd hanya tonton saja di tv nescaya anda dapat lihat di siang hari lagi.... tak payah tunggu malam. Tak payah tengok filem mat saleh filem Melayu pun ada... ADAKAH SIARAN TV KITE PUN TELAH DIPENGARUHI OLEH ZIONIS YAHUDI??? Fikir-fikirkan... Tak hairanlah ramai pelajar yang rosak akhlak malah menjadi penjahat... dan sudah ramai juga yang tak segan silu melakukan zina tanpa ada perasaan bersalah. Akhir sekali apa jadi kepada bangsa dan negara kita... sebahagian kesan-kesannya banyak kita dapat lihat hari ini...agaknya siapa akan memerintah kita 10 - 15 tahun akan datang sekiranya orang kita sudah rosak??

Sepatutnya orang-orang Islam hendaklah menyatakan tidak bersetuju dengan program-program dan filem-filem yang ada unsur merosakkan bangsa Melayu dan orang-orang Islam.
No comments:
Post a Comment