Saturday, 26 March 2011

NAZA CITRA AKU

NAZA CITRA AKU
                Aku beli Naza Citra pada tahun 2005.  Ia adalah generasi pertama Naza Citra yang di copy dari Kia Caren.  Perbezaan di antara keduanya ialah dari segi kapasiti enjin; Naza Citra 2000cc dan Kia Caren 1800cc. Lain-lain perbezaan tiada yang ketara.  Aku terpaksa jual Proton Wira 1.6 auto yang aku sayangi bagi membeli sebuah MPV kerana keluarga makin bertambah. 
Sebelum aku beli Citra ni aku dengan bini aku buat survey ke atas MPV yang mampu dimiliki termasuklah Toyota Unser.  Aku dah berkenan dengan Unser ni kerana ruangnya cukup luas.  Tapi bini aku tak minat sebab bunyi enjinnya agak kasar, kata orang kampung aku bunyi ‘berdaung’.   Pergi tengok Naza Citra yang cukup top pd masa tu sebab Citra ni dikatakan sebagai MPV nasional yang pertama.  Walhal bohong semata-mata, apa dia yang dikatakan ‘nasional-nya’ sebab tak ada pun tulisan ‘Malaysia’, semuanya tertulis Korea.  Bentuk bodynya boleh tahan dan harganya pun ok.  Tapi aku sebenarnya kurang puas hati dari segi ruangnya kerana agak sempit.  Third row seat tak selesa untuk orang dewasa. 
Mesyuarat punye mesyuarat dengan bini aku akhirnya setujulah kami beli Citra.  Aku pergi ke Naza-Kia Melaka dan tempah Citra GS dengan deposit RM500.  Kalau tak silap aku Citra tu aku dapat dalam masa 6 bulan, itupun setelah puas aku jumpa pengurusnya.  Ada orang lain bagi duit kopi (sebenarnya bukan duit kopi – duit boleh beli gajah sekor) RM3000 kerana nak dapat cepat atau potong queue.  Tapi aku tak sanggup bagi, RM3 ribu bukannya sedikit….dan haraaammm..berdosa.... 
Sebenarnya banyak juga kelebihan Citra ni dengan harga yang agak rendah bagi sebuah MPV.  Di antara kelebihannya ialah:
a.        Enjin 2000cc memberikan kepuasan memandu kerana tork atau pick upnya bagus.
b.      Ciri-ciri keselamatan seperti airbag, abs dan pre tensioner seat belt.
c.       Accessories seperti leather seat, body kit dan lain-lain.
Kekurangan Citra ialah dari segi ruangnya agak sempit jika nak dibandingkan dengan Unser atau Innova.  Aircondnya bukan double blower, blower hanya ada di depan sahaja menyebabkan third row seat agak lambat sejuk.  Aku pernah memuatkan 7 orang dewasa (of course ruang third row tak selesa) dan masalahnya ruang belakang tak sejuk langsung disebabkan cuaca agak panas pada masa tu. 
Tahun pertama merupakan tahun yang paling memeningkan kepala aku.. Nasib baik juga berlaku dalam tempoh warranty, kalu dah lepas warranty rosak tu rosak ni…naya..naya.  Bini aku kata beli kereta baru tak perlu fikir nak repair situ repair sini.  Tapi Citra aku ni banyak buat hal walaupun baru.  Orang lain pun (kebnyakan) terima nasib yang sama.  Jadi sebenarnya aku telah membuat kesilapan dengan membeli kereta Korea yang mutunya rendah.  Orang kutuk kereta proton kerana mutu rendah tapi bagi aku lebih baik proton dari Citra aku ni.  Antara masalah yang aku terpaksa hadapi ialah:
a.       Radiator bocor untuk kali pertama.  Alhamdulillah tukar dalam masa dua minggu setelah kecek-kecek cino workshop supaya cepat.
b.      Radiator bocor lagi kali kedua dalam masa 3 bulan. Hai…citra..citra… Yang ni tukar dalam masa 4 bulan. Workshop welding dulu radiator tu, cukup 4 bulan bocor balik dan dapat tukar baru.
c.       Oil seal gearbox bocor.  Kereta aku ditarik dengan tow truck ke service centre (SC) Melaka.  Nak dapatkan oil seal citra ni SC ambil masa 1 bulan. Tapi kereta aku masih boleh digunakan. Tiap-tiap hari kena cek minyak gearlah. Jadi tak boleh long dinstance.
d.      Steering bergoyang pada kelajuan 40km/h, selepas 40km/h ia ok balik. Odometer menunjkkan 4000km. Cek kat SC pomen kata tak ada apa, biasa je. Aku tak puas hati, aku rasa ada masalah tayar. Aku cuba tukar tayar dengan Citra member aku, test ok. Ini bermaksud tayar kereta aku dah makan tak sama. Aku pelik juga odometer baru 4000km tapi tayar dah buat hal.  Tanya SC dia orang kata tiada warranty untuk tayar. Jadi terpaksalah aku tukar tayar dua biji tayar depan.
e.      Absorber.  Aku pelik juga tayar kereta aku ni makan tak sama walaupun setelah dibuat balancing dan alignment. Dari 2005 – 2008 dah 4 kali aku tukar tayar, padahal tayar kereta aku tak sempat  haus sepenuhnya.  Jadi aku tukarlah 4 absorber dengan kos RM900.  Lepas tu semuanya ok.
Jadual di bawah adalah kos service dan maintainance Citra aku dari 2005 hingga sekarang (2011).

Tarikh
Service/Tukar
Kos
Catatan
4/10/05
Minyak hitam full synthetic,oil filter,minyak gear
RM355
1000km
8/11/05
To check steering vibration problem and balancing.
RM54
Problem still there. NAZA SC cannot solve it. They said nothing wrong. I solve myself by changing new tyre. Problem settle.
27/3/06
Minyak hitam full synthetic,oil filter,alignment, balancing
RM222
At this moment 10145km problem occurred – oil seal gearbox leaking n radiator also leaking.
16/10/06
Service biasa.
RM220
18029km.
23/03/07
Service biasa.
RM220
27866km.
1/9/07
Minyak hitam full synthetic,oil filter,minyak gear, plug,flushing gear box,to skim front disc
RM510
At this moment steering vibrate when braking. Disc brake problem. Skim disc.
27/12/06
Tukar 3 tayar
RM504
+ tayar spare satu
2/10/07
Bateri
RM210

25/7/07
Top up air cind gas n coolant
RM83
Sbb tukar radiator
01/02/08
Tukar 2 tayar 2nd hand
RM150
Tayar lama makan x sama. Lain X aku tak akan tukar tayar 2nd krn tayar teruk n due tayar biasanya sudah tamat. Merbahaya.
18/4/08
Tukar timing belt KIA ori
RM400
64600km
15/5/08
Tukar tayar lg 2 unit
RM340
Bg menggantikan tayar 2nd hand. (Absorber makin teruk)
15/5/08
Minyak hitam full synthetic,oil filter,fuel filter,alignment, balancing
RM346

70000km
15/5/08
Tukar 4 absorber
RM900
70000km
1/5/09
Tukar tayar 2 unit
RM420
85300
1/8/09
Bateri kering
RM220

1/2/10
Repair 1 sport rim
RM50

1/2/10
service brake belakang n minyak gear
RM125

1/5/10
Tukar 2 tayar
RM380

1/5/10
Tinted
Rm800

1/8/10
Wiper
RM70

1/3/11
Service aircond
RM340
119200km. Aircnd sudah tak sejuk
10/5/11
To change 2nd hand fuel pump
+ towing
RM430



      Bila agaknya masa untuk service aircond? Kalau ikut recommendation dari workshop, masanya ialah 60 ribu km. Tapi masa aku service tu kilometer clock hampir 120 ribu km dan aku pakai kreta tu 5 th lebih. Masa tu memang dah tak sejuk dah jd terpaksalah service.  Aku tengok filter aircond yg kat bwh dashboard tu (masa pomen buka) memang teruk sbb tak pernah cuci/service. Jd rajin2lah cuci bhg ni. Buat sendiri pun boleh.  Masa paling sesuai utk service aku ingat 100 ribu km pun ok. Selagi tak de masalah aku tak service sebab nk jimatkan kos. Kos service RM340 n lepas service memang sejuk. Untuk tambahkan sejuk ada orang mencadangkan pasang kipas satu lg dekat radiator.
      Ini nak crita kes terbaru, pada bulan 5/2011 bini aku park kereta kat stesen minyak sbb nk draw duit, masa nk balik ke rumah, start kereta tak idup. Aku gi cek, cuba start - ada bunyi 'yek yek yek' (itu bunyi biasa masa nak start kereta) tapi kereta bergegar. panggil pomen, pomen kata ada masalah fuel pump dan tak boleh repair kat situ sebab fuel pump tu terletak dalam tangki minyak (bagi kereta fuel injection semua dalam tangki manakala kereta carburator kebiasaannya terletak kat enjin).  Kereta kena tarik ke worksyop. Kos tukar second hand fuel pump ialah RM430 termasuk caj tarik.  Nak tukar fuel pump baru harganya mahal dan kena tunggu 3/4 hari baru dapat. Ni lah aku boring pakai citra ni, barang spare part dah la mahal sangat susah nak dapat pulak doh. Sebelum ni 2 wheel cap (benda kecik bulat dok tengah2 sport rim tujuannya untuk tutup nat pemegang tayar) tercabut -  hampir 2 bulan aku cari benda tu tak dapat. Cari kat kedai spare part memang susah dapat kat Sungai Besi ni. Pas tu aku gi cari kat Kia service di Setapak - tak ada. Lalu aku gi ke kedai spare part Hyundai Kia di segambut pun tak ada juga, barang habis kata tauke cina tu. Lepas 2 minggu aku gi lagi kedai sama- pun masih tak de. On the way balik aku ternampak kedai spare part hyundai kia yang lain (area Segambut juga) aku tanya, alhamdulillah ada, regenya RM25 satu (sebagai perbandingan; untuk ISwara cuma RM10). Aku beli dua jadi kosnya RM50. Sebelum ni aku tanya member aku sebab wheel cap citra dia pun hilang juga. Dia kata harganya RM34 satu kat KIA Service.

     Setelah 5 th 6 bulan aku pakai Citra dan kereta ni memang banyak berjasa kpd aku sekeluarga, aku membuat keputusan tak akan membelanya lagi sbb kos 'sara hidup' Citra aku akan makin tinggi selari dgn usianya yg makin tua. Harga trade in memang jatuh teruk... mulanya memang sayang nk jual kereta yg dh banyak berjasa ni... tp fikir punya fikir lebih baik jual dari membelanya... cubalah tengok jadual 'sara hidup' citra aku....lagipun aku memerlukan MPV yg lebih besar.  Last sekali aku trade in dan ambik Toyota Innova pulak... Aku booking Innova 2.0G sbb nk dpt full spec, harganya RM109,800.00. Buat masa ni innova yg aku booking tak dpt lg, kena tunggu sebulan baru dpt disebabkn tsunami yg melanda Jepun.  Lepas ni insyaallah aku nk crite pasal salesman2 yg aku jumpa...dan aku faham kenapa orang Melayu susah nk maju dalam perniagaan terutama perniagaan kreta.

7 comments:

  1. salam bro..utk aircond tu i bole cdgkan cuba beli 1 lg kipas extra bersaiz 9" dan minta kedai aircond pasangkan dibhg depan radiator. ianya akan menjd sebgai pembantu kepada kipas yg sedia ada..kesimpulannya aircond anda akan jd lebih sejuk tiada lg rungutan kepanasan kpd penumpang serta diri sendiri..cuba dulu..sb i dah buat..sb itu berani mencdgkan..

    ReplyDelete
  2. Kalau beli kipas dan upah pasang bapa yerk

    ReplyDelete
  3. Aku pun pakai citra beli baru 2006.sekarang dah 5thn.alat gantinya memang mahal gila tp bilapakai memang puas hati.bawa syok pasal 2.0.setakat ni tiada masalah bagi aku cuma kalu korang nak tau cas servis dari 2006hingga sekarang aku rasa dah boleh beli kenari aero 2nd cash thn 2009.

    ReplyDelete
  4. Kepada sesiapa yang nak beli kereta naza citra (contohnya ) milik saya model GLS 2006, berhati-hati... jangan salah pilih.. kereta nie memang tak patut dipakai berdasarkan pengalaman aku ... belilah kereta malaysia atau pun toyota atau honda. tak pening kepala nak jaga...kos maintainance pula tak mahal...

    ReplyDelete
  5. Angkat toyota aje senang...tak banyak karenah.nak buat long distance ke,nak lenjan kaw2 ke,takde masalahnye.tapi bergantung pada cara penjagaan enjin gak la....klu start terus main jalan,tak check minyak hitam dgn air kat tangki air masalah la datang.baik kereta baru atau lama kena jaga gak..

    ReplyDelete
  6. Saya baru je beli citra 2nd thn 2005. Saya duduk Panan Indah. Setakat ni takde problem. Ade tak mekanik citra area yg bagus area ampang atau cheras?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu aku selalu jugak bawa repair kat depan Tesco Ampang, seberang jalan MRR2 kan ada kedai perabut n bengkel2 kereta. Cari kat line tu lah. Bengkel tu ada tulis signboard 'Pakar Kia'.

      Delete