Thursday 11 October 2012

Cara Mudah Memperbaharui Insuran (Takaful) Dan Road Tax

Nak renew insuran dan road tax sekarang amatlah mudah. Dulu agak payah kerana kita terpaksa pergi ke wakil insuran kemudian ke JPJ untuk renew road tax. Selepas tu agak mudah sedikit iaitu kita hanya ke pejabat pos, di situ kita renew insuran dan roadtax. Tetapi kini lagi mudah...Nak tau macamana!!!!

Oleh kerana road tax dan insuran kereta aku dah nak mati, aku mulalah tercari-cari cover note insuran yang lama. Cari punya cari tak jumpa...aku mula susah hati sebab tak ada cover note macamana nak tau insuran kereta kita tu insuran apa.... Aku dok terfikir-fikir macamana nak dapatkan cover note tu.. Pertamanya aku akan cek dengan company aku beli kereta dulu tapi agak jauh juga... tak ada masa nak pergi. Lepas tu aku dok terpikir nak ke bank di mana aku buat loan kereta dulu... pun jauh juga.   Lepas tu tiba-tiba aku terima panggilan dari syarikat insuran, katanya insuran aku dah nak mati jadi dia boleh memperbaharuinya dengan cara datang sendiri (walk ini) ke pejabatnya atau bank in sahaja sejumlah wang ke syarikatnya dan syarikat akan kurierkan road tax ke rumah aku. Jadi dengan panggilan ini aku rasa lega sikit...peluang aku utk renew insuran dan road tax cara mudah akan terhasil. Tapi satu saja aku dok terfikir...insuran tu insuran konvensional bukan takaful... Dr Zaharudin kata kita orang Islam wajib menggunakan sistem Islam bagi mengelakkan adanya unsur-unsur riba. Orang yang terlibat dengan riba akan masuk neraka.

Lepas tu aku terima sms dari Maybank (bank di mana aku buat loan kereta). Aku dapat offer dari Etiqa Takaful Maybank untuk renew insuran aku. Wah... pucuk dicita ulam mendatang...alhamdulillah hasrat aku untuk menyertai sistem takaful akan tercapai. Aku terus telefon Etiqa Takaful Maybank dan setelah dikira kosnya aku terus setuju untuk menggunakan Etiqa Takaful untuk kereta aku. Ok Caranya begini:

1. Telefon Bank di mana kita buat loan kereta. Biasanya bank-bank ada panel takaful/insuran masing-masing
2. Nyatakan kita akan renew insuran dan road tax.
3. Pihak bank akan buat kira-kira.
4. Transfer duit ke akaun etiqa takaful menggunakan maybank2u
5. Road dan cover note takaful akan di kurier.
6. Road tax selamat diterima. 

4 comments:

  1. bagaimana dgn ncd ye? still bole guna yg lama atau kembali 0?

    ReplyDelete
  2. PERBAHARUI ROADTAX & INSURANS KENDERAAN ANDA

    KINI ANDA BOLEH MEMPERBAHARUI ROADTAX & INSURANS / TAKAFUL KENDERAAN TANPA PERLU KE JPJ @ PEJABAT POS SERTA TANPA PERLU BAWA GERAN ORIGINAL, LEBIH MUDAH JIMAT DAN SELAMAT MELALUI KIOSK MYEG AL FAID BARAKAH SERVICES (PUCHONG AREA)

    http://www.roadtaxmyeg.com/

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tuan , maklukmat lengkap macam mana renew roadtax , good info

    http://www.insuranskereta.my

    ReplyDelete
  4. Terima kasih tuan , maklukmat lengkap macam mana renew roadtax , good info

    http://www.insuranskereta.my

    ReplyDelete