Pernah tak anda melihat sampah melayang keluar dari kenderaan sewaktu berada di jalan raya? Bag plastik, kertas, kotak dan puntung rokok, kulit rambutan, kulit durian dan macam-macam lagi yang dibuang keluar dari kenderaan adalah satu pemandangan biasa yang dilihat di negara kita. Kenapa ini boleh terjadi di negara kita??? Saya pun tak tau nk jawab. Tapi itulah sikap sesetengah pemandu dan penumpang kereta di negara kita yang tidak beretika, tidak beradab, tidak berakhlak, tidak sopan, tidak bertamadun, kurang didikan, kurang hajar, mementingkan diri sendiri... dengan anggapan 'janji dalam kereta aku tak ada sampah'. 'Alah..ada orang kutiplah tu'. 'Aku buang sikit je..tak kotor punye'. Bayangkanlah 30% rakyat kita buat macam tu...Tak mustahillah sampah bersepah di negara kita. Sakit mata kita dibuatnya.
Sedangkan di negara-negara Barat perkara seperti ini jarang berlaku. Dalam bab ini kita boleh mencontohi mat saleh.. mat saleh ni kalau dia makan gula-gula sekalipun dia tak akan buang merata-rata. Sekiranya tong sampah tak ada dia akan masukkan kulit gula-gula ke dalam poket seluar/baju. Sampah yang begini kecik sekalipun mat saleh tak buang? Apa macam agak-agak boleh buat tak? Sebab itulah di negara mereka kita tak akan melihat pemandangan kotor di merata-rata tempat. Tempat kita... kedai makan pun tikus dok main kat kaki kita je waktu tengah makan...
Apa Perlu Dibuat?
Untuk mengatasi fenomena pembuangan sampah ini pertama sekali hati kita mestilah bersih dari segala kekotoran. Kerana orang yang suka buang sampah merata-rata ni tak kiralah buang keluar dari kenderaan ke, mana-mana tempat ke... sudah pasti hati mereka ini penuh dengan sampah sarap. Jadi didiklah hati sendiri supaya rasa bersalah bila buat perkara yang tak baik. Bayangkanlah sewaktu memandu bersama keluarga, seorang ketua keluarga membuang sampah keluar dari kenderaan...sudah pasti perbuatan ini akan diikuti oleh anak-anak. Jadi seorang ketua keluarga telah membuat contoh yang tidak baik kepada anak-anak. Sebaiknya sediakan plastik sampah dalam kereta, segala sisa makanan dimasukkan ke dalam plastik sampah dan apabila sampai di mana-mana hentian buanglah sampah tu ke tempat yang disediakan. Janganlah mementingkan diri sendiri sehinggakan kita lupa kepada adab dan agama kita yang melarang membuat kotor.
Sama-samalah kita buat benda baik moga-moga kita masuk ke dalam orang yang beriman.
kadang kala...akal letak kt lutut..huhu
ReplyDelete