Kelmarin aku menonton berita kemalangan jalanraya melibatkan sebuah Perodua Alza yang terbabas sendiri dan melanggar divider akibat tayar pecah. Keadaan depan kereta remuk teruk dan pemandunya terbunuh. Aku tertanya-tanya kenapa sebuah kereta baru tiba-tiba tayarnya pecah. Ya lah memang benar takdir Allah apabila sampai ajal seorang manusia Dia tak akan mngubahnya walau sesaat pun.... Tetapi kemalangan dan kematian mestilah ada sebab dan musababnya. Apabila difikirkan sebab dan musababnya sudah pasti ada langkah-langkah keselamatan yang harus diambil sebagai usaha bagi mengelakkan bahaya yang mendatang. Usaha dan doa adalah penting sebelum kita memulakan perjalanan. Sekiranya nak berlaku juga kejadian yang tak diingini terserahlah kepada yang Maha Berkuasa kerana nyawa kita berada di tanganNya.
Ok berbalik kepada Alza yang terbabas tadi...persoalannya kenapa tayar kereta boleh meletup?? Setelah menonton gambar kemalangan tadi aku, Alza putih yang terlibat dengan kemalangan itu menggunakan tayar dan sport rim yang telah ditukar. Sport rim dan tayarnya lebih besar dari yang original. Ok, kalau dikaji tentang pembelian sport rim dan tayar yang lebih besar dan lebih lebar ini kebiasaanya orang akan pilih harga yang lebih murah. Macamana nak dapatkan yang lebih murah...? iaitu dengan membeli sport rim baru dan tayar terpakai. Tahukah anda bahawa tayar terpakai ada tempoh ketahanannya atau tempoh expired. Di sini saya tunjuk contoh macana nak tau tahun tayar dibuat. Cuba lihat nombor 4002, 40 ialah minggu ke empat 40 dan 12 ialah tahun 2012. Jadi tayar ini dibuat pada minggu ke 40 dalam tahun 2012. Tempoh penggunaan tayar buatan tempat ialah 4 ke 5 tahun dan tayar buatan luar negara biasanya 3 tahun sahaja.
Biasanya tayar terpakai ini diimpot dari luar negara contohnya Jepun dan German. Pengeluar tayar di Jepun tak perlu buat tayar macam pengeluar tayar di Malaysia kerana cuaca di Jepun lebih sejuk. Jadi tak usahlah bangga sangat sekiranya anda beli tayar imported. Pembuat tayar di Malaysia dia orang ni profesional, mereka sudah kaji tentang keperluan keadaan tayar untuk pasaran tempatan.
Jadi kenapa ada orang suka sangat beli tayar terpakai, walaupun bunganya masih tebal dan nampak elok. SUDIKAH ANDA MERISIKOKAN DIRI ANDA DAN KELUARGA ANDA kerana sayang untuk mengeluarkan wang untuk membeli tayar baru??? sebaliknya anda hanya menggunakan tayar terpakai yang menunggu masa untuk meletup.
Aku sendiri pernah melihat tayar kereta meletup depan mata aku. Nasib baiklah keretanya masih bergerak perlahan. Bunyinya masyaallah.... bunyinya kuat macam bunyi letupan bunga api yang meletup di angkasa dan kesannya mudguard depan kereta tu bengkok. Jadi bayangkan sekiranya kereta itu bergerak laju....
Bagi aku sepatutnya kerajaan mengharamkan impot tayar terpakai kerana boleh membahayakan nyawa dan keselamtan rakyat kita. Janganlah fikirkan keuntungan duti impot sahaja atau keuntungan taukeh-taukeh tayar yang sedia kaya sedangkan berjuta nyawa rakyat dalam bahaya. Bagi rakyat sudah pasti mereka memilih yang murah kerana majoritinya adalah dari kalangan yang berpendapatan rendah. Kalau semuanya kayo-kayo belako tak apolah.
Sebagai kesimpulannya, elakkan dari membeli tayar terpakai yangmana owner asal atau negara pengekspot sudah tak mau tayar tu lantas mengekspot ke negara ketiga seperti negara kita.... kesia kite...
No comments:
Post a Comment