Saturday, 7 June 2014

Jadual Baiki Proton Iswara Aku (utk rekod peribadi shj)

   Walaupun aku cukup berhati-hati memilih kereta sebelum ni tapi yang ni tak tau kenapa pengamatan tentang kerosakannya amat kurang sekali.  Mungkin aku terlalu cepat buat keputusan.... Jadilah banyaklah juga aku kena repair. Nak pilih yang betul-betul tak payah repair memanglah susah sebab aku bukan pomen. Dan kita kena ingat bahawa ada beberapa sebab orang jual kereta dia:

a. Ada bahagian tertentu rosak dan tak nak repair lagi.
b. Kemalangan
c. Bencana alam
d. Bertukar ke kereta baru (tapi yang lama tu dia hentam betul-betul. Orang beli nasib tak baik laa.. 

    Oleh kerana aku sudah menerima nasib seperti; a & d tadi jadi aku repairlah sikit-sikit. Boleh dikatakan dari bulan Jun hingga bulan Disember 2010 kereta aku ni asyik masuk klinik je.

Aircond (Jun 2010)

Nak crite pengalaman service aircond; Aku gi woksyop cek aircond. Pomen nasihatkan supaya tukar mana patut. Aku kata tak cukup duit...jadi aku nak service saja. Service aircond Iswara ni kosnya boleh tahan juga... RM250 (Tukar dryer, masuk gas). Lepas tu pakai 2 minggu compressor rosak...kena masuk woksyop lagi. Aku ni dok repair benda sama je 2 minggu tu..
        
   Ada dua perkara yang cukup mengecewakan aku tentang repair kereta ni... disebabkan mau kos yang murah....aku terpaksa menderita dan terpaksa bayar lebih untuk benda yang tak sepatutnya rosak.   Pomen ni buat part time, siang kerja pejabat malam part time repair kereta. Masa dia tukar timing belt dia terlupa pasang 'nut'. Nut tu panjangnya kira-kira 6 inci dan ada kaitan dengan water pump. Jadi bila terlupa pasang nut tu terjulur keluar dan menghentam alternator belt. Selepas pasang timing belt tu aku memang perasan ada bunyi pelik dalam enjin kereta, aku cek balik dengan pomen, dia kata tak ada apa. Sampai di rumah, enjin kereta aku berasap, aku telefon pomen tadi dia kata esok saja sebab dah tengah malam. Aku cek sendiri dan alangkah terkejutnya tengok satu nut terkeluar dan menghentam alternator belt, air pula menitik dari water pump. Esok pagi (hari minggu) aku gi bengkel tu balik tapi tunggu punya tunggu dia tak datang. Jadi aku gi bengkel lain. Setelah di cek rupanya water pump sudah bocor dan alternator belt juga rosak. Jadi aku tukarlah kosnya boleh tengok jadual.

   Satu perkara lagi yang tidak memuaskan hati aku ialah kereta aku kadang-kadang tak boleh start. Setelah 2-3 kali cuba start, hanya bunyi 'ktik' 'ktik'. Masa ni payah sikit nak start sebab baru pasang NGV - tak biasa lagi dengan keadaan kereta NGV. Tapi sekarang dah expert dah, Start sekali saja dah hidup. Aku hantar bengkel dan pomen kata masalah motor starter. Lalu ia ditukar dan kosnya - RM130. Selang seminggu masalah sama masih berulang. Aku hantar balik ke workshop sama dan mengadu kat bos pomen. Lalu dicadangkan supaya dipasang relay. Gunamya untuk tambah voltan. Kosnya RM40 dan masalah tu selesai. Sekiranya aku tak tukar starter motor pun ok sebab masalah sebenarnya ialah starter tak cukup voltan. Jadi sepatutnya tukar relay je lah.

    Bulan oktober 2010, kereta aku ada masalah lampu meter dan lampu belakang padam. Aku tukar fius (bawah dasboard) tapi 2-3 hari pakai fius tu terbakar balik. Masalah tu berlarutan hingga 2 minggu, last sekali masa tengah bawa kereta pada waktu malam di Bangi, tiba-tiba kedengaran letupan kecil fius terbakar dan semua lampu termasuk lampu depan padam. Aku terus berhenti tepi jalan, aku hidu bau hangit dalam kereta. Sebenarnya aku takut juga kereta terbakar sebab aku bawa famili. Aku biarkan kereta cool kejap dan aku pasang fius balik. Malam tu memang banyak kali aku tukar fius sebelum sampai ke rumah. Esoknya hantar workshop, setelah di cek rupanya masalah wiring, wayar pecah-pecah dan  berlaku litar pintas. Fulamak, Alhamdulillah masih panjang umur. Ini boleh mengakibatkan kereta terbakar. Aku tinggalkan kereta selama dua hari untuk buat wiring baru. Kosnya ialah;   RM165.

Setelah lama tak repair, kini iswaraku rosak lagi. Ada bunyi seperti benda mengetuk di bhg bawah kereta. Aku dapat rasa ketukan itu agak kuat terutamanya semasa kereta mula-mula nak bergerak. Aku bimbang juga sebab aku sekeluarga dalam perjalanan dari kg aku di Kelantan nak balik KL. Kalau kereta buat hal dalam hutan nak buat camno.. Memang aku tau doh itu bunyi excel / batang shaft belakang. Aku baru je tukar excel bush kosnya RM200 tapi nampaknya tukar bush saja tak berkesan. Jadi bila sampai KL terpaksalah tukar seketul excel recond harganya RM380.

Ok ini pengalaman aku kereta rosak distributor. Aku baru je keluar rumah tiba-tiba kereta terus mati. Aku cek sistem ngv sbb ngv sudah lama tak service. Kereta tak dapat dihidupkan. Panggil pomen and pomen mengesahkan elektronik distributor sudah out. Jadi terpaksalah tukar distributor recond harganya RM240.    

JADUAL REPAIR  ISWARA AKU TAHUN 2010
         
 BulanPerkaraKosJumlah









Julai 2010
AIRCOND

RM815
   Service pertama RM250
   CompressorRM450
   Aircond beltRM20
   Motor condenserRM95
TIMING BELTRM150
ABSORBER



RM414
   Depan RM70 X 2RM140
   Belakang RM40 X 2RM80
   Mounting absorber depanRM20
   Bearing mountingRM20
   Cover absorberRM18
   Cover bearingRM24
   WorkmanshipRM112
ENGINE COOLING SYSTEM

RM320
   Water pumpRM150
   CoolantRM12
   To service radiatorRM120
   Alternator beltRM28
   Labour chargeRM35
SERVICE
RM128
   Auto transmission oil/filterRM108
   Spark plugRM20





Ogos 2010
BRAKE SYSTEM


RM680
   Brake padRM50
   Brake oilRM10
   Rear brake pump         
    (leaking)
RM80
LOWER ARM 1 SETRM250
BEARING TAYAR
   Depan sebelah kiri shjRM120
   Bearing belakang RM110
LABOURRM40
STEERING COVERRM36
BATTERYRM170
REWIRINGRM165
Dis 2010TAYARRM325
STARTER MOTORRM130
JUMLAH KESELURUHANRM3297.00

JADUAL REPAIR  ISWARA AKU TAHUN 2011


Perkara
Kos
Jumlah
Catatan



Jul 2011
Excel
580.00



760.00
Mula tu tukar bush saje kosnya RM200 tp x rosak balik. Then tukar recond punye RM380
Absorber belakang
90.00
Getah pelapik spring
20.00
Brake shoe
18.00
Upah
52.00
Okt 2011
Brake pump (kanan)
50.00
195.00

Service aircond
145.00
Nov 2011
Distributor
240.00
618.00

belting
28.00
Upah
50.00
2 biji tayar g/year
300.00

Jumlah maintenance 2011
1573.00



Jadual Maintenance 2012

Perkara
Kos
Jumlah
Catatan




Ogos 2012
Tukar spring NGV
80.00



345.00
Jun 2012 Tukar radiator hose dan coolsant RM70

tukar bearing depan (kiri) RM110

Odometer 115,000
Absorber belakang
90.00
Service minyak gear
60.00
Tambah gas aircond
55.00
Upah
60.00
Dis 2012
Lain-lain
60.00
760.00


Lower arm sepasang
90.00
Tukar radiator
220.00
 2 biji tayar g/year
290.00

Upah
100.00



Jumlah maintainance 2012
1285.00

Jadual Repair 2013 dan 2014

Perkara
Kos


Jan 2013
Bearing tensioner, bearing alternator, mounting enjin dpn n blkg, drive shaft
RM280


Okt 2013
To change Excel bush
RM180








Jumlah 2013
RM460







Jan 2014
Repair aircond
RM515


Apr 2014
Svc minyak hitam, air filter, fuel filter, cable plug, plug


126,000 km
Mei 2014
Tukar brake pad, brake lining
RM100


Okt 2014
Absorber mounting, oto choke
RM200



Engine mounting, low arm, plug
RM250


Dis 2014
Distributor
RM100

Svc shj (at last rosak)


RM150

Recond
JUMLAH       2014                                                         RM1315


Jadual Repair 2015


Mac 15
Tukar battery
RM135
 
 
 
2 X goodyear tyre
RM280
136k km
 
 
Svc & tukar brake pump
RM175
 
 
 
 
 
 
 
Apr 15
Tukar oil seal gearbox (3)
ATF
RM340
 
 
 
Tukar Rear wheel bearing
RM170
136300km
 
Sep 15
Major overhaul
 
RM1400
 
 
 
Time belt
140k km
 
 
Water pump
 
 
 
ATF
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






13 comments:

  1. Peeerggh...
    banyak jugak kos untuk Proton Iswara tu ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak utk permulaan lps tu ok la

      Delete
  2. Sangat detail dan informatif.Teruskan blog ini.

    ReplyDelete
  3. 2010 shj dah macam nak beli iswara satu 2hd utk tahun ni 2015

    ReplyDelete
  4. pehhhhh boleh tahan jugak pembaikan kereta iswara ni😨😨😨😨

    ReplyDelete
  5. pehhhhh boleh tahan jugak pembaikan kereta iswara ni😨😨😨😨

    ReplyDelete
  6. Saya pun tengah projek hidupkan balik saga yang dah lama sadai dpan rumah, sekali bikin balik tau2 dah nak dekat RM 2000 dah.. Lepas satu rosak repair part lain pulak akan rosak berjangkit jangkit pdhal sbelum trsadai dulu stakat roadtax je mati kereta xde rosak pun .. Makan modaiii ..

    ReplyDelete
  7. Sentimental value tu boh...ambo masih pakai keta tu sampai skrg..Ada org offer nk beli??? Hmmmmmm sayang betuul..x jual lah boh

    ReplyDelete
  8. harga ok, proton memang senang maintain

    ReplyDelete
  9. harga ok, proton memang senang maintain

    ReplyDelete
  10. Kalau nak beli barang2 saga atau iswara 2nd pm la ye barang pun murah2 tq..0132567604

    ReplyDelete