Saturday 26 March 2011

NAZA CITRA AKU

NAZA CITRA AKU
                Aku beli Naza Citra pada tahun 2005.  Ia adalah generasi pertama Naza Citra yang di copy dari Kia Caren.  Perbezaan di antara keduanya ialah dari segi kapasiti enjin; Naza Citra 2000cc dan Kia Caren 1800cc. Lain-lain perbezaan tiada yang ketara.  Aku terpaksa jual Proton Wira 1.6 auto yang aku sayangi bagi membeli sebuah MPV kerana keluarga makin bertambah. 
Sebelum aku beli Citra ni aku dengan bini aku buat survey ke atas MPV yang mampu dimiliki termasuklah Toyota Unser.  Aku dah berkenan dengan Unser ni kerana ruangnya cukup luas.  Tapi bini aku tak minat sebab bunyi enjinnya agak kasar, kata orang kampung aku bunyi ‘berdaung’.   Pergi tengok Naza Citra yang cukup top pd masa tu sebab Citra ni dikatakan sebagai MPV nasional yang pertama.  Walhal bohong semata-mata, apa dia yang dikatakan ‘nasional-nya’ sebab tak ada pun tulisan ‘Malaysia’, semuanya tertulis Korea.  Bentuk bodynya boleh tahan dan harganya pun ok.  Tapi aku sebenarnya kurang puas hati dari segi ruangnya kerana agak sempit.  Third row seat tak selesa untuk orang dewasa. 
Mesyuarat punye mesyuarat dengan bini aku akhirnya setujulah kami beli Citra.  Aku pergi ke Naza-Kia Melaka dan tempah Citra GS dengan deposit RM500.  Kalau tak silap aku Citra tu aku dapat dalam masa 6 bulan, itupun setelah puas aku jumpa pengurusnya.  Ada orang lain bagi duit kopi (sebenarnya bukan duit kopi – duit boleh beli gajah sekor) RM3000 kerana nak dapat cepat atau potong queue.  Tapi aku tak sanggup bagi, RM3 ribu bukannya sedikit….dan haraaammm..berdosa.... 
Sebenarnya banyak juga kelebihan Citra ni dengan harga yang agak rendah bagi sebuah MPV.  Di antara kelebihannya ialah:
a.        Enjin 2000cc memberikan kepuasan memandu kerana tork atau pick upnya bagus.
b.      Ciri-ciri keselamatan seperti airbag, abs dan pre tensioner seat belt.
c.       Accessories seperti leather seat, body kit dan lain-lain.
Kekurangan Citra ialah dari segi ruangnya agak sempit jika nak dibandingkan dengan Unser atau Innova.  Aircondnya bukan double blower, blower hanya ada di depan sahaja menyebabkan third row seat agak lambat sejuk.  Aku pernah memuatkan 7 orang dewasa (of course ruang third row tak selesa) dan masalahnya ruang belakang tak sejuk langsung disebabkan cuaca agak panas pada masa tu. 
Tahun pertama merupakan tahun yang paling memeningkan kepala aku.. Nasib baik juga berlaku dalam tempoh warranty, kalu dah lepas warranty rosak tu rosak ni…naya..naya.  Bini aku kata beli kereta baru tak perlu fikir nak repair situ repair sini.  Tapi Citra aku ni banyak buat hal walaupun baru.  Orang lain pun (kebnyakan) terima nasib yang sama.  Jadi sebenarnya aku telah membuat kesilapan dengan membeli kereta Korea yang mutunya rendah.  Orang kutuk kereta proton kerana mutu rendah tapi bagi aku lebih baik proton dari Citra aku ni.  Antara masalah yang aku terpaksa hadapi ialah:
a.       Radiator bocor untuk kali pertama.  Alhamdulillah tukar dalam masa dua minggu setelah kecek-kecek cino workshop supaya cepat.
b.      Radiator bocor lagi kali kedua dalam masa 3 bulan. Hai…citra..citra… Yang ni tukar dalam masa 4 bulan. Workshop welding dulu radiator tu, cukup 4 bulan bocor balik dan dapat tukar baru.
c.       Oil seal gearbox bocor.  Kereta aku ditarik dengan tow truck ke service centre (SC) Melaka.  Nak dapatkan oil seal citra ni SC ambil masa 1 bulan. Tapi kereta aku masih boleh digunakan. Tiap-tiap hari kena cek minyak gearlah. Jadi tak boleh long dinstance.
d.      Steering bergoyang pada kelajuan 40km/h, selepas 40km/h ia ok balik. Odometer menunjkkan 4000km. Cek kat SC pomen kata tak ada apa, biasa je. Aku tak puas hati, aku rasa ada masalah tayar. Aku cuba tukar tayar dengan Citra member aku, test ok. Ini bermaksud tayar kereta aku dah makan tak sama. Aku pelik juga odometer baru 4000km tapi tayar dah buat hal.  Tanya SC dia orang kata tiada warranty untuk tayar. Jadi terpaksalah aku tukar tayar dua biji tayar depan.
e.      Absorber.  Aku pelik juga tayar kereta aku ni makan tak sama walaupun setelah dibuat balancing dan alignment. Dari 2005 – 2008 dah 4 kali aku tukar tayar, padahal tayar kereta aku tak sempat  haus sepenuhnya.  Jadi aku tukarlah 4 absorber dengan kos RM900.  Lepas tu semuanya ok.
Jadual di bawah adalah kos service dan maintainance Citra aku dari 2005 hingga sekarang (2011).

Tarikh
Service/Tukar
Kos
Catatan
4/10/05
Minyak hitam full synthetic,oil filter,minyak gear
RM355
1000km
8/11/05
To check steering vibration problem and balancing.
RM54
Problem still there. NAZA SC cannot solve it. They said nothing wrong. I solve myself by changing new tyre. Problem settle.
27/3/06
Minyak hitam full synthetic,oil filter,alignment, balancing
RM222
At this moment 10145km problem occurred – oil seal gearbox leaking n radiator also leaking.
16/10/06
Service biasa.
RM220
18029km.
23/03/07
Service biasa.
RM220
27866km.
1/9/07
Minyak hitam full synthetic,oil filter,minyak gear, plug,flushing gear box,to skim front disc
RM510
At this moment steering vibrate when braking. Disc brake problem. Skim disc.
27/12/06
Tukar 3 tayar
RM504
+ tayar spare satu
2/10/07
Bateri
RM210

25/7/07
Top up air cind gas n coolant
RM83
Sbb tukar radiator
01/02/08
Tukar 2 tayar 2nd hand
RM150
Tayar lama makan x sama. Lain X aku tak akan tukar tayar 2nd krn tayar teruk n due tayar biasanya sudah tamat. Merbahaya.
18/4/08
Tukar timing belt KIA ori
RM400
64600km
15/5/08
Tukar tayar lg 2 unit
RM340
Bg menggantikan tayar 2nd hand. (Absorber makin teruk)
15/5/08
Minyak hitam full synthetic,oil filter,fuel filter,alignment, balancing
RM346

70000km
15/5/08
Tukar 4 absorber
RM900
70000km
1/5/09
Tukar tayar 2 unit
RM420
85300
1/8/09
Bateri kering
RM220

1/2/10
Repair 1 sport rim
RM50

1/2/10
service brake belakang n minyak gear
RM125

1/5/10
Tukar 2 tayar
RM380

1/5/10
Tinted
Rm800

1/8/10
Wiper
RM70

1/3/11
Service aircond
RM340
119200km. Aircnd sudah tak sejuk
10/5/11
To change 2nd hand fuel pump
+ towing
RM430



      Bila agaknya masa untuk service aircond? Kalau ikut recommendation dari workshop, masanya ialah 60 ribu km. Tapi masa aku service tu kilometer clock hampir 120 ribu km dan aku pakai kreta tu 5 th lebih. Masa tu memang dah tak sejuk dah jd terpaksalah service.  Aku tengok filter aircond yg kat bwh dashboard tu (masa pomen buka) memang teruk sbb tak pernah cuci/service. Jd rajin2lah cuci bhg ni. Buat sendiri pun boleh.  Masa paling sesuai utk service aku ingat 100 ribu km pun ok. Selagi tak de masalah aku tak service sebab nk jimatkan kos. Kos service RM340 n lepas service memang sejuk. Untuk tambahkan sejuk ada orang mencadangkan pasang kipas satu lg dekat radiator.
      Ini nak crita kes terbaru, pada bulan 5/2011 bini aku park kereta kat stesen minyak sbb nk draw duit, masa nk balik ke rumah, start kereta tak idup. Aku gi cek, cuba start - ada bunyi 'yek yek yek' (itu bunyi biasa masa nak start kereta) tapi kereta bergegar. panggil pomen, pomen kata ada masalah fuel pump dan tak boleh repair kat situ sebab fuel pump tu terletak dalam tangki minyak (bagi kereta fuel injection semua dalam tangki manakala kereta carburator kebiasaannya terletak kat enjin).  Kereta kena tarik ke worksyop. Kos tukar second hand fuel pump ialah RM430 termasuk caj tarik.  Nak tukar fuel pump baru harganya mahal dan kena tunggu 3/4 hari baru dapat. Ni lah aku boring pakai citra ni, barang spare part dah la mahal sangat susah nak dapat pulak doh. Sebelum ni 2 wheel cap (benda kecik bulat dok tengah2 sport rim tujuannya untuk tutup nat pemegang tayar) tercabut -  hampir 2 bulan aku cari benda tu tak dapat. Cari kat kedai spare part memang susah dapat kat Sungai Besi ni. Pas tu aku gi cari kat Kia service di Setapak - tak ada. Lalu aku gi ke kedai spare part Hyundai Kia di segambut pun tak ada juga, barang habis kata tauke cina tu. Lepas 2 minggu aku gi lagi kedai sama- pun masih tak de. On the way balik aku ternampak kedai spare part hyundai kia yang lain (area Segambut juga) aku tanya, alhamdulillah ada, regenya RM25 satu (sebagai perbandingan; untuk ISwara cuma RM10). Aku beli dua jadi kosnya RM50. Sebelum ni aku tanya member aku sebab wheel cap citra dia pun hilang juga. Dia kata harganya RM34 satu kat KIA Service.

     Setelah 5 th 6 bulan aku pakai Citra dan kereta ni memang banyak berjasa kpd aku sekeluarga, aku membuat keputusan tak akan membelanya lagi sbb kos 'sara hidup' Citra aku akan makin tinggi selari dgn usianya yg makin tua. Harga trade in memang jatuh teruk... mulanya memang sayang nk jual kereta yg dh banyak berjasa ni... tp fikir punya fikir lebih baik jual dari membelanya... cubalah tengok jadual 'sara hidup' citra aku....lagipun aku memerlukan MPV yg lebih besar.  Last sekali aku trade in dan ambik Toyota Innova pulak... Aku booking Innova 2.0G sbb nk dpt full spec, harganya RM109,800.00. Buat masa ni innova yg aku booking tak dpt lg, kena tunggu sebulan baru dpt disebabkn tsunami yg melanda Jepun.  Lepas ni insyaallah aku nk crite pasal salesman2 yg aku jumpa...dan aku faham kenapa orang Melayu susah nk maju dalam perniagaan terutama perniagaan kreta.

137 comments:

  1. salam bro..utk aircond tu i bole cdgkan cuba beli 1 lg kipas extra bersaiz 9" dan minta kedai aircond pasangkan dibhg depan radiator. ianya akan menjd sebgai pembantu kepada kipas yg sedia ada..kesimpulannya aircond anda akan jd lebih sejuk tiada lg rungutan kepanasan kpd penumpang serta diri sendiri..cuba dulu..sb i dah buat..sb itu berani mencdgkan..

    ReplyDelete
  2. Kalau beli kipas dan upah pasang bapa yerk

    ReplyDelete
  3. Aku pun pakai citra beli baru 2006.sekarang dah 5thn.alat gantinya memang mahal gila tp bilapakai memang puas hati.bawa syok pasal 2.0.setakat ni tiada masalah bagi aku cuma kalu korang nak tau cas servis dari 2006hingga sekarang aku rasa dah boleh beli kenari aero 2nd cash thn 2009.

    ReplyDelete
  4. Kepada sesiapa yang nak beli kereta naza citra (contohnya ) milik saya model GLS 2006, berhati-hati... jangan salah pilih.. kereta nie memang tak patut dipakai berdasarkan pengalaman aku ... belilah kereta malaysia atau pun toyota atau honda. tak pening kepala nak jaga...kos maintainance pula tak mahal...

    ReplyDelete
  5. Angkat toyota aje senang...tak banyak karenah.nak buat long distance ke,nak lenjan kaw2 ke,takde masalahnye.tapi bergantung pada cara penjagaan enjin gak la....klu start terus main jalan,tak check minyak hitam dgn air kat tangki air masalah la datang.baik kereta baru atau lama kena jaga gak..

    ReplyDelete
  6. Saya baru je beli citra 2nd thn 2005. Saya duduk Panan Indah. Setakat ni takde problem. Ade tak mekanik citra area yg bagus area ampang atau cheras?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu aku selalu jugak bawa repair kat depan Tesco Ampang, seberang jalan MRR2 kan ada kedai perabut n bengkel2 kereta. Cari kat line tu lah. Bengkel tu ada tulis signboard 'Pakar Kia'.

      Delete
    2. Saya pakai citra sdh 9 tahun..masalah sekarang ni slow sangat naik bukit.ada seseiapa bole tolong jelaskan apa masalah?

      Delete
    3. Masalah trotle tak buka habis. Sama mcm kereta saya masalah yg sama. Cuba tukar cam sensor harga rm3++ tapi masih sama takde perubahan. Akhir sekali ada kawan syorkan utk pergi bengkel yg ada cek komputer. Saya bawa ke bengkel zafura di taman tasek jaya seremban. Pomen cek trotel cuma buka 65% sedangkan minimum sepatutnya 93%. Lepas adjust trotle masalah selesai. Memotong & naik bukit berdesup sesuai dgn keupayaan 2.0

      Delete
    4. Naza citra sy beli bln Ogos 2006...smpai skrg sdh 15 thn masih elok tk ada mslh...sy cat baru dn tukar kusyen....sgt berjasa...dh round seluruh semenanjung

      Delete
  7. Baru ingat nk beli naza citra..tp nmpk mcm2 masalh yg ada...tanya skit bg yg pnh guna naza citra ..roadtax n insurans brp ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. r/tax 1 thn rm367.50
      insuran 3party rm395.00

      Delete
    2. Xmhl jg, 183 roadtax, 700 lbh full cover takaful plan, takaful blh cover dri segi 100km hingga 200km klu kereta rosak ke ape, blh tunda free kt situ

      Delete
  8. aq bru cadang nk pakai citra korang rase ok tak erkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dah 9 tahun guna naza citra....xder masalah......skrg aku guna untuk berulang alik dr johor ke terengganu.....

      Delete
    2. Sy beli thn 2006 model gls.smpai skrg pakai..alhamdulillah.tkde pblm pon.yg penting ganti semua water hose.servis bila sampai waktu.kene rajin balancing n alignment.pasti ok.

      Delete
    3. Saya beli 2006.. skrg 2017. Masalah2 biasa pada kenderaan tu adat lah. Mmg pd peringkat awal tahun pertama ada masalah pada sensor gearbox. Dah selesai. Tahun kedua tayar crack 4 biji.. tak tau kenapa..tukar sport rim dan tayar. Tahun ketiga ganti absorber sebab makan tayar..tahun keempat radiator bocor.. tahun keenam, ganti cooling coil aircond.. sekarang ni 2017 nak kena ganti engin mounting, lower arm..
      Kalau nak dikira dr segi maintainance.. tidaklah kritikal sangat.. yg sering rosak ialah bearing depan.. mgkin kerana saya guna rim 17 inci...

      Delete
  9. Aku ada angan2 nk beli citra 2nd,boleh bagi pandangan atau cadangan.mohon pendapat yg telah memiliki naza citra.Pengalaman anda amat diperlukan...terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naza citra aku dah 8thn blm pernah ada kerosakan besar lagi,yg kecil2 tu adalah.rear door patah kena anak2 sbb tangan kasar sangat sampai patah dah ganti.wheel bearing&cv joint dah tukar baru sendiri bukak pasang,klu hantar wshop naye berganda labour charge.sye amat berpuas hati dgn keta citra ni..minyak pun ok klu long distance x kuat mkn minyak betul2 jimat

      Delete
  10. Saya dah pakai citra ni sejak tahun 2008,,,sehingga kini masaalah radiator dan overheat,,memang tak dapat dinafikan,,iaitu masuk kali kedua saya ,,sedang hadapi dan dlm proses untuk menukar yg baru akibat crack pd radiator,,masaalah kedua adalah junction switch,,yg mana jika keadaan kereta bergegar ketika sedang bergerak atau dipandu laju,,,secara tiba tiba akan shutdown dan enjin mati dan tak boleh hidup lagi,,,amat selalu berlaku,,apa yg saya lakukan untuk menghidupkan enjin semula adalah dengan memujuk semula junction switch,,agar memberi isyarat pada injin,,yg kita dapat lihat lampu ,,check,,di dalam penal menyala,,tanpanya ,,anda takkan dapat menghidupkan injin,,,sesuatu yg paling ketara untu kereta ini adalah,,,anda jangan banyak mengubah wayering dan menambah banyak peralatan yg menggunakan electrik,,kerana ianya akan trigger ke ECU unit,,,yg bole menggagalkan enjin dan wayering system,,selain dari itu,,alatganti,,yg kena beli seketul,,takda part,,door handle yg di perbuat dari plastic yg terlau rapuh dan mudah patah,,yg mana saya dah banyakkali jua menukarnya,,,dan tiada penampan bunyi,,,soundproof,,driving ok,,tapi bagus ,,buat sesuatu dengan under carraige,,,untuk lebih stabil,,,,minyak,,,biasalah mpv with dvvt mana bole compare ngan kancil atau honda kap..ini yg saya ada nak share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bro,macamana cara bro pujuk junction switch tu? Saya pun pernah gak mengalami enjin mati tetiba,steering berat gila bila nak masuk tepi jalan. Pastu dalam bberapa saat start balik - hidup enjinnya, sambung perjalanan.

      Delete
  11. hmmm naza citra mmg banyak masaalah..sy pkai yg scondhand 2006 dr januari 2013 hgga september 2013 bru 4oookm tp kos repair dh 2.5k..skrg parking je sb enjin problem lg nk perfect pmen kia nk jna stnby 4200 keats sb head rosak..skrg dh 2 mesin head dn 2 biji radiator dh..wlding 1x..info kpda yg pakai naza citra crilah pomen yg btul2 expert pasal keta nee...k

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku baru je service keta aku 30k km...terkejut aku labour caj dia 114.56sen..siap ada gov tax lg..

      Delete
  12. Saya agak bersyukur dengan Naza Citra yang saya beli baru pada tahun 2008, sehingga hari ini tak pernah ada masalah di bahagian Enjin, hanya last week, ada sedikit crack pada water hose sebelah atas, air keluar sedikit2 menyebabkan kereta ini overheating sebab air kering, lepas tukar Alhamdullilah semua settle..Absorber depan saya tukar 2 tahun lepas, 6 bulan sudah baru tukar absorber belakang,..timing belt saya tukar pada setiap 90k KM..saya tukar semua belting dan water pump sekali..tapi battery kereta memang setiap tahun saya kena tukar..air cond compressor mmg ada masalah..dalam tempoh waranty saya tukar 2 kali kerana bunyi "Mengereng" yg kuat...6-7 bulan lepas tukar compressor recond dan condensor baru sekali sebab ada sedikit bocor..sampai skrg ok..cuma recond compressor ini ada bunyi "mengereng" tadi pada kelajuan rendah..kalau tgh cruising tak dengar bunyi..bagi saya kereta ini agak good worker bagi saya sebab saya dah bawak dia satu semenanjung dan tak pernah menghampakan saya semasa dlm perjalanan..alhamdullilah.

    ReplyDelete
  13. Alamak enjin keta mati tiba2. Enjin hidup semula lepas tow truck sampai 30 min kemudian. Temp x naik pun. Lampu enjin check tu memang selalu nyala. Nak bt camna ha? Memujuk junction switch tu camna plak?

    ReplyDelete
  14. Assalam...saya pengguna naza citra dari tahun 2006 hingga kini...pada masa tu saya beli baru..alhamdulillah...saat kawan2 yang lain mengeluh dengan kereta masing2...saya sangat2 berterima kasih kerana ia tidak bermasalah besar bagi saya..masalah radiator pada tahun awal keluarannya adalah disebabkan defection dari kilang...kita diminta menukarnya dalam waktu warranty..sehingga kita tiada masalah lagi..kalau tukar tayar, bateri dan absorber itu adalah rutin bagi mana2 kereta...kos pun berpatutan..baru-baru ini temperature kereta naik tiba2...bila bwk ke mekanik dia kata hos sudah bocor dan saya tukar the whole set...kalau ikutkan..mmg patut pun cos kereta dah masuk 7 tahun...mana2 kereta pun sama ..masuk tahun ke 5 dah mula major service...sebenarnya bagi saya, cara kita bawak kereta sangat penting..sebab saya ada seorang kawan yang sama tahun membeli naza citra dgn saya tapi asyik merungut tentang masalah keretanya...macamana tak bermasalah kalau service keta tak ikut jadual dan nampak sgt keretanya lebih uzur dari kereta saya...baru2 ini juga ada seorang mekanik porshe dari singapura telah membantu saya meningkatkan performance kereta saya..dgn mbuat sedikit by pass and hasilnya lebih jimat minyak dan sangat smooth waktu penukaran gear...jgn trkejut kerana citra saya punya pick up yang lebih baik...terima kasih citra..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy cadang nk beli naza citra 2006 second hand...sy duduk shah alam. boleh suggest mekanik kia yg dekat shah alam atau klang danee..?

      Delete
  15. Salam semua...saya tringin nk beli citra tp dgr mcm2 masalah pula kereta ni..boleh sape2 bg tip/pendapat tentang krete ni? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pakai dari 2006 sampai sekarang...ok je...radiator bocor tu kena jugak tapi dah settle....lain2 semua ok

      Delete
  16. salam, saya pun baru angkat citra dalam beberapa bulan yang lepas second hand jer pun citra 2007 gls .buat masa ni belum ada masalah lagi, saya nak berkonsi sedikit pengalaman saya masa kita nak membeli , bagi saya kereta apa pun ada masalah tersendiri sama ada besar atau kecil kerosakannya, masa saya nak membuat tinjauan dulu untuk membeli citra ni saya bawa seorang mekanik kereta yng faham mengenai enjin dan masalah yang sering dihadapi oleh citra nin tapi pastikan mekanik yang anda bawa ni andakenal betul dengan dia . minta pendapat dia dan pastikan juga kalau anda nak juga ambil citra tu pastikan anda dibenarkan untuk memandu uji citra tu semaksimum yang mungkin jangan takut dengan toke kedai tu sebab dia pun tahu prosedur tu cuma kadang2 dia malas nak layan takut kita x beli tapi anda kena berkeras sedikit dengan dia.

    ReplyDelete
  17. Salam...saya ingin bertanya pendapat pada otai2 naza citra.saya ada hasrat hendak membeli sebuah naza citra 2nd hand.tahun 2006....
    Adakah baik untuk membelinya atau tidak baik memilikinya...sebarang pandangan atau tips amat lah saya nnti kan dr anda semua...
    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy beli model gls 2006.alhamdulillah sampai skrg masih pakai tanpa masalah.kete korea ni nk kene jaga air dan juga water hose.tukar bila sampai masa.selalu buat alignment n balancing tyre.pasti ok.

      Delete
  18. nasib baik saya kaji dulu sebelum beli kereta naza citra.. banyak masalah yang saya dapati.. tak jdi nak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgr dr org mmg la..sy dh pkai brthun ok jer

      Delete
  19. data-data sekunder penceritaan tentang citra ni kadangkalanya tidak boleh diguna pakai. hanya jauhari shja yang mengenal manikam. kalau pengguna dah terkena dgn pelbagai masalah tu mungkin bukan rezki anda. semua kereta sama sahaja. saya pengguna citra keluaran 2009 , dari segi engin setakat ni tiada masalah..cuma kena sentiasa perhati cooling system, terutamanya radiator, thermostat cover, waterpump, piping waterpump dan juga host, upper lower cntre, pastikan tiada crack atau bocor insha Allah selamat..cuma yg buat masalah adalah door handle kerap patah, tetapi banyak member kelab DIY je..saya sendiri sudah 3 kali tukar..sesiapa yg baru nak main MPV ni bnnyk untung, sgt murah dan cc besar..pendapat saya kalau beli 2nd lagi untung dari beli baru , sbb beli baru pun dlm beberapa tahun nilai susut amat tinggi.yang penting penjagaan , kalau main lenjan je stakat isi minyak pastu jalan, mmg kimsalam la..

    ReplyDelete
  20. Salm..sya nak tnya..knp air dlm
    rAdiator kereta sya selalu kurang lpas sya bergerak..?klu ulang alik keje..msti kna tmbah air 3 hari skali..nk kta bocor..xda lk air mnitik..klu xbawa kete..ok je air..xda ku
    rang

    ReplyDelete
  21. Kemungkinan ada kebocoran kecil pd radiator atau tempat2 lain. Kebocoran kecik hanya boleh dicek dgn alat pengukur bertekanan tinggi shj. Elok hantar kedai pakar radiator tuk cek benda ni.

    ReplyDelete
  22. saya dah pakai 1thun dah so far xdak masalah.masa beli dulu byk org kata citra masalah bila dah pakai xdak masalah pun minyak ok ja kalau dalam town biasa la.kalau nak di bandingkan dengan proton mmg citra ok lagdulu masa pakai waja pun lagi byk masalah poweo window la fuel pump mcam2 lagi la..apa2 jgn dngar cakap org.nak beli bawak pomen lenjan kaw kaw sebelum beli..ukur baju badan sendiri..minyak jgn compare dengan viva...brand jgn compare dgn toyota or nissan...bab radiator bocor mmg ada tapi kena modified tapak bawah supaya jgn ikat dngan condenser econ sebab akan menyebabkan bocor..nk tahu lebih lanjut g cek kat kedai tangki air....citra bessttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam saudara mehat. boleh share untuk wat tapak utk radiotor. bagus juga idea tu. plzz emel me your contek kat armi.armizar@gmail.com. tq

      Delete
  23. saya pakai naza... bila nk servis kali ke3 pusat servis da tutup plak di Melaka. Macam mana tu? takkan nak pergi negeri lain nak servis? tak servis kat tempat diaorang takut xdpt warranty

    ReplyDelete
  24. Cita sy pun selalu lampu enjin menyala n enjin mati sendiri. Puncanya ialah fuel cap x tutup rapat lepas isi minyak. Tutuplah fuel cap tu ketat2 lepas isi minyak..insyallah membantu. Tapi makan minyak kuat sgtlah keta ni...huhuhu

    ReplyDelete
  25. Citra a good small mpv car. Saya sendiri mengunakan nya semenjak 2009 lagi hingga sekarang tidak pernah mengecewakan saya. Tak de masalah radiaotor steering gegar lah apa2 semua tip top. Bab fc peerrgg kira champion laa dlm kuasa 2.0 ni full tank rm98 boleh sempai 498km (kl-kota bharu) larian 110-140. Bg saya lah klu nak di bandingkan dgn wish stream lama mmg jauh best citra. Pickup syok. Overtake kompiden. Climb hill peerrg sayonara laaa wish. Body berat layan conner tip top kompiden

    ReplyDelete
  26. salam..best bca komen dn pndgn kalian..sy brcdg nk amik citra sbb ingn mmiliki mpv sdrehana saiznya..dn bujet yg rendah.. tp bila dgr mslh bnyk dr kelebiham, risau jgak.. sy ada test drive sbuah citra di usedcar td, alhmdllah, puas hati..tp mklum la firstime trykan...condition kereta nya xthu lg mcmna..thun 2007, fullspe..hrga rm27,800...

    apa pndgn anda semua.. wajar atau tidak utk sy mmiliki sbuah citra ni..??

    tQ..

    ReplyDelete
  27. Slm...naza Citra sesuai x install ngv??

    ReplyDelete
  28. Per per pun bergantung pada rezeki masing2...keter apa pun ada masalah. Bak kata ustad.."duit dlm poket tu belum tentu duit kita, tapi klu sedekah dah tentu pahala kita punya"..
    Sy pun baru sebulan pki citra. Second hand taun 2006. Air cond dah 2x prob. Tp masih dlm warranty...sejuk giller kot. Bwk memang selesa...jln jaun plg best!! Jln dekat2 x pueh bwk. Bg yg berkira pasai minyak, jgn pki ler..pki je kancil. Minyak kuat ler 2.0 kot..tp pueh hati. Jauh beza dgn wira aku dulu...

    ReplyDelete
  29. Slm...teman ade 1 mslh...minyk pelincir sebulan sekali msti kne tmbh pdhl ekzos xberasap....leaking pn xnmpk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan ada kebocoran kecil pada oil seal antara enjin n gearbox. Minyak akn liaking semasa kereta bergerak. Apapun cek kat pomen.

      Delete
    2. Kemungkinan ada kebocoran kecil pada oil seal antara enjin n gearbox. Minyak akn liaking semasa kereta bergerak. Apapun cek kat pomen.

      Delete
  30. salam..saya ada masalah pada citra saya, lampu abs, brake dan air bag pd kotak meter terus menyala selepas enjin di hidupkan..saya ada tanya pomen dia kata abs pump dan airbag saya rosak...saya curiga sebab kenapa tiba2 bole rosak..adasapa2 ada pengelaman sebegini tak? harap dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. voltage regulator dlm alternator rusak ,. kena tukar regulator. kalau diKampar Perak ada kedai baiki regulator.

      Delete
  31. Baru nk bli citra 2nd thn 2006 nk sgt tpi bc komen goyang plak

    ReplyDelete
  32. salam..citra saya sentap2 bila nak mulakan perjalanan..problem yg sama kembali berulang..baru je saya tukar gear box 3 bulan yg lalu..minta tlg sesopa boleh bagi pendapat

    ReplyDelete
  33. salam..sy da survey keta citra nie thun 2005 hrganya rm20k..skg nie msih guna keta wira,slalu travel penang-kl n penang-klate..dlm keta wira duduk 6org..jdi sempit..bla sy dok baca psl keta citra nie rasa mcm rsau plak nk beli...apa pndapat shabat sekalian?

    ReplyDelete
  34. salam..sy da survey keta citra nie thun 2005 hrganya rm20k..skg nie msih guna keta wira,slalu travel penang-kl n penang-klate..dlm keta wira duduk 6org..jdi sempit..bla sy dok baca psl keta citra nie rasa mcm rsau plak nk beli...apa pndapat shabat sekalian?

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. salam..sy da survey keta citra nie thun 2006 GLS FULL SPECT hrganya rm19k dia nk bg,dan sy dah cuba test drive amat berpuas haty dengan keselesaan dalam dan pemanduan agak stabil.memandangkan rmai orng pkai kreta naza citra sekarang dan pomen pn ckap alat2 ganti sekrang dh mudah tak mcm dulu kne oder tnggu lma...skg nie msih guna keta waja,slalu travel johor-k.terengganu....jadi nk cari kreta mpv untuk keselesaan jln jauh ..tp bla sy dok baca psl keta citra nie rasa mcm rsau plak nk beli...mohon perkongsian pendapat sekalian?

    ReplyDelete
  37. naza citra enjin ok steady.. cuma air radiator nk kena tgk.. kot2 kurang.. kalu blh setiap 2 miggu 1 tgk.

    ReplyDelete
  38. naza citra enjin ok steady.. cuma air radiator nk kena tgk.. kot2 kurang.. kalu blh setiap 2 miggu 1 tgk.

    ReplyDelete
  39. citra saya start xmo hidup. bole crank tp xmo hidup. bateri ok.tlg share sape ade pngalaman atau tahu kemungkinan masalah. tq

    ReplyDelete
  40. citra saya start xmo hidup. bole crank tp xmo hidup. bateri ok.tlg share sape ade pngalaman atau tahu kemungkinan masalah. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check kepala wayar bateri kalau dah reput tukar je. Jadi kat sy jugak. Tukar RM8 settle.

      Delete
    2. tq. betol la. mujur bukan fuel pump

      Delete
  41. Sy baru riki2 nak ambik citra. Bila baca post ini, terus tawar hati. Citra cancel dr list

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ... good luck finding ur dream car ...

      Delete
  42. saya pengguna citra model 2005. sejak kebelangkangan saya mengalami temp akan naik secara tiba2 dari normal...tindakan saya off aircod..temp back to normal..lepas to ok pulak. perkara ni terjadi x selalu ...cuma 3 atau 4 bulan sekali....hingga ari ni da 4 kali terjadi....tindakan saya mata selalu memandang ke dashboard...untuk pantau temp....sila bantu beri pencerahan tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan.. sy pun menghadapi perkara yg sama dan baru je repair mgu lepas. dlm kes saya: tukar motor aircond fan. insyallah, elok lah tu... kos dlm 200-300.. sy ambil yg original sbb fan selalu je on..kalo ambik yg local, tkt sekejap aje.. apapun, boleh pegi ke bengkel utk checking lanjut.. sy bukan pomen, hanya lah pengguna spt anda...

      Delete
    2. pengalaman saya, puncanya kipas aircond ... kejap pusing kejap tak pusing ... rupanya connector reput ... saya potong dan buat sambung direct, salut dgn heavy duty tape...

      Delete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. aku pakai citra baru sejak 2009 hingga hari ni..hampir 8 tahun. Alhamdulillah semua perfect tak ada masaalah. mungkin nasib/rezeki. cuma part wear, tear wajib tukar..ada nampak sikit sikit kerosakan tukar cepat-cepat.
    Untuk service kos memang mahal sikit... jangan bandingkan dengan wira.Tapi dari segi penggunaan minyak sama saja macam wira 1.5
    Kereta aku tak pernah service kedai biasa..sebab bila kita nak tukar sesuatu part pomen hanya buat apa yg kita suruh yg lain pomen tak peduli. Berlainan kalau kat service center, pomen check semua point kalau-kalau ada kerosakan.Pernah satu ketika masa service biasa tukar minyak..pomen beritahu ada pin kat brake pad hilang. Maksudnya kita tak risau kereta dah check semua.
    Masaalah radiator bocor banyak complain kereta keluaran sebelum 2009. bocor disebabkan skru bergesel.
    cuma satu benda saja yang pernah aku complain pasal compressor aircond bunyi agak kasar..ingatkan rosak, rupa-rupanya memang begitu. Dalam tempoh waranty 2 kali tukar.
    Dah hampir 8 tahun baru sekali service aircond dan tukar filter.Odometer sekarang 85,000km. memang berbaloi.
    Olih kerana jarang keluar malam maka battery cukup tahan..30 bulan baru tukar, Pernah test pada battery kedua sampai cecah 3 tahun, battery biasa je bukan dry battery.
    Tip bagaimana nak jaga kereta pada aku senang saja...ikut buku..service/masa start enjin/waktu nak matikan enjin.
    Kalau ada yg kata Citra tak bagus rasanya itu silap. Mana ada kereta yg sempurna. Berapa banyak BMW terbakar tiba-tiba..berbanding dgn Citra.Honda pun pun kalau rajin baca forum banyak komplain..ada yg tampal kereta dengan perkataan `HONDA TAK GUNA'. Proton? tak payah cerita nanti orang marah..

    ReplyDelete
  45. Hajat hati nak ambil citra second. Bila baca byk sangat komen negatif dari positif terus x jadi. sekarang sedang berkira nak ambil Exora Bold. Kereta nasional.

    ReplyDelete
  46. Kereta mana2 pun sama. Kelebihan kereta yang popular org guna adalah sparepart mudah dpt. Contoh proton, perodua, toyota antaranya...lebih2 lg ada yg local sparepart.

    ReplyDelete
  47. Tayar tu mcm benda biasa. Setiap tahun msti tukar baru. Memg alignment dan balancing kurang menjadi. Radiator jem sekali bocor paip bawah. Mslh tayar je yg duk pening kepala ..

    ReplyDelete
  48. Tayar tu mcm benda biasa. Setiap tahun msti tukar baru. Memg alignment dan balancing kurang menjadi. Radiator jem sekali bocor paip bawah. Mslh tayar je yg duk pening kepala ..

    ReplyDelete
  49. alhamdulillah..terima kasih atas komen semua..aku sdg dlm pencarian kia carens yg agak2 sederhana..harga x terlalu tinggi sbb modal x besor,tp nak kereta yg agak besor..maklum la keluarga besor..so aku nampak carens adalah sasarannya..mohon tunjuk ajar otai2 carens/citra..aku nak cari yg second je

    ReplyDelete
  50. saya dah pakai citra 10 thn .alhamdullilah kereta amat bagus.jln jauh steady je.

    ReplyDelete
  51. sy pun baru ambik citra...harap2 dia suka sy & x de big problem...

    ReplyDelete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  53. Saya pun baru amik citra...dvd x blh on la pulok..nk tgok upin dan ipin...camna yerr?

    ReplyDelete
  54. Saya dh dua tahun guna kereta naza citra ni x de masalah pon lagipun saya beli kereta second hand

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum..sy sofian...dr trengganu...klau tuan2 ade perlukn pertolongan atau masalah bberkaitan naza bleh hubungi sy..0139654818...berpengalaman slame 20 thun dgn naza ni..

    ReplyDelete
  56. Mohon like page Kedai Tayar Bumiputra di fb.

    Terima kasih.

    PB Maju Automotif Sentul KL.
    0340501312

    ReplyDelete
  57. Mohon like page Kedai Tayar Bumiputra di fb.

    Terima kasih.

    PB Maju Automotif Sentul KL.
    0340501312

    ReplyDelete
  58. Saya pun niat nak beli citra juga.
    Sila bagi cadangan sikit.
    Murah loni tahun 2008 baru 16k

    ReplyDelete
  59. Saya pun niat nak beli citra juga.
    Sila bagi cadangan sikit.
    Murah loni tahun 2008 baru 16k

    ReplyDelete
  60. Saya pun niat nak beli citra juga.
    Sila bagi cadangan sikit.
    Murah loni tahun 2008 baru 16k

    ReplyDelete
  61. saya baru Ambik CitraII(Kia Rondo) 2nd jer tahun 2009 pada harga 20k..ODO 95000 km/j...Before saya beli ,sya kena research dulu keta Kia Rondo yg pertama Engine sys, Air cond . Kereta yg saya beli sya ada pakar pomen minta tlg check..Pomen kata Rondo Engine memang tiptop banyak berada diEuropa pakai.
    Yang menariknya Engine 2.0 CVVT DOCH minyak pun menjimatkan...Tak pakai Timingbelt ..dia pakai Timingchange mmg bagus...Rata2 sya tya yg pakai Kia Rondo sejak tahun 2008 sampai sekarang tiada masalah..saya bersyukur walaupun 2nd car MPV tapi engin dan suspension sangat memuaskan...
    Jadi saya syorkan KIA Citra II Rondo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun minat sangat rondo ni sbb harga second murah. Interior hitam sesuai utk anak kecil yg suka buat kotor. Tapi last2 beli citra. Alhamdulillah kereta ok walaupun dah 10 tahun

      Delete
  62. SILA LAWATI
    http://paultan.org/2008/09/15/naza-citra-ii-rondo-7-seater-launched-in-malaysia/

    ReplyDelete
  63. Pakai citra dari 2006. Takde masalah besar..tukar radiatorjer. Rear suspension jer.

    Yang penting skali kena buat dengan citra ni kena bypass heater line.kita kat malaysia tak pakai sangat heater. Air panas dari engine di salur masuk ke coil dalam compartment kereta.hot water manifold ni akan bocor dan air akan kering..suruh pomen bypass..aircond jadi lebih sejuk dan tiada kebocoran manifold..lenjan jer..

    ReplyDelete
  64. Saya baru tukar drive shaft citra sepasang...slepas 2 bulan ada keluar bunyi seperti kita melanggar garisan putus2 di jalanraya..sebelah kiri yg bunyi..stereng tidak bergegar pun..adakah itu berpunca dari drive shaft kiri ke..sesiapa yang ada pengalaman begini mohon share cara penyelesaiannya..citra saya Model GLS tahun 2005

    ReplyDelete
  65. saya baru belu citra second GLS bulan 12/2016 haritu.emmm bawak dia best betullah ada abg kt atas tu cakap bawak dekat2 xpuas mpv yg xberapa besar xberapa kecik 👍🏽

    ReplyDelete
  66. nak beli citra GLS 2007.....tq atas komen2 diatas...ade sedikit perkongsian maklumat...terbaikkkkkkkk

    ReplyDelete
  67. Citra Rs...Pakai dr Jan 2008 sampai skrg..... first part ditukar setelah 4 tahun..compressor aircond...next 6 bulan, baru start overheat..sebab hose air dh keras then pecah...masuk tahun ke 8 hose minyak transmisi plak pecah..driveshaft jem...normal lah tu b saya...dh capai lebih 200k mileage...last skali tukar part 20hb Julai 2017...hose air bocor lagi.... Alhamdulillah...berbaloi pakai Naza Citra ni...less maintenance....sebab saya mmg kurang cermat bawak kete dan mmg travel jauh2...milage pon dh capai 250k....sayang pulak nk jual...ingat nak refurbish semula mcm baru....

    ReplyDelete
  68. Apa beza citra GS dgn GlS..beri pencerahan.

    ReplyDelete
  69. Bru jer bniat nk bli naza citra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rugi beli. Cuma kena sediakan duit lebih utk maintenance

      Delete
  70. Assalam,
    Ada niat nak ambik citra ni..
    Nak tau apae beza citra rondo dgn citra gls.
    Mn yg terbaik.
    Dr segi harga pun rondo mahal sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rondo (citra 2) keluaran baru ganti citra. Naza pun nampak slow dgn Citra 2 ni. Tak banyak nampak kat jalan. Sekarang mpv dah banyak pilihan

      Delete
    2. rondo enjin baru.guna timing chain.sedap pakai tpi yang x syoknya spare part mahal,rtax pun mahal.

      Delete
  71. Citra ni bkn kete depa je bmasalah, SC dia pun sama. 9 tahun bersama SC depa. Kes terbaru, baru tukar timing belt 2 1/2 bln, oil seal bocor. Tukar timing belt tak de pun yg tak de brand.

    ReplyDelete
  72. Naza Citra mantap. Enjin power. Handling pun sedap. Kalau problem kena pegi workshop yg specialist kereta korea ni. Kat Puchong Intan ada satu kedai. Kat Kajang pun ada beberapa kedai. Utk naza ria, kat semenyih ada satu kedai

    ReplyDelete
  73. Saya bru berniat nak beli naza citra 2.0 tahun 2007 boleh saya tahu injin naza ni memang bunyi agak kasar sikit ke,boleh bagi pencerahan dan langkah2 utk jaga

    ReplyDelete
  74. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  75. Aku beli Citra tahun 2006. Dah pakai hampir 12 thn.Masalah utama kereta ni mungkin dah berusia ialah makan minyak kuat.Tension jugak.

    ReplyDelete
  76. Mohon pencerahan. Bila hujan lebat. di tempat kaki penumpang depan basah (banjir) Mohon cadangan utk atasi.

    ReplyDelete
  77. Berapa kos nk tukar engine mounting, gasket dan timing belt citra gs 2005. Boleh rekomen workshop yg ok area puchong?

    ReplyDelete
  78. Saya baru merasa pakai tahun 2007 punya Citra.
    Best.
    Sebelum ni try Alza dan Exora je.
    Citra memang mantap.

    ReplyDelete
  79. Saya baru booking citra second mggu dpn baru boleh ambil tp kerta tu ada masalah aircond x bleh on..blum tau apa puncanya salesman ckp nk p servis dulu br serah ke tangan saya..

    ReplyDelete
  80. As salam smua... Cdg nk beli citra 2011 facelift... Ok tk....

    ReplyDelete
  81. Dah hampir 4 tahun guna Naza citra nie.. beli 2nd hand citra tahun 2008 beli pada 2015 so far ok la 1st rosak selepas beli 2minggu oil pump rosak tapi under warranty so free jer tukar oil pump n seal lepas 4 hari repair aircond pulak rosak tukar full set compressor,condenser and cooling coil maklum la beli 2nd ade warranty hehe lps tue langsung takde problem cume baru2 nie auto gear box problem knock sensor 4osak tak masuk gear 1 so jalan gear 2 3 4 jer tukar siap pasang baru rm180.kesimpulanye dulu maybe time baru keluar banyak masalah barang mahal xde stock yela kete korea parts kene order. Kalu sekarang parts senang kalau org kata problem etc sume kete pon ade problem tak kira la proton perodua bmw honda mercedes maserati ferari...cume kiter jer kene rajin service.. downside dye barang harga agak mahal sikit la dari local car

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Rajin service" kire ikot jadual mileage dan tempoh masa serperti di recomended dari ownwer manual la time masa bila nak tukar plug minyak hitam minyak auto filter dan sebagainye 😘

      Delete
  82. Dlm planning nk beli citra 2nd thn 2008..harap² ok lah..risau jgk bila bc komen² ni..byk xok drpd yg ok.

    ReplyDelete
  83. Ambo 12 Tahun pakai naza citra gL.. sehingga kini... x dop masalah besau
    .. n mcm sahabat yg lain ...tangki air je tukar...pakai tangki tembaga ... 11 tahun dah... oke jah.. kena servis on time je..

    ReplyDelete
  84. Kia caren sy tahun 2001 1.8 terlalu berat..boleh recomen tak pomen kt area johor yg pakar selesaikan mslh ni..dan minyak kuat...1 liter dlm 9km je.klu rm10 tu boleh pg 45km...kdg2 bila tuan ron95 petronas..rm 50 blh pg 150km je

    ReplyDelete
  85. Saya baru kluarkn naza citra 2.0 2006...nk tnyelh...ada x pomen yg expert citra ni kt area port klang...

    ReplyDelete
  86. Sy pakai citra da 10 thn da, beli thn 2009...puas pakai, bawa pun masih sdp lg..pokoknya pandai jaga semuanya ok kot...tp maintenance mmg tinggi, kete manja la katakan...huhuhu

    ReplyDelete
  87. Citra ni adalah kreta syarikat yg ke 15..memang mantap mcm Fiat sya dulu ..kos2 repair boleh jimat kalau kita bli barang2 sndiri bayar upah je..

    ReplyDelete
  88. member aku bli citra second...dah6 tahun tiada sebarang kerosakan,,,,,yg penting duit mau halalantoiyiban

    ReplyDelete
  89. Saya baru nak beli citra second thn 2006..minta nasihat..perlu ka saya meneruskan utk pembelian citra itu.?

    ReplyDelete
  90. Citra thn 2007 beli baru skrg dah 2019 tak ada masalah..adat biasa dah tua kena tukar lah part yg dah lama guna..manusia dah tua pun sakit tu ini lg kn barang yg diguna hari2

    ReplyDelete
  91. Tefikir nk crk citra la, 1.8cc mantap x

    ReplyDelete
  92. Kalau korang tengok betul2...kat bawah tempat duduk depan n 2nd row ada blower utk org belakang...kalau nak cepat sejuk bhg belakang pulas jer ac yanh hala ke atas n kaki tu...tapi kena speed no 3 n 4 aaa...insyaallah, sejuk selesa org belakang...🙂

    ReplyDelete
  93. Salam... Citra Saya Kala naik Bukit enjin sangkut2 macam nak mati dan kekadang display pada radio kadang2 blank.. Tapi radio masih berfungsi... Adakah tanda2 distributor nk kong...

    ReplyDelete
  94. salamun'alaik..
    teman pakai Kia Carens dari Pak mertua beli pada tahun 2003 hingga harini ak sebagai penyambung legasi Kia Carens 1.8cc nya..
    engine yg asalnya kia sephia 1.8cc diubah balik utk dimasukkan ke Kia Carens 1 dan 2....mmg bentuk sama CR1 & CR2 tp x ngam ngn CR2
    masih sehat..harga ketika itu RM128k (zaman ni sapa pakai MPV ni kira org have2 jela)
    siapa kata barang kia mahal??
    beli kat mana mahal tu??
    myb tak join club, yela yg join club pn akan muncul bila ada mslh..kalau idok diam je...

    ape2 pun jgn sesekali kiter malu nk brtanya, sekali tye og x jwb jgn giveup...tye lagi...
    guna la kereta ape pun kalau ada sikap malas nk ambil tahu mmg tu masalah diri bukan hal kereta...

    ReplyDelete
  95. Salam,
    Saya sudah pakai citra 1st generation dari tahun 2005 sampai sekarang, alhamdulillah..tak ada major problems dan saya berkuasa hati dengan performancenya..spare part mahal ke? Saya rasa tak, sebab saya selalu beli dikedai biasa spare parts kereta dan memang tak mahal, beli spare parts sendiri dan bagi mekanik upah pasang..walaupun dah jadi 3rd car saya kadang-kadang menggunakanya dan Insyaallah akan terus menggunakanya dan tak ada niat untuk menjualnya..

    ReplyDelete
  96. Saya bru bli citra 2006..klau dkatakan keta ni byk masalah x pla..ok je bg sy..mb sbb owner lama jaga keta kot..pickup mmg terbaik lajak bukit nga ptong keta sy rsa mantap 2.0 ni..bab minyak pla normal la klau bwa pusing2 dlm town byk t,light mmg minyak akn bganjak ckit..klu long distance jimat jgk sy rse..bg sy keta ni power lg wlaupn usia dia dh tua..yg ptg jga enjin je..memang tiptop msa akn dtang..

    ReplyDelete
  97. Salam sesiapa masih ada di sini, citra saya dah nak mencapai 110K KM ... apa yang perlu diservis? saya jarang guna kereta ni tapi sayang nak jual sebab saya selalu bawak pikap triton ja ...

    ReplyDelete
  98. Saya beli 2009: kereta tak lasak sejak beli. Tapi petrol kuat, cuma dh masuk 12 tahun ni mula meragam. Naik bukit slow dan menderam. Absober depan atau mounting bergegar bila lalu jalan kurang rata. Kemudian air compressor dh rosak, pomen kata ganti yg baru lebih 1k dan kalau 2nd kat 600 tapi tak jamin. Nak jual tak berbaloi...

    ReplyDelete
  99. Naza Citra saya juga dah 15 tahun guna hari hari pergi kerja..tapi sepanjang saya guna Citra ni tak byk bajet saya keluar melainkan rutin servis, ganti tayar, bateri dan sekali tukar radiator..Masih pakai lagi

    ReplyDelete