Friday 4 March 2011

Proton Iswara NGV Aku

Tujuan Aku Beli Iswara

   Aku beli Proton Iswara 1.5(A) tahun 2002 sebab nak tukar kepada sistem NGV. Sebelum ni aku pakai Kancil 850 manual (kemudian tukar auto sebab pindah KL). Sebelum beli Iswara ni aku survey dulu advantage dan disadvantage penggunaan NGV. Blog yang aku banyak baca adalah http://www.ngvcommunity.com/. Kat situ aku belajar banyak mengenai kenderaan ngv.

NGV Tak Bahaya

   Ada orang kata ngv ni banyak masalah dan yang paling ngeri ialah kejadian van meletup kerana ngv, ia berlaku di Stesen Petronas Ayer Keroh Melaka. Tapi setelah diselidik balik van tu rupanya dipasang dengan tong gas masak yang dimodified untuk dipakai dengan ngv. Jadi akibatnya dua orang terbunuh dengan perut terburai. Itulah akibat tidak mematuhi standard piawaian ngv. Satu lagi ialah kejadian bonet teksi meletup semasa mengisi ngv. Rupa-rupanya dreber teksi tu baru beli gas untuk memasak dan lambat sikit bawa balik rumah lalu meletup.

kereta ngv meletup

Menurut pemilik kenderaan itu yang hanya ingin dikenali sebagai Yong, 45, letupan itu berlaku selepas lima minit dia mula mengisi tangki NGV di belakang keretanya sebelum dikejutkan dengan dentuman kuat yang meranapkan belakang kenderaan jenis Nissan itu.
“Saya bernasib baik, ketika kejadian saya berada di hadapan jika tidak pasti saya akan parah akibat serpihan besi daripada letupan kuat itu.
“Saya tergamam dan terpaksa meniarap, risau jika berlaku letupan susulan bagaimanapun bangun beberapa minit kemudian selepas mendapati keadaan selamat,” katanya ketika ditemui. 
Yong mendakwa dia terpaksa menyimpan tong gas memasak terbabit dalam but kenderaannya apabila tidak sempat untuk menghantarnya pulang ke rumah selepas dia menukarnya di kedai pada sebelah pagi.

   Cuba perhatikan betul-betul tong ngv tak meletupkan! Ini adalah kerana tong ngv direka untuk ketahanan dari berlakunya letupan ketika kemalangan. Ia juga diuji dengan tembakan M16 tapi peluru 5.56 M16 gagal menembusi besi tong ngv tu. Jangan pulak nak uji dengan tembakan RPG kerena RPG ni kereta kebal pun boleh rosak. Sebab lain kerana salah pemasangan. Jadi carilah syarikat pemasang ngv yang diluluskan JPJ - boleh cari dalam dalam web JPJ. Do not simply go to uncertified workshop and install ngv because it may cause explosion. Satu perkara lagi jangan guna handphone masa tengah isi gas. Sebenarnya masa tengah ini petrol pun tak boleh guna handphone.

Cerita Aku Memilih Dan Membeli Iswara Second

   Nak tau kenapa aku tukar Kancil kepada Iswara sebagai kereta kedua aku...

        a. Ruang yang lebih besar untuk keluarga dan juga bonet yang lebih besar untuk pasang ngv.
        b. Kos untuk maintainance rendah.
        c. Kereta paling murah di pasaran nak banding dengan kereta-kereta lain.
        d. Enjin Iswara 4G15 adalah enjin yang terbaik dan paling lasak untuk dipasang ngv.

   Nak pilih kereta 2nd hand ni kena betul-betul pilih, tersalah pilih menyesal; dapat yang pernah accident naya tu. Aku surf blog-blog sebagai panduan atau tips-tips untuk beli kereta 2nd hand. Tapi beli kereta secondhand ni kita dah kena pikir awal-awal lagi berapa kita kena spare fulus untuk repair sebelum kereta tu memuaskan hati kita. Kalau tak nak repair beli kereta baru terus ler. Tapi bulanan nak kena tanggunglah.

   Kereta 2nd hand ni payah juga nak cari yang murah. Paling simple aku cari je dalam mudah.com then gi tengok sendiri keadaan kereta. banyak jugak kereta-kereta yang aku tengok tapi susah nak berkenan sebab al maklumlah kereta 2nd hand banyak yang tak sempurnanya. Jadi kalau ada defect yang kita dapat trace tak payah beli atau buat perjanjian dengan tauke supaya dia repair dulu. Kita juga kena cek bahagian bawah kereta sebab ada kereta yang accident naik atas divider sepertimana yang wira aku dulu. Masa beli tak perasan tapi bila dah lama pakai tayar asyik makan sebelah je.. tau-tau bila buat alignment - cina tu kata dah tak boleh adjust sebab casis dah lari..........

   Satu hari aku tengok dalam mudah.com Proton Iswara 1.5 (A) Sedan 2002, kereta tu cantik... Aku contact salesman dan terus menuju ke Kajang (aku dok d Sg Besi). Sampai dalam jam 6 ptg dan kebetulan hujan renyai-renyai. Aku tengok kereta dari luar semua ok, buka bonet tak berapa nampak sangat bahagian bawah enjin sebab agak gelap sikit then aku test drive. Odometer menunjukkan 73 ribu km +. Tapi aku tak caya sebab meter boleh diubah. Masa test drive ada bunyi wheel bearing - cina tu kata boleh tukar, aku on aircond- aircond rosak cina tu kata dia nak repair - cek boot belakang ada karat bhg tepi kanan - dia kata boleh cat. So oklah aku stuju sebab body kereta cantik dan tak ada kesan accident.  Aku stuju rege keretanya Rm10k (itupun selepas puas aku menawar) dan bayar deposit RM500. Tempat lain memang tak dapat harga tu, biasanya paling kurang RM13k. Aku beli pada tahun bulan Jun 2010.

   Selepas 3 hari menunggu dan semuanya siap diproses, aku ajak bini aku gi ambik kereta. Sebenarnya bini aku kurang berkenan bila aku cadang nak beli iswara tapi aku pikir-pikir kalu beli kereta baru kena hutang lagi sedangkan Naza Citra aku tu kena bayar Rm700 tiap-tiap bulan.
Pasang NGV Pada Iswara Aku

      Aku pasang ngv pada Iswara aku pada 17 Jul 2010 kat Bandar Baru Bangi. Kos pemasangannya ialah RM2800.00 dengan mixer system dan tangki 65 liter. Kos tu juga termasuk cek Puspakom dan JPJ endorsement. Aku diberi taklimat macamana nak operate ngv. Kat bawah steering kereta aku dipasang switch untuk mode petrol dan ngv (petunjuk switch ; step 1-petrol, step 2 - untuk tutup petrol/gas, step 3 - gas) . Switch inilah di antara peralatan mixer system yang dipasang pada kereta enjin carburator. Kalau enjin baru seperti fuel injection, EFI, DVVT, Campro - ia menggunakan sequential system iaitu mode ngv ditukar secara automatic dan kos pemasangannya lebih mahal iaitu hampir RM5k. Berikut adalah cara-cara operate ngv (utk kereta yg pakai karburater shj):


       a. Isi gas di Stesen ngv Petronas (masa isi gas, enjin dalam mode petrol sebab gas belum ada dalam
           tangki).
       b. Start kereta dalam mode petrol dan tekan suis ke step 2 untuk tutup petrol dan biarkan enjin mati
           sendiri. (ini bagi menghalang pencemaran dalam carburator)
       c. Kemudian tukar ke step 3(gas). Pusing kunci kereta pada on. Tunggu lampu pada switch ngv  
           mati dan start sambil tekan sedikit pedal minyak dan kereta terus hidup.



Mula-mula pasang ni ada juga problemnya;

          Masalah Pertama. Pick-upnya amat teruk. Aku pernah berkali-kali kena horn kat orang belakang  
          masa naik bukit dan ini amat memalukan aku.

          Masalah kedua.  Kereta tak boleh hidup setelah park selama 3 jam dalam mode ngv. Aku  
          terpaksa  panggil pomen untuk hidupkan dengan kaedah 'pancing petrol dalam carburetor'. Jadi
          kalu nak park mesti tukar ke mode petrol. Aku terlupa beberapa kali dan ini memberi banyak
          masalah kat aku. Kekadang tu aku keep on start dan last sekali idup jugak dia.

   Aku gi balik ke pusat pemasangan tu dan melaporkan masalah aku. So dia orang setting balik sistem ngv tu dan pasang penutup di hujung air intake dan penutup itu ditebuk lubang sebesar ibu jari kaki. Alhamdulillah setelah dibuat service tu kereta aku ok. Tapi pakai kereta ngv ni bukan untuk race. Perbezaan masa mode ngv dan mode petrol memang ada. Mungkin aku boleh andaikan masa pakai ngv pick-upnya macam Iswara 1.3 dan masa mode petrol keadaan pick-up seperti biasa.

      Aku ambil masa lama juga nak membiasakan diri dengan ngv. Setelah 3 bulan guna ngv dan bertukar-tukar fikiran dengan pengguna ngv lain ditambah dengan pembacaan di internet aku sekarang sudah cekap menggunakan ngv.  Cara aku ialah:
         a. Masa nak parking malam atau tempoh yang lama melebihi 6 jam aku tukar ke mode
             petrol. Caranya ialah terus tukar ke mode petrol sebaik-baik berhenti untuk park dan
             biarkan enjin hidup beberapa ketika supaya minyak naik semula ke carburator. Ia juga  
             untuk memudahkan enjin kereta mudah dihidupkan waktu pagi.

         b. Start pada waktu pagi atau semasa enjin sejuk dalam mode petrol. Tukar ke mode gas
             setelah enjin panas. Proses tukar ke mode gas boleh dibuat dengan cara yang  
             ditunjukkan di atas.  Cara aku lain sikit ; semasa di step 2 sebelum enjin mati; ada 
             tanda-tanda menunjukkan enjin nak mati time tulah aku tukar ke mode gas, jadi enjin tak
             mati dan tak payahlah aku start sekali lagi.
Penjimatan
      Dari segi penjimatan ia amat menjimatkan dan siapa saja yang menggunakan gas pasti akan berpuas hati. Sebelum aku menggunakan gas aku terpaksa membelanjakan RM50 petrol untuk 5 hari bekerja atau RM10 sehari. Tetapi selepas menggunakan gas aku hanya membelanjakan maksimum RM22.50 gas untuk 5 hari bekerja atau RM4.50 sehari.
      Untuk perjalanan dekat-dekat, satu tangki dengan isian penuh RM9.50 aku boleh dapat dalam 140km. Untuk long distance aku boleh dapat 180km - 190km dengan tangki penuh. Cuba bayangkan kalau guna petrol dengan RM10 boleh dapat tak sejauh 180km??? Biasanya kalau isi RM10 petrol, aku boleh dapat 50km untuk perjalanan dekat-dekat dan 60km untuk long distance.     
       Anda mesti tak rasa jemu berulang-alik ke stesen ngv kerana satu tangki tak boleh bertahan lama. Biasanya aku isi 2 hari sekali. Aku tak kisah sebab rumah aku dengan stesen ngv cuma 2.5km je.

Kelemahan Bila Pakai NGV

Selepas setahun setengah menggunakan NGV, enjin kereta aku terasa macam tersekat-sekat terutama bila berada dalam gear 1. Aku pun tukar plug...memang betul plug yg tak ditukar menyebabkan enjin kereta tersekat-sekat.  Jadi pastikan bahawa plug sentiasa ditukar bila cukup masanya.

Absorber belakang yg standard (aku pakai kayaba gas) memang tak tahan lama walaupun spring telah dilapik dengan pelapik getah 2 inci. Setahun pakai mesti tukar. Tapi jangan bimbang... tukar spring khas untuk ngv - spring ni tinggi sikit dari yang original, harga RM80 je sepasang. Tukar spring ni insyaallah tak ada lagi masalah kekerapan tukar absorber. 
        Kalu ada sapa2 nak tanya atau bertukar2 pandangan pasal ngv ni boleh email aku - najay73@gmail.com.
     

21 comments:

  1. Hmm... bagus la perkongsian pengalaman tuan nih.. tuan masih pakai lagi NGV ni?

    Saya pun berhasrat nak pasang pada Iswara A/B 1.3, tapi pulus tak cukup dan ada yg tak setuju sebab ambil ruang.

    Tong NGV ni takde yg custom made ye ikut ruang kereta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tong yg sesuai utk AB adalah 62L. Nak kena korban ruang sikit. Kalau nk balik kg pakai kereta tu kurang sesuailah. Tong NGV kalau boleh dpt yg 2nd hand RM1500-RM1800 je.

      Delete
  2. saya ade terdengar kawan sy bgtau kebanyakkan kereta yg memakai ngv rosak dan rosak yer teruk bahagian enjin ...... betul kew???
    lagi satu ade satu mamat tu dia pakai satu sistem penjagaan ngv sistem tu ade bekas minyak dekat bahagian enjin......
    blh tolong share x kat mne ade pasang sistem tu??

    ReplyDelete
  3. saya baru pasang ngv area puchong..kenape sblum sy pasang ngv lampu meter menyala..n selepas pasang ngv lampu byk x menyala?ada bro ada jd mcm ni jgk dan spring ngv 2 brand apa?

    ReplyDelete
  4. salam, perkongsian yang menarik nih,saya pun guna ngv gak,memang jimat tahap melampau... nk kongsi pada kwn2 yg pakai ngv kat iswara spring bgn belakang boleh guna spring dari Honda accord sm4,lebih keras dn tinggi sikit berbanding spring asal, juga dapat tingkatkan jangka hayat absorbers belakang, maklumlah tong ngv berat gak..kalau ada sapa2 yg berminat nak spring ni sepasang untuk bgn belakang boleh contact saya 019-5645061.. tima kasih pada tuan blog ni sebab siar komen saya..

    ReplyDelete
  5. sape nak tong second hand - 55L expired date year 2023.
    sms aku... 03 20211463

    ReplyDelete
  6. Saya psg ngv pd keta waja sejak minyak mula RM2.70( julai 2007, baru buka sbb tukar keta baru... tong & sijil masih dlm simpanan. -
    berminat tong RM1400.00 ada surat&sijil asal.
    sms 03 20211463

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana berkongsi maklumat....

    ReplyDelete
  8. Sistem ngv yg dipasang adalah sistem carburator bukan sistem mixer

    ReplyDelete
  9. Setakat hari ada apa-apa masalah yang berkaitan dengan enjin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sudah 4th sy pakai enjin ok. Tak ada masalah.

      Delete
  10. Hi, saya ini pengguna NGV baru untuk Iswara yang dah berumur 15 tahun. Tiap kali lepas saya isi gas, enjin senang mati di jalan. Adakah ini biasa berlaku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tekan pedal minyak beberapa kali sebelum bergerak.

      Delete
  11. Information yang sangat bagus...

    ReplyDelete
  12. salam....saya baru pasang ngv 2nd dan soalannya mmng x dapat sijil ker klu pasang 2nd ni dan ada masalah x dgn jpj sbb ni dah kira modified

    ReplyDelete
  13. Nak Tanya la..in case kalau stesen ngv berdekatan tutup atau kita kehabisan ngv dan minyak(tiada setesen petrol)atau kita xnk pki petrol..pakai gas Masak sebagai alternative sementara??boleh x??

    ReplyDelete
  14. Nak Tanya la..in case kalau stesen ngv berdekatan tutup atau kita kehabisan ngv dan minyak(tiada setesen petrol)atau kita xnk pki petrol..pakai gas Masak sebagai alternative sementara??boleh x??

    ReplyDelete
  15. bos pakai lagi ke ISWARA 1.5 (A) NGV ni ?

    ReplyDelete
  16. Sya ada jual tong NGV ,,kereta bekas teksi area Johor,,berminat ble whsp 01111176544

    ReplyDelete