Membuat Keputusan Amat Penting
Perkara yang paling aku bimbang sebelum membuat keputusan membeli Proton Preve 1.6 CVT IAFM ialah dari segi powernya. Aku tak bimbang dengan Preve CFE kerana telah terbukti pick upnya amat bagus. Aku dah test drive CFE tapi IAFM tak dapat test drive sebab tak ada unit untuk test drive. Aku cuba cari dalam internet kot-kot ada cerita pasal Preve IAFM tapi mengecewakan tak jumpa pun orang yang tulis pasal kereta ni. Ok, fikir punya fikir, setelah dibuat perkiraan budget...dan budget aku pun taklah banyak sangat, jadi aku putuskan untuk beli Preve 1.6 CVT IAFM Executive. Kalau nak dikira minat aku minat lagi CFE sebab powernya bagus dan akesorinya lagi banyak iaitu built in GPS, 4G internet, sistem keselamatan lebih baik iaitu ABS Brake, ESC, 4 airbag. Jika nak dibandingkan dengan IAFM eksesorinya biasa je iaitu CD player, 2 airbag, ABS brake dan lain-lain.

Bagi yang berminat nak beli Preve, sekiranya anda memilih untuk membeli Preve 1.6 CVT IAFM Executive aku rasa anda tak akan kecewa kerana bagi aku dari segi powernya iaitu 107 hp sudah mencukupi untuk perjalanan keluarga. Lagi pula aku tak ada niat nak racing ngan sapa-sapa pun. Paling penting bagi aku ialah kereta tidak under power sehingga nak naik bukit pun merayap macam kura-kura. Bagi aku kuasa Preve IAFM ni serupa juga dengan kereta-kereta lain yang sewaktu dengannya 1600cc ke bawah. Naik bukit dengan muatan penuh tak jadi masalah. Cumanya bila mula-mula nak bergerak iaitu masa masuk gear dari P ke D ia agak lambat sikit. Kena tekan minyak sikit baru jalan dan 'pick upnya' boleh dikatakan agak lembap tetapi boleh diterima. Ia agak ketara apabila kereta belum di service untuk kali pertama. Selepas service baru ok, kita tak akan rasa lagi sepertimana yang dirasakan di atas.
Perjalanan aku sekeluarga dgn isteri dan empat orang anak pergi ke Janda Baik sungguh menyeronokkan. Bagi aku tak ada istilah under power bagi Preve CVT. Lebuh raya Karak diredah tanpa ada rasa rendah diri dengan kereta-kereta ber cc besar. Tekan saja pedal minyak... naik turun bukit di lebuhraya karak tak menjadi masalah. Begitu juga semasa mendaki menuju ke resort di Janda Baik. Enjin tidak mengaum sangat seperti kereta auto biasa. Nak dibandingkan dengan Innova aku...aku rasa ngauman Innova lagi kuat. Semasa pulang ke KL isteri aku memandu dan aku tidoo...bila aku tersedar fulamak tuu dia bini aku bawa...laju gilerr, korner kat lebuhraya Karak tu macam korner kat litar lumba dan dia puji....sedap bawa Preve ni...
Berbeza dengan dengan gear auto 4 speed konvensional, bila kita masukkan gear kita akan dapat merasakan gear 'engage' dan kereta seperti 'melompat' tapi pada gear CVT kita tak akan terasa demikian. Apabila kereta meluncur kita tak akan merasakan pertukaran gear 1 - 6, semuanya senyap. Kalau nak rasa pertukaran gear sepertimana gear konvensional tekan je butang SAT nescaya anda akan terasa pertukaran gear dari 1 - 6. Satu lagi perbezaan pada gear CVT ialah apabila kita rev tinggi sikit atau kita naik bukit ia akan berbunyi sedikit bising datang daripada gear box. Jangan takut itu biasa pada gear CVT. Kenapa Preve IAFM gunakan gear CVT 6 speed? Untuk laju macam Lamborghini ke? Bukan tujuan itu tapi untuk mengurangkan penggunaan bahan api. Makin kurang RPM maka makin kuranglah penggunaan minyak. Pada kelajuan 100km/h, meter RPM hanya menunjukkan bacaan 2.1 atau 2100RPM.
Apabila memecut anda akan dapat merasainya kenikmatannya. Proton Preve 1.6 IAFM CVT dapat memecut dengan baik sekali di lebuhraya. Boleh challenge Honda, Toyota malah BMW kalau berani...kalau kalah dengan BMW tak pe, kita naik Preve je. Satu BMW boleh dapat 4 biji Preve. 'Anda tak akan terasa kelajuannya' walaupun meter sudah menunjukkan 140km/j apabila memandu di lebuhraya. Tau tau asyik dok potong kereta orang jeerrr. Selekoh tiada masalah bagi Preve kerana teknologi Lotus Ride & Handling menyebabkan ia mantap untuk dipandu. Apabila melalui selekoh tajam contohnya susur keluar lebuhraya, stereng Preve tak terasa berat atau lari sewaktu mengambil selekoh. Tapi awas gunakan aqal anda sewaktu memandu kerana kehebatan teknologi ciptaan manusia bukanlah segala-galanya. Orang yang menggunakan nafsu sewaktu memandu selalunya gagal walaupun teknologi keretanya hebat dan keretanya harga sejuta.
Suspension Preve agak baik dan tak ada bunyi kuat kalau terlanggar lopak. Suspension talaan Lotus membuatkan kereta tidak membuai di selekoh tajam. Anda akan kurang terasa gegaran apabila melalui garisan-garisan kuning atau jalan tak rata di jalanraya. Itulah kehebatan suspension Preve, setanding dengan kereta buatan Eropah.

Ruang &Tempat Duduk
Dari segi ruang dalaman memang tak dapat dinafikan, memang superb. Masuk je dalam kereta dan duduk di tempat pemandu anda akan terasa keluasan dan kelebarannya. Ruang belakang agak luas jika dibandingkan dengan Persona. Ruang kaki agak luas untuk penumpang belakang duduk dengan selesa, lutut tak akan terhimpit dengan kusyen depan. Kalau nak dibandingkan dengan Persona ruang letak lutut agak sempit.
Cuma apa yang aku tak suka ialah tiang bumbung bahagian hadapan agak tebal sedikit berbanding kereta lain menyebabkan ruang pandangan kiri kanan agak terganggu terutama apabila nak membelok di simpang tiga.

Buka boot belakang; nak buka dengan remote boleh, buka manual pun boleh...wow luasnya...nak masuk tido pun boleh. Nak luas lagi boleh lipat seat belakang.
Lampu Gear dan Lampu Lubang Kunci
Tidak ada lampu penunjuk pada gear menyebabkan aku kurang selesa sedikit bila memandu waktu malam. Walaupun petunjuk sudah ada pada meter tetapi aku lebih suka melihat pada gear apabila nak menukar gear dari kedudukan P ke D.
Begitu juga apabila nak masukkan anak kunci untuk hidupkan kereta, tidak ada lampu pada kunci start menyebabkan agak kekok sikit mencari lubang untuk masukkan anak kunci. Diharap Pihak Proton dapat revise balik sistem ni dengan memasang lampu pada gear dan tempat masuk anak kunci. Boleh dikatakan semua kereta-kereta moden ada lampu ni.
Suis Signal dan Wiper
Kedudukan Suis Signal dan lampu besar terletak di bahagian kiri steering dan suis wiper terletak dibahagian kanan steering menyebabkan agak kekok untuk aku mengendalikannya. Konon-kononnya sistem ini adalah gaya pemanduan Eropah. Tapi bagi aku... aku tak suka kerana kebiasaan kereta-kereta yang dijual di Malaysia adalah mengikut gaya Jepun iaitu suis signal di sebelah kanan dan suis wiper di sebelah kiri. Terkadang aku memandu Iswara, terkadang aku memandu Innova, terkadang aku memandu Preve, naik pening kepala otak aku dibuatnya sebab kerap tersilap suis, nak pasang signal tapi terpasang wiper dan begitulah sebaliknya.

Sistem Keselamatan
Perkara yang aku pertimbangkan masa nak beli kereta baru ialah sistem keselamatan. Akhir tahun 2012, untuk sistem keselamatan kereta, kerajaan mewajibkan sekurang-kurang dua airbag dipasang pada kereta baru. Preve IAFM mempunyai 2 airbag dan brake ABS. Brake ABS amat penting bagi memastikan tayar kereta tidak terkunci apabila brake emergency. Contohnya secara tiba-tiba kereta di hadapan anda membrek. Anda pun secara mengejut menekan brek kereta anda dengan kuat. Bagi kereta yang menggunakan brek biasa, brek akan terus mengunci tayar kereta menyebabkan tayar kereta kaku dan terseret di atas permukaan jalan. Stering juga akan terkunci menyebabkan kita tak akan dapat mengawal kereta lagi. Jadi bayangkanlah sekiranya kita membrek dalam keadaan jalan basah, sudah pasti kereta akan meluncur seperti kita tidak membrek. Sebaliknya brake ABS tak akan terus mengunci tayar kereta. Apabila kita membrek dengan mengejut, tayar kereta tak akan terseret dan stereng tidak terkunci, jadi kita masih lagi boleh mengawal stereng mengikut kehendak kita dan seterusnya cuba mengelak dari melanggar kereta atau sebarang halangan di hadapan.
Bila masuk je dalam Preve, hidupkan enjin dan pastikan anda terus memakai seatbelt. Sekiranya anda tak pakai seatbelt warning buzzer akan berbunyi sehinggalah anda pakai seatbelt.Kadang-kadang buzzer ni menyusahkan kita bila kita nak pergi ke tempat yang dekat-dekat yang tak sampai 1km. So janganlah berdegil dengan Preve, dia marah kalau anda tak pakai seatbelt. Awas airbag tak akan berfungsi sekiranya anda tidak memakai seatbelt sewaktu kemalangan berlaku. WAL IAZUBILLAH.

Penggunaan Minyak
Inilah perkara penting yang mana orang dok berkira-kira dan soalan paling glamour bila nak beli kereta baru; iaitu penggunaan petrol. Dimaklumkan bahawa penggunaan bahanapi PREVE amat menjimatkan untuk perjalanan jarak jauh kerana PREVE dilengkapkan dengan gear CVT 6 speed. Untuk perjalanan lebuh raya dengan kelajuan 120 - 140km/h jarak yang aku dapat ialah 420km dengan isian RM60 petrol, atau 0.14sen untuk satu km (RON95 dengan harga RM1.90/l). Kalau nak jimat lagi boleh pandu di bawah 100km/h.
Dalam ujian jarak dekat yang aku buat pula; Untuk perjalanan dekat-dekat dan ulang-alik iaitu ke masjid sekitar 1.5km, ambik anak sekolah 1.5km, isteri drive ke tempat kerja (town driving) sekitar 20km sehari maka setangki minyak RM70.00 hanya mampu bertahan setakat 290km shj. atau lebih kurang RM0.24sen untuk satu km.
Awas jangan tunggu sehingga bar penunjuk petrol 'blinking' baru nak isi minyak kerana minyak yang terlalu sedikit akan menyebabkan 'fuel pump' dalam tangki tergantung dan 'sukar untuk menyedut minyak'. . Sebaiknya apabila tinggal 2 bar terus isi minyak. Mengikut pengalaman aku isian penuh lebih baik dari isian separuh separuh kerana ia memberi lebih kilometer. Jangan isi terlalu penuh sehingga mencecah 'nozzle pengisi minyak'. Biasanya nozzle akan automatic stop apabila minyak terlampau penuh. Ada juga sesetengah pam minyak yang menggunakan sistem reverse, iaitu sedikit minyak akan masuk semula ke dalam tangki petrol pam apabila minyak terlalu penuh dalam tangki kereta.
Kesimpulan
Bagi aku Proton Preve ialah kereta terbaik Proton, nampak elegan, setanding dengan kereta-kereta buatan Jepun dan harganya amat competitive. Nak beli Altis mahal, baik beli Preve kerana ia lebih murah dan aku berbangga dengan kereta buatan orang kita. Lihatlah filem Hindustan apa pelakon dia buat; konon2nya kereta civic yang dia naik rosak...lalu apa pelakon tu kata; kalaulah kereta buatan India...nescaya tak akan rosak sampai bila2. Walaupun kereta buatan India taklah canggih, macam kereta dalam filem P Ramli je tapi rakyat dia berbangga dengan hasil negara sendiri.
Setakat ni aku puas hati dengan Preve. Kalau ada orang nak kutuk kutuklah. Adakah orang yang mengutuk tu pandai serba serbi. Aku rasa kalau bagi tugas kat dia suruh buat kereta, kereta kayu pun belum tentu boleh buat. Atau pun kalau nak mengutuk tunjukkanlah kita lebih hebat dari segi keilmuan dan kebolehan. Orang berilmu tak mengutuk tetapi mengkritik supaya sesuatu itu akan jadi lebih baik dari yang ada sekarang. Dalam doa selepas solat pun kita berdoa supaya hari esok lebih baik dari hari ini.
SEKIAN. TQ.

Sy berminat nk amik preve...cuma keliru nk CVT atau CFE...cmne bro rase pbezaan 2 model ni?...
ReplyDeleteKorban duit sikitlah baik ambil cfe... Pasal cvt mengecewakan sedikit... bukan Pasal power tapi bunyinya macam enjin Lori bising dengan meraum dan mengerang sampai rasa getar macam kereta Dah pakai lebih5 raging. Walaupun tekan pedal rpm 2000...terutama ketika nak memotong. Itu pengalaman aku sendiri yang mengguna preve auto cvt... lebih perfect waja aku lagi walau dah berumur 8tahun. Performance service centre... dia kata normal lah tu... getar dan mengerang kasar macam Lori.
Deletekalo nak potong.. cer tukar dari mode D ke S.. baru superb..
DeleteSaya pakai PREVE MANUAL dah lebih setahun, proud and loving every second of it.
ReplyDeleteSaya baru je amik preve manual.. cmne ek power preve manual kalau naik bukit...
Deletesaya baru booking preve executive...nk pkai cfe x mampu...baca cerita saudara bertambah yakin dgn preve executive...kita bli bkn utk menunjuk or race...
ReplyDeletetq for the info :)
ReplyDeleteTQ for the infor...more confident in buying executive...accessories dari Premium pun boleh go outdated...so at least yang ni boleh tukar tukar ikut selera....thanx for the great infor
ReplyDeletesalam aku dah booking preve premium tapi sekerang aku masih dok takut-takut nk ambil apa ia benar-benar berkualiti confius
ReplyDeletegreat info. i dah booked preve cvt,tp asyik terbaca negative commenst sja. info yg sgt baik..thanks
ReplyDeletesy pn pkai preve executive.. tp tue la.. bile naik bukit or tekan minyak lbih bunyi enjin kuat kn.. ade cara nk bg soft skit x bunyi enjin nye? anywys preve mmg best..~ alhamdulillah.. stakat nie xde prob lg.. :)
ReplyDeleteIkut pengalaman aku... cuba letak gear auto dekat P...... dan main pedal minyak... biasanya rpm cuma limit 2500 saje.... tapi tak bunyi mengerang bising dan bergetar cuma meraum biasa saje... Tapi beza apabila kereta bergerak... bunyinya lebih meraum mengerang dan bergetar..... Pasal gearbox tidak smooth... Pasal tu masa tekan minyak seketika bunyinya bising lepasa tu diam tiba tiba... cuba siasat dengan service centre... tq
DeleteSaya dah guna Preve Exec sejak 27 Sept 2012.Mmg k cuma masa mula nak gerak tu ada lembap ckit nak kuat tekan minyak..Jadi saya pasang firestorm ignition coil booster,beli di lowyat..Mmg terasa kelainannya..Masa mula gerak dari P ke D mmg ada peningkatan,tak pyh tekan kuat kreta dah gerak ke depan...Keselesaan mmg terbaik,lain2 masalah adalah masa mula2 tu,engine light dan cvt light menyala masa psg tinted..Lepas tu hilang sendiri dan sampai skrg tiada masalah.Cuma nak kena buat alignment lagi..Kreta lari ke kiri...Overall,mmg puashati dgn Preve Exec ni,saya brani bagi 9/10....
ReplyDeleteAbah... blh bg further info psl firestorm ignition coil booster ni tak? camne dia berfungsi? brape harga dia?
Deletefirestorm ignition coil booster?? Boleh share maklumat lanjut pasal bendalah tu x?
Deletecari kat google ada tu
Deleteada rasa lega sikit baca komentar dari tuan2 semua...saya dah mengikuti preve sejak dari awl keluarannya...mmg cukup bnyk komen negatif baik di forum2/fb dll...ikut kemampuan/bajet dan minat mmg sy hanya mampu ambil preve cvt shj...sy berminat dengan luas dlm dan bonetnya...mklum lah dah berkeluarga...hal2 tentang speed dll tu sy tk kisah sgt..tujuan untuk tukar kereta pun bukan untuk sy memecut laju2..cuma bab handling tu sy percaya akn proton..sebelum ni sy guna saga BLM..wife guna myvi...dan dengan tekad dan kepercayaan pada proton,akhirnya sy ambil juga preve cvt...dan skrg sedang dlm proses menunggu kehadiran fire red....(berdebar juga ni)
ReplyDeleteBagus review ni..byk info sy dpt...review ni dpt menambah keyakinan sy kpd enjin CFE...lbih2 lg sy da booking utk suprima s...byk y bg komen negatif y hanya based pd pengalaman kereta proton sblum ini dan bkn preve lak tu...
ReplyDeletesaya pkai preve cvt ja..nk beli cfe yang siap turbo x mampu...tp saya pasang tambah dkat penang bg pickup kuat skit baru habis x sampai rm 600..skrg sgalanya puas hati...dan paling x sangka minyak pun jimat. enjin x bising n pkai jenama work engineering. skadar bkongsi pengalaman.
ReplyDeleteBuat pasang tambah Kat mana bro??
Deletehttp://jimatminyakfps.blogspot.com/
Deletesila klik link diatas untuk lihat bukti dan testimonia pengguna,,info sekadar berkongsi benda yang bermanfaat
pasang tambah dkat penang tu area mana bro? share info skit...tq
Deletenak tanya benda apa yg dipasang tu untuk pickup
Deletethanks for your feedback
ReplyDeleteProton engineer
Terima kasih kerana memberi info yang berguna. saya baru saja beli preve executive pada 24 Ogos 2013. Tengok preve terus terpikat tanpa memkirkan tentang keupayaannya. Setakat ni ,betullah seperti rakan2 katakan tentang prestasi preve ni dan saya kena tunggu lepas servis yang pertama. Remote dia memang tidak berbunyi ke? masalahnya kadang2 tak perasan sama ada kereta dan berkunci atau belum.Kalau ada cara nak setting tolong bagi tahu ya.
ReplyDeleteSaya baru menenpah preve cfe, mulanya agak ragu2 tapi selepas buat research sendiri di Internet n blog saya rasa tak ada major problem untuk model ni, syabas proton!
ReplyDeletewah banyak peminat preve exect n cfe ni ingatkan banyak komen - yg dok ckap bukan2 ja tapi nak bli xkemampuan n jeles kot ngan preve ni.... bagi saya la preve exect pon dah ok cuma xlaju mcm cfe yg top standard dia 220 km/j kalau nak dibanding ngan exec punya dalam 180 km/j ja pon....
ReplyDeletecuma nak betanya ngan sahabat sekalian ttg top speed preve anda smua ad pnah sampai 180 km/j atau lebih bleh la ceritakan coz saya punya top sampai situ ja..... :)
Sy penah smp 190 higway selatan kl seremban
Delete200km/j ipoh-kl. Pedal masih boleh tekan, body x gegar.
Delete*Cuaca cerah
Review terbaik bro.. mmg jarang nak dapatkan info review preve cvt exct dgn preve manual..biasa la.. dorg asyik higlight turbo je... yoala.. kita xada turbo kan.. tolong upkan review preve manual plak bro.. jenuh aku cari kt pakcik google.. takjumpa pun...terima kasih...
ReplyDeletepuas hati bace entry ni..sy pun baru pkai preve sblm raye aritu..sblm bli tgk review mmg byk yg negative..tp tekad mmg nk beli jgk..Alhamdulillah dah 3 bln pakai puas hati..good review bro! :)
ReplyDeleteSy dah guna setahun preve Executive CVT ,, berikut kelebihan dan kekurangan :
ReplyDeletekelebihan
- handling mmg best kalah vios almera
-Transmisi cvt smooth .. tiada sentakan gear ..option ada SAT
-ruang dalaman elegence .. terasa kereta conti
-ruang bagasi sgt2 luas ... puas hati
-keselamatan ANCAP 5 star .. honda accord 2013 baru 4 star
-Brek preve superb bro
Kelemahan
-Drive by wire .. cvt pikap lambat still boleh terima ..(bleh buat paddle respon)
-wind noise errr... bukak radio kuat2
-window terjungkit x rosak tapi mmm... defect dr kilang ..
-seat keras .. still selesa ...
-enjin kdg2 susah start .. yg ni subjctive nk uraikan
-brek bunyi2 tikus .. baru brek calar kena skimming balik
kesimpaulan Preve kereta yang bagus dan masih terbaek dalam ketegori nya.. harga mampu milik .. preve bukan kereta yg sempurna namun kelemahan itu boleh diperbaiki oleh proton .. member aku pakai almera pon ada problem .. nak tau ape dia ... masalah bearing tayar ... handling x best diaorg guna spring myvi utk nampak rendah .. minyak kuat .. dan macam lagi kereta ni subjektif nak ckp nasib koranglah sekian celotah seposen dr sy
Sy pakai preve... Boleh tlg sy??? ... Apa kegunaaan SAT dan S di gear auto tu... Minta pencerahan cikit
DeleteSAT tak silap cvt system dia boleh on/off gear S utk panjat bukit iaitu gear 1 & 2.
Deletesat tu bila di tekan dia akan mnukar gear dngan sndiri nya dari 1hingga6.
Deleteabg sy pakai preve 1.6 cvt 2thn pakai setakat ni tiada masalah...jaga minyak hitam,minyak gear, isi petrol cukup2..mmg jalan
ReplyDeleteAssalammualaikum.....
ReplyDeleteboleh bagitau tak macam mana nak bagi preve jimat minyak selain jangan terlalu speed. saya baru gunakan preve awal october, bila saya speed banyak juga minyak dia makan.. ada any tips tak yang boleh dikongsikan??? dari segi performance saya berpuas hati.
Try buat sistem ekzos di exss works setapak. Ramai pengguna berpuas hati. Minyak jimat dan power increase. Owner kedai nama sharom.
DeletePreve exec trbaik. Mcm kete europe
ReplyDeleteseriously! preve cfe dan suprima s, boleh beat continental car seperti peugeot 407! :) perfomance ''TWO TUMBS UP'' :)
ReplyDeletekereta ni pick up naik 0-100 laju jgk..blh g dlm 10 saat je..lagi2 bila guna gear S..cuma respon mula2 tekan pedal agak lembap..ada apa2 cara lain tidak untuk naikkan respon kereta ini dari awal pedal di tekan??
ReplyDeleteSy pakai keta preve auto executive ogos 2012.mmg terbaik trutamanya handling.klu drive hghway 160 mmg tak trasa..suami sy pernah drive 190 balance masih pk..mmg terbaik.mcm review di atas.klu ada kekurgan dr segi masa mula2 nk tekan pedal myk..agk lembap dr gear 1 ke gear 2/3..tp bila dh cecah 80 mmg skjp ja blh naik 140/160.honda civic/accord dll mmg blh challenge la kt hghway..
ReplyDeletesalam bro, ambe sebenarnya mencari spare part untuk car infotainment proton, mana bleh dapt? siapa supplier ?
ReplyDeleteTerbaik la bro, +ve review. Kat office aku pun ada 2 orang member baik beli preve premium dan dah lebih setahun pakai. Setakat ni mereka sangat puas hati dengan preve. Pickup power. Aku ingat pun nak angkat satu keter tech lotus ni.
ReplyDeletethank for the info
ReplyDeletesalam....saya pakai preve cfe 2012......masalahnya....speed 140km/j.....tetiba speed drop 70km/j....semua lampu warning menyala....knp? sape2 tau maslah ini...
ReplyDeleteg anta service centre kak...blh claim tp dgn syarat xpena servis kt lua la..
ReplyDeletekpd geng preve cvt y lain, jgn lupa tukar minyak cvt 20000km. xsama ng minyak AT lain tau
knp bila kite park kete ..try tekan pedal minyak hanya naik 2.5rpm?myvi vios dan yg lain bleh mencecah 5,6,7rpm? bantuan
ReplyDeleteuntuk model cfe rpm hanya 2.5 sahaja.. kalau lebih enjin boleh pecah
Deleteadakah mmg 2.5rpm shj dia ble naik bila parking
ReplyDeletePreve CVT Exec ni so far ok la. Cume ade la beberapa ketidakpuasan hati sket.
ReplyDeleteKekadang nak start enjin mcm tak boleh. Tak tau la ape masalahnye. Nak kata bateri, kereta baru lg. Hmmm
Masa mula2 beli mmg bnyk masalah. Enjin jerking. Semput2 & mcm nak mati je enjin. Masalah ni kene pegi service centre & buat balik TCU. Reset balik. Ade gak kereta proton yg dah bnyk kali buat TCU pun, enjin tetap gak semput2 & mcm nak mati enjin.
Ade skali tu nak reverse kete, dah tekan minyak pastu nak tukar ke D, enjin mcm nk mati. Sama jugak bile dari gear D nak ke reverse, enjin mcm nk mati.
Dulu masa belum buat TCU, mmg tak pick up langsung. Lembap nak mam... Minyak plak cepat habis. Dah buat TCU resolve dah problem tu.
Acceleration tu mmg x dinafikan mmg slow sikit. Kene press minyak kuat sikit. Nak lebih pecut, gunekan S mode. S mode ni sesuai utk pecut & potong kete. Nak keluar simpang yg berbukit & tak berbukit kena hati2 sket sebab bile tekan minyak mmg slow sket. Gunekan S mode.
Masalah lain plak, kat bukit yg tinggi time kereta tgh queue, kereta akan mengundur sikit. Ini yg merisaukan saya sebab ade keta lain kat blakang. Kete tak maintain kat position yg kita berenti tu. Kene cepat2 tekan minyak & gunakan S mode.
Kete preve cvt ni kalau nak parking reverse kat tempat yg berbukit mcm berat sket & takde power.
Masa saya pergi servis org Proton sendiri bgtau yg Preve CVT ni ramai yg complain. Org Proton sempat kongsi masalah pengguna Preve CVT ni dimana nak naik genting pun x lepas.
Harap proton dapat atasi masalah2 yg saya sharekan disini.
saya pakai preve ni baru 3 bulan...top speed memuaskan...kena pandai main gear..walaupun auto...masalaynya cermin driver tu suka bunyi bila buka and tutup...itu ja so far yg lain ok..memuaskan...bleh buat club preve kita semua ni,,,
ReplyDeleteAmat mengecewakan Proton Preve CVT ni. Hari tu pegi Cameron Highlands. Kat Strawberry Farm (Brinchang) naik bukit tak lepas. Tak naik langsung. Sgt2 menghampakan. Dah pakai S mode & tekan minyak habis giler tak naik langsung.
ReplyDeleteVery disappointed!
bia betul bro..baru rancang2 nak sambar preve exec ni...nak ambil Iriz, kecik juga sebab dah pakai Myvi sekarang ni..huhu
DeleteBetul. Memang tak lepas naik bukit kat Strawberry Farm kat Brinchang.
DeleteDah tekan pedal minyak sampai nak cecah lantai pun tak naik2. Kalau speed terus atau amik lajak dulu mungkin boleh naik tp masa tu kereta tgh queue so kene la stop kejap kat tgh2 bukit tu. Cuak gak time tu sebab kereta mengundur. CVT Exec ni kalau takat bawak kat jalan yg tak berbukit OK la. Better amik yg Turbo (CFE).
Dalam kereta abang yang tak lepas bukit di strawbery farm tu ada berapa penumpang, barang dan minyak? Kalau barang penuh, minyak penuh dan penumpang dewasa 4 orang memang tak lepas nak naik bukit. Lagi satu walaupun kereta ni auto tapi bila nak mulakan gerak naik bukit kena guna cara macam kereta manual.. masuk gear d, tunggu kereta rasa gerak kedepan sikit baru tekan minyak perlahan2 dan lepaskan brek tangan
Deletecuba tukar air filter kepada jenis stainless steel... bleh tahan lama dan power bertambah serta merta... acceleration semakin baik... harga dalam rm 180... boleh cari kat kedai accessories...
DeleteBtul tu bro sy pon da kne kt stu x lps nak nek s mood pon sma x lps org smua pndg, nek 4 org je, pastu trun 2 org bru lpas, malu seketika. Krete 1.6 tp x lps
DeleteYa betul saya baru pergi cameron nk parking di strawbery farm amat kecewa sampai memjerit2 enjin guna mode s pon tak boleh naik.
Deleteberapakah harga semasa meter proton preve 1.6 CVT IAFM Executive?
ReplyDeleteSaya juga ingin ambil Preve Executive CVT untuk menjimatkan RM10,000. Tapi comment sini tentang masalah nail bukit memang merisaukan saya. Ada sesiapa yang ada pengalaman naik Genting dalam keadaan full-load?
ReplyDeleteHello,
DeleteSaya pernah naik genting guna preve ni, bawak barang2 luggage dan network equipment, boleh dikatakan fully loaded.. Naik genting haritu, kereta OK, tak dak masalah, smooth jer naik... saya naik turun sampai 4 kali dalam masa satu hari. No problem, Ade juga cuba tukar ke Gear S... Lagi hensem kereta tu naik atas BEST cayalaaah.... !!!!!
Akhirnya selepas "googling" bertungkus-lumus, dapatlah jawapan. Sila rujuk website http://cforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=3427475.
ReplyDeleteTesting itu dibuat kat "Thean Hou Temple" dekat Taman Seputeh, KL. Satu daripada slope yang paling curam di jalanraya Malaysia! Testing dibuat dengan 5 penumpang dewasa agak berat (~70Kg) dalam kereta.
Semua model Preve (IAFM+ CVT, IAFM+ MT dan CFE CVT) berjaya menaiki slope itu. Tapi, enjin IAFM+ memang kena kerja kuat sikit.
Kesimpulan: Bawah kereta naik bukit curam kena skill sikit.
=> Pakai handbrake, tekan minyak, lepas handbrake perlahan-lahan selepas merasai kereta macam ingin memecut.
offkn esc jika utk naik bukit or stop ats bukit n nk gerak balik..baru keta xmggundur kebelakang..utk preve exec..2je solution dy..
DeleteEnjin cvt iafm samadgn Saga blm.Saya pernah gunakan saga blm selama 3 tahun dan amat berpuashati.Masalah lambat pickup itu adalah memang fungsi iafm iaitu perlahankan pusingan per minit enjin utk jimatkan minyak.Bila kereta dah naik 80km/jam barulah iafm ini akan memainkan peranan dan kereta akan terasa lebih power dan laju.
ReplyDeleteTentang kes tak larat naik bukit itu sya rasa mungkin ada masalah kat enjin atau sistemnya dan perlulah rujuk ke sc.Mana mana jenama kereta punya masalah mereka sendiri.Almeera yg kawan saya baru bli tak sampai setahun pun sudah ada problem kat sistem pyejukannya.
Ada sesiapa yang dah guna NGV kat preve ni ......boleh lah share..
ReplyDeleteSaya bli preve exec CVT tahun lepas, bln 8 2014. Masa tu promosi merdeka dapat diskaun RM3k. Bli kat puchong dapat free skirting R3 (refer mudah.com). Asal nak bli CFE tp duit tak cukup. Nak test drive model CVT tp x dpt. Dah cari merata kat pengedar proton tp x jumpa. Siap pg HQ proton di shah alam. Yg ada hanya model CFE. Pelik!
ReplyDeleteNak beli kereta proton ni ada caranya. Kena sabar. Mula2 jgn trus sign loan. Tggu dulu kete sampai, cek dlu. Klu ada yg x function, mintak salesman betulkan segera. Kes saya x dpt nak tutup bonet belakang dan power windows problem. Mintak salesman repairkan dulu. Selang beberapa hari bru dtg semula dan sign agreement.
Masalah preve sy mcm komen2 diatas.
1) Enjin bunyi bising masa memotong (antara rpm 2k - 3k). Dah byk kali repair kat wakil service proton tp mcm tu jgak. Pg HQ bru setle. Rupanya top head air filter yg rosak. Hq bgtau rupanya byk kete preve cvt lain yg rosak mcm ni. Tukar alat tu bru RM25. Lepas tukar terus ok. Enjin dah senyap.
2) Start pagi enjin rpm bwh 1k dan susah nak gerak. Klu gerak mcm nak mati kena tggu temperature cecah 2 bar bru bleh gerak. Dah pg proton HQ dah betulkan. Skg masa gerak kedepan dah ok. Cuma masa reverse mcm semput skit. Nak kena pg lagi proton HQ.
3) Wakil service proton mmg tak membantu. Bila aju masalah kete, dia jawab senang je. Mmg mcm tu. Bengang je. Pg HQ di shah alam bru setle.
Dari segi enjin, power mmg cukup untuk jalan biasa. Balik kelate naik 4 org dgn beg lagi penuh boot blakang ok je. Cuma naik bukit yg extreme mcm genting atau cameron highland blum test lg.
Tp bg aku kete ni 'value for money' sbb dpt ruang yg luas, warranty 5 thn, 6 airbag dan VSC. Aircond pun sejuk.
saya guna preve dah hampir 3 tahun...x faham sangat pasal kereta sebenarnya...tapi pick up lebih dari keta sebelum ni (avanza)...pernah ada masalah gear x boleh gerak, dari P ke D dan dari N xleh gerak mana2...tunggu dekat 20 minit jugak baru ok...tapi da lama dia x buat perangai camtu...dah 2 kali naik cameron,,,ok je walau penumpang penuh n brng banyk...apa2 pun preve tetap keta terbaik yg saya pernah guna..
ReplyDeletesaya dah pakai preve 1.6L MT dari 30/7/2012. masalah-masalah kecil mcm kat atas dah kena. tapi 1 masalah ni paling FED UP. enjin kereta kerap MATI masa time idling(masa berenti melahu) bermula bulan 12/2014. berenti kat trafic light MATI. berenti kat jalan jem MATI. berenti parking, tak sempat off kunci, enjin dah MATI dulu..hantar kat SC jalan pahang untuk check pada 29/12/2014. diaorang tune dan dah normal balik. lepas sebulan jadi balik enjin mati ni. hantar kat SC jln pahang untuk check balik pada 15/4/2015. diaorang tune dan dah normal balik. lepas 10 hari jadi balik enjin mati. hantar kat SC jalan pahang pada 11/5/2015 utk check. tune dan normal dan rosak balik. hantar kat SC jln pahang pada 3/8/2015, tune dan normal dan rosak balik. sekarang tengah nak set appointment untuk check. SAMPAI BILA LA MACAM NI AGAKNYA

ReplyDeletecuba suruh kedai bersihkan throttle body..pastu baru tune
DeleteCawangan baru kami di Jalan Jejaka, Taman Maluri telah pun dibuka.
ReplyDeleteKami di bateriku.com akan selesaikan masalah anda.
PERCUMA - PENGHANTARAN | PEMASANGAN | PEMERIKSAAN
Sebarang pertanyaan hubungi :
1-800-22-2324 - toll free
012 - 245 8027 - call,sms,whatsapp
*harga termurah di pasaran - harga kilang
*bermula dr RM120 (harga walk in) (Harga berbeza mengikut jenis kenderaan)
*servis tip top
*bateri kering dan basah
*beroperasi dari 9 PAGI hingga 11 MALAM setiap hari (9 pagi - 6 ptg Ahad dan Cuti Umum)
Aku dah pakai preve cfe 1.6 turbo, Sangat mengagumkan.. Kalau setakat compare dengan geng2 harga sama kereta import, mcm vios, city, almera, dan lain2, preve jauh lebih baik.. Dah setahun aku pakai preve xpernah timbul masalah walau satu pun.. Aku pernah speed sampai 220 walaupun aku baca review 195, kereta sangat stabil.. Cornering boleh ambil 120-140 km/j 90drjah, dan 100 10darjah/u turn.. Teknologi lotus.. Semua sangat bestzz ruang besar dan mampat.. Tiada2 bunyi2 menyakitkan hati.. Enjin yg sangat smooth dan diam.. Dilengkapi auto coolent walaupun enjin dah mati, turbo dia masih berbunyi, jd dont worry kalau enjin panas2 terus off.. Sebab nanti akan dengar bunyi kipas dia running.. Kesimpulannya preve 1.6 turbo cfe sangat perfect dilengkapi 7 gear.. Smooth.. Jimat
ReplyDeletelega dengar feedback kamu. berdebar rasa hati ini bila baca komen komen negative pasal preve ni, terutama nya enjin tak boleh stop untuk preve cfe premium. baru booking preve :)
DeleteSalam....boleh sy tau tak apa perkembangan preve cfe turbo yg anda pakai...rasanya hari ni dah lebih setahun anda pakai...adakah semuanya masih smooth?baik2 saja atau dah mula ada penyakit....
Delete6 airbag dan semua teknologi pemanduan yang ada..body yang luas dan tough..selamat rasenye bila memandu jauh dan tidak terasa penat seperti mmandu persona elegance dan honda city wife..well done proton!
ReplyDeletePreve mt exec mmg terbaik.. pecutan di gear tinggi sgt smooth... handling terbaik dgn new upgrade dr proton utk preve 2015 dan ke atas... amik corner pn kete masih stabil dan penumpang tidak mngalami mslh... bentuk sporty dan nampak elegance...

ReplyDeletesaya ade preve cfe turbo nak jual..tahun 2013 harga 42k sajabole contact 0196046241
ReplyDeleteiriz beso pd perev dr segi kabin driver
ReplyDeleteBila keluar lambang cvt,kereta ta boley gerak,,tengah2 sesak pun keluar lmbg cvt..kecewa..kerap keluar lmbg cvt
ReplyDeleteBila keluar lambang cvt,kereta ta boley gerak,,tengah2 sesak pun keluar lmbg cvt..kecewa..kerap keluar lmbg cvt
ReplyDeleteIni tip yg saya amalkan untuk jaga enjin kereta proton. Untuk 1000km pertama, guna secara sederhana. Speed kete jangan lebih 100km/j kecuali semasa memotong. Benda baru keluar kilang kalau terus henjut mmg bleh kong. Biar dalam 1000km pertama tu semua system kereta spt enjin, gearbox, computer box, brake, dll dah lancar bru lah lepas tu naik spt biasa. Saya pernah buat untuk Iswara saya tahun 2001 sampai sekarang enjin dan gearbox masih smooth.
ReplyDeleteSaya pakai Preve turbo sejak 2013 manakala isteri Preve turbo sejak 2012, terbaik, jimat minyak bila jalan jauh guna Highway, guna auto cruise.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam,,sy ada pkai preve cfe turbo,beli second,tp ada dua mslah,pertma time nk start kdg2 tu sush nk hdup,byak kali start bru ok,yg kedua kdg2 kuar asap putih yg byak kat exzos,mcm org sembur denggi,,haha,tp klau tekn myak bsar ckit asap tu dh xder la,,blh x sape2 tlg share ape msalah berikut
ReplyDeletenk tnye ek...problem en.nie dh jumpa solution ke..baru jd kt saya nie...kalo leh share contact sy ye..whatsapp pun boleh...
Delete+6018 299 5658 Ariel
Sy pkai dah 2thn preve turbo..mslh rverse snsor x alert smpi tlggr byk bnde,3x cek dorg xleh dtect problm..kdua mslh brake jd kras xleh tkn so xleh nk start kete..then tgah kete grk pn brake jd jem xleh tkn nyris x blagar..ktiga enjin bgegar pd thun ptama..enjin mounting mmg cpt rosk..smentara ada wrnty claim je lah..kdg2 blum bcor tp dah rosk sbnrnye..proton ckp mmg vendor kuarkn brg yg kurg kualiti..tp overal mmg preve tbaik!!!
ReplyDeleteDri segi pemanduan ok,xder msalah,tp kdg2 sy hairan jgk,knpe blh berasap,
ReplyDeleteDri segi pemanduan ok,xder msalah,tp kdg2 sy hairan jgk,knpe blh berasap,
ReplyDeleteSy pakai preve turbo dah hampir satu tahun..xde paper masalah..cume sekali buat hal..masuk D tp kereta lembab sgt gerak..sy tgk kt meter lampu handbrake menyala..oh lupa lepas handbrake...sorry PREVE..PREVE OHSEM!!
ReplyDeletesama la kita hahaha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum setakat ni bulan 2 2017...komen anda tentang preve...dalam proses nak beli...tapi waswas...
ReplyDeleteWaalaikumussalam. So far ok tiada masalah. Dah 4 thn sy pakai. Cuma ada calar2 pd pd plastik bhg bwh dashboard dan pintu(plastik kurang kualiti). Kelemahan juga pd gear cvt iaitu kurang pick up dan enjin agak berdaung bila lalu jln berbukit. Klu anda pentingkn pick up lebih baik ambik Prece CFE.
DeleteBoleh juga guna gear S utk pick up lebih. S ialah pemanduan sporty. Butang SAT ialah fungsinya sama dgn D tetapi kita boleh rasa ada perbezaan bila berlaku pertukaran gear(mcm gear konvensional)
DeleteSalam....sy pengunna Preve Turbo dari Nov 2014 hingga kini..so far xde masalah pape ngan keta..bawak mmg sedap...pengguna brand keta lain kena admit yg yg handling proton mmg thorbaeeekkk....
DeleteAssalamualikum..sy pengguna preve auto cfe yg tk da turbo....bru je beli scndhand..lps beli 2mggu dtng masalah semasa nk keluar simpang atau lepas plaza tol kereta akn jd seperti traentak2 dn enjin mcm nk mati..bila ditekan minyak lg dia akn mati...kadng kala bila nk jln lps trifk light dia akn jd jg sma mcm nk mati enjin..blh bntu sy tk..apa mslhan utama..0175818422 n2 no fon sy..plz
ReplyDeleteSy agak tu masalah ECU. Keta sy pernah kena. En boleh tuning kat proton svc centre.
DeleteMkin masaalah plug
DeleteSy dh pergi svc 2 tmpt...dia kata ecu tk da mslh...dh cucuk computr cek semua ok..hbis jg la 5k tuk repair apa yg svc surh tukr...dia kat ada sngkut paut dng mslh enjin jiking ne..tp last2 sma jg..
ReplyDeleteCuba cek cable plug/ignition coil. Mungkin api x kuat. Sy baru tukar 1 unit ignition coil hrg rm120. Mungkin hrgkat luar sc lg murah. Masalah jerking hilang.
DeleteSy nk tnya hq kat s.alam tuk preve tu belah mana ye ...blh bntu sy...sy nk cb g cek kereta sy.
ReplyDeleteoffkn esc jika utk naik bukit or stop ats bukit n nk gerak balik..baru keta xmggundur kebelakang..utk preve exec..2je solution dy..
ReplyDeleteNak tanya...mcm mana nak bkak bonet pkai remote ? tgk dkat button remote takda pun simbol bkak bonet? Ke untuk preve premium?
ReplyDeleteTekan remote simbol buka 10saat
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSy telah gunakan proton preve cfe dr sept 2013...dah guna utk tahun ke5 ni ..alhamdulillah...takde masalah..saya suka...yg penting tiba masa g service...in shaa Allah...
ReplyDeleteape fungsi sat kreta preve yg cvt..sbb yg sy pnya kalau sy matikn sat kreta sy ni akan klua gmbar mcm gigi gear tu..mcm kluar warning mslh gearbox..ke sbb pernah pernah msk air minuman..sbb ada sekali sy pnya anak minum air lps tu tumpah air tu kt butang SAT..tolong bagi info swdikit
ReplyDeletehello warga proton preve..sy nak tanya la..sy paki preve setakat ini ok..tp nak tanya..kereta sy..asal naik bukit bunyi mcm hos bocor..dah tutup acc tp still ada bunyi..mcm bunyi tayar pun ada tp xpasti..ada siap2 blh kongsikan..skg pkp..at least sy tahu apa yg Rosamund.. tq
ReplyDelete